Sunday, May 30, 2004

Spend the whole day at home alone laying on bed...everything on bed inclusive breakfast and lunch. I made myself a sandwiches and some onion ring together with some coffee latte. Later at night i had dinner with SF di Rasta TTDI, he got new colored hairstyle...meletops.

Saturday, May 29, 2004

10:00 pm - ada seminar to attend.

2:00 pm - pergi ke great eastern mall with my friend coz she wanna do some shopping.Later we had our late lunch at Strudels di diiringi dengan hujan lebat...berselera sekali aku makan

4:30 pm - sampai rumah dan terus melepak and wondering what to wear tonite coz ada birthday party malam ni.

6:00 pm - call SF to confirm whether he can join me or not but unfortunately he can't coz he got an appoinment at 10 pm with client.

8:00 pm - aku terjaga dari tidur dan apalagi kelam kelibut ler aku dibuatnya coz majlis tu dah bermula at 7 pm lagi and i overslept what a tuttuuuuuuttttt (censored).

9:00 pm - tiba di tempat majlis harijadi diadakan, ketat betul kawalan keselamatannya. Aku agak nervous sikit coz Birthday boy ni a bit loud sikit especially when he announced the arrival of each guest. Aku dah kena during Andy birthday...siap ada stats lagi tau. My earliest plan was to come early whereby masa tu mesti orang tak ramai so mesti tiada announcement but unfortunately aku tertidur dan terlewat. Seperti yang dijangkakan bila aku keluar dari pintu lift dia sudah sedia menanti dan mengiringi aku sampai kedalam dan seperti yang diduga he made an announcement but this time i'm well prepared. The crowd semuanya ok, mixed...and mata aku tertarik pada this cute guy..but than again dia umpama pelangi yang dijadikan bukan untuk dimiliki tapi hanya untuk di kagumi. Later my friend Andy and his entourage pun tiba.

10:00 pm - aku minta diri untuk pulang coz i don't feel good about my stomach...biasa ler aku ni susah sikit kat rumah orang...mesti kalau boleh nak kat rumah sendiri. Furthermore aku lupa pakai jam tangan dan cincin (alasan yang tak manasabah).

10:30 pm - at home aku received 2 calls from my friend, SK (A's BF) and SM (SK's & A's friend).Semacam ada konflik antara mereka bertiga ni tapi aku hanya setakat mendengar sahaja permasalahan mereka. A's ada konflik dengan SK lalu menghilangkan diri seketika sehingga menyebabkan SK menelefon bertanyakan tentang A. Manakala SM pula merasakan dirinya terpinggir dari SK & A. Dan aku hanya dapat mendengar dan memberi sedikit nasihat setakat mana yang aku boleh.

12:30 am - bersiap untuk clubbing, dan bila tiba disana aku terserempak dengan A serta rakan-rakannya yang lain.Tidak berapa lama kemudian aku terima sms dari SK beberapa kali menyatakan bahawa dia tahu yang A ada bersama aku di club. Serba salah aku dibuatnya...aku simpati dengan konflik yang melanda antara mereka tapi bak kata SF kepada ku at the end mereka juga yang untung dan happy and you juga yang tak dapat apa-apa. Well i'm trying my very best to enjoy myself together with SR yang kebetulan pun ada sama.

5:00 am - aku pulang kerumah.Teringat aku pada kata-kata SF "do not involved with other people conflict coz i'm concerned about you" " i taknak you yang susah nanti coz at the end nanti you pulak yang akan di persalahkan kalau ada apa-apa yang berlaku" and he repeat his words "if you can't listen to yourself, you listen to me please".

Thursday, May 27, 2004

the dinner last night went well which last till 9:45 pm. L and his new BF nampak macam secocok dan aku sempat bertanyakan soalan cepu emas pada BF L tentang status hubungan mereka berdua semasa L pergi ke tandas:-
Aku: so what is your status now with L
BF L: kawan
Aku: kawan aja?
BF L: yeah...kami hanya berkawan biasa
Aku: well you just go with the flow, sometimes perasaan kita hari ini takkan sama dengan perasaan kita yang akan datang kerana keadaan persekitaran kita akan sentiasa berubah-ubah dan biasa mempengaruhi kita punya perasaan.
BF L: well kita tengok saja dulu but for now we are just friend.

Aku lihat SF tersenyum sahaja dan aku tak pasti apa yang sedang dia fikirkan.Masa dalam perjalanan pulang SF bertanyakkan laluan yang aku biasa aku lalui apabila pulang dari rumahnya dan aku menyatakan bahawa highway kepong ler dan aku biasanya kalau lalu disitu paling tidak aku akan speed dalam 120 ke 130 km/h. SF menasihatkan aku agar jangan bawak kereta terlalu laju and he said "if you can't listen to yourself please listen to me" "tolong jangan bawak laju coz if anything happened to you, you won't be able to listen to my voice singing anymore" my reply "well you can always read me the yasin or quran" and both of us just smile away...

Wednesday, May 26, 2004

Malam ni aku akan makan malam bersama SF and the best part is L (ex SF) akan joint sama together with L new bf.Kira macam double date ler tapi L tak tahu yang SF akan join sama jeng jeng jeng nervous aku. Tadi masa aku call SF taknak join takut dia nanti tarik rambut dengan BF L (dia gurau aja) but my reply to him, "atau you takut tengok i tarik rambut dengan L" and both of us laugh out loud....sesuatu sangat. Tapi hari ni aku rasakan sesuatu sangat towards SF, lately ni dia selalu sangat call my office and aku pulak ada keberanian sikit ler nak perkatakan sesuatu yang terselindung dalam hati ni. Last Monday 24/5/2003 we went out for coffee in Dome KLCC together and another friend of mine join sekali, one of the topic he said about the incoming call he received always at the wrong time i.e. meeting. But he said the only person always call at the right time is me,menurutnya lagi aku sangat paham dan tau bila nak call dia. Kawan aku yang sorang lagi ni bukan main lagi angkat2 kening dan buat muka ala-ala sheila rusli hahahaha. Aku pun terus xplain kat kawan aku ni kalau nak call SF aku kena betul-betul follow my instinct dan kalau sms aku make sure yg sms aku tu ringkas dan direct coz SF ni busy sesangat kalau during office hour. Kata kawan aku pulak, "kalau dah suka mesti ler cakap incoming call tu semuanya at the right time kan". Aku lihat muka SF merah padam kena caras dengan member aku ni.

Sunday, May 23, 2004

Semasa aku membelek suratkhabar Mingguan Malaysia Ahad 23 Mei 2004 aku telah tertarik dengan satu rencana CATATAN SEORANG ISTERI KULIT PUTIH, dimana diantara isi kandungannya adalah mengenai Queen Noor, isteri kepada Al Marhum Raja Hussien Jordan. Aku dan penulis Mazlan Nordin telah membaca buku yang sama berjudul QUEEN NOOR – LEAP OF FAITH – MEMOIRS OF AN EXPECTED LIFE.

Raja Hussein telah berkahwin dengan Permaisuri Noor dari Amerika pada tahun 1978. Noor memeluk agama Islam pada pagi perkahwinan di Istana Zahran manakala Al-Malik Hussein membawanya ke bilik istirehat dan Noor pun mengucap dua kalimah syahadat. (ikut serta dalam majlis perkahwinan itu ialah dua orang adiknya, Christian & Alexa).Lantas dengan perkahwinan itu Noor menjadi ibu tiri kepada lapan orang anak. Mereka memanggilnya “mama” dan “mummy”.

Setelah mendirikan rumah tangga selama lebih 20 tahun, Al-Malik Hussein gering akibat sakit barah dan mangkat pada bulan Februari 1999. Noor menunaikan umrah tidak lama selepas kemangkatan Al-Malik Hussein yang selama perkahwinan mereka kerap menunaikan haji. Noor membuat catatan mengenainya dalam memoirnya Leap Of Faith. Antara lain ditulis: “ Saya sembahyang bersama ahli keluarga dan sahabat sebelum menuju ke Masjidil Haram…kami menyertai lautan manusia dari segala pelosok dunia – lelaki dan perempuan – yang berseorangan atau dalam kumpulan keluarga serta jiran tetangga, semasa melakukan tawaf dan sai”.

“Pada beberapa bulan terakhir, suami telah mengingatkan saya supaya menerima suratan takdir dan bahawasanya juga jalan kearah kemenangan kadangkala memerlukan kita menerima yang telah ditulis. Saya juga menyedari betapa iman memperteguh diri saya pada hari-hari dan bulan-bulan berikutnya dan bahawa saya mahu kembali ke Mekah, Insyaallah”. Pada akhir memoirnya ditulis: Noor Al-Hussein, Amman, Jordan, November 2002, Ramadan 1423.

Antara lain disebut juga betapa Putera Mahkota Abdullah dari Arab Saudi datang membawa air zamzam untuk Al-Malik Hussein yang sedang dirawat di Mayo Clinic, Amerika. Satu catatan mengejutkan ialah kisah ejen-ejen perisikan Israel, Mossad masuk ke Israel pada bulan September 1997 dengan menggunakan pasport palsu negara Kanada. Mereka kemudian cuba membunuh ketua biro politik Hamas. Mereka menyuntik Khalid Mashal dengan racun kimia dengan satu serangan racun kimia dengan satu serangan waktu siang hari di jalan raya kota Amman.

Mashal dibawa ke hospital dalam keadaan tenat. Al-Malik Hussein dan pihak berkuasa Jordan segera mendesak Perdana Menteri Israel, Bibi Netanyahu supaya memberi maklumat mengenai racun kimia yang disuntik itu. Pihak Israel enggan memberitahu. Hanya dengan campur tangan Presiden Amerika, Bill Clinton barulah Israel memberi maklumat. Mashal akhirnya sempat dirawat dan pulih. Netanyahu kemudian mahu mengadakan pertemuan khas dengan Hussein, tetapi Hussein enggan melayaninya. Noor dalam memoirnya berceloteh mengenai suaminya yang mungkin dijangkiti “kuman bibi”, iaitu lanjutan gerakan keganasan perang kimia.

Turut dicatat ialah nasib rakyat Palestin yang dihalau setelah lahir negara Israel pada tahun 1948 dan mereka terpaksa lari ke Jordan, Syria dan Lebanon. Kira-kira 1.5 juta penghuni Palestin di Jordan diterima menjadi warganegara Jordan dan akhirnya, Al-Malik Hussein disebut sebagai satu-satunya kepala negara Arab yang berbuat demikian. Kira-kira 80,000 lagi pelarian Palestin tinggal di khemah-khemah yang penuh sesak. Generasi kedua dan ketiga orang Palestin di Jordan dilahirkan di situ. “sesetengahnya menyimpan dokumen-dokumen sejak melarikan diri lebih 30 tahun lalu, sebagai bukti milik tanah dan rumah yang terpaksa mereka tinggalkan. Ramai yang menyimpan kunci rumah yang diikat pada tali leher masing-masing”.

Memoir Noor berakhir dengan catatan yang ditujukan kepada suami yang dikasihinya: “Aku tidak akan mensia-siakan kau kekasihku. Aku akan meneruskan perjalanan kita kerana aku tahu kau akan menolong diriku, seperti di masa lampau, dan manakala kita bertemu lagi kelak di akhir perjalanan dan kita bersama-sama ketawa sekali lagi, maka ribuan cerita akan disampaikan kepada kau”.

Saturday, May 22, 2004

8:00 am - bangun dan bersiap untuk ketempat kerja. Semalam aku sampai rumah dalam pukul 11:30 pm. Ada 2 function aku attend, first - cocktail dinner. Majlis bermula dalam pukul 6 pm, dalam 7:30 pm i went to another party bersama SF, birthday kawan dia,an american lady who is also his colleagues...full of expatriate and ada jugak yang can-do tapi unfortunately i'm not into Mat Salleh. SF pakai rantai dan gelang yang aku hadiahkan..mmm sukeh campur bangga.Tak lama kami disana coz SF got another party to attend and I have to get back to my party also.

3:00 pm - pergi ke Berjaya Megamall to do some window shopping dan lunch. Terjebak jugak aku membeli sehelai baju and also a card reader for my computer. Later aku terus balik ke rumah coz malam nanti nak kena keluar balik.

9:30 pm - bersiap untuk keluar coz ada birthday party. Sebelum tu aku singgah dirumah my caterer untuk ambik makanan yang telah aku order 2 hari lepas for my contribution to this birthday party.

10:05 pm - tiba di tempat majlis diadakan...tetamu masih belum ramai tiba dan kesempatan itu aku ambil untuk membantu birthday boy membuat persiapan.Later baru lah kawan-kawan mula tiba sedikit demi sedikit.Time ni ler ada yang datang bawak partner masing-masing dan tak kurang jugak yang datang berseorangan macam aku. Ramai jugak yang aku hanya kenal muka tapi tidak kenal nama termasuk ler sorang mamat ni yang selalu aku main mata dengannya di kelab, rupa-rupanya dia ni housemate SF yang biasanya kalau aku kerumah SF mesti dia takda...nervous aku.SF datang bersama-sama dengan housemate dia tu. L ex SF pun ada bersama BF barunya, birthday boy pun bersama BF barunya yang hensem (make it even shorter). Yang pasti SF duduk bersama dengan i dan ini akan membuatkan gossip lagi liar ler dikalangan rakan-rakan yang lain. I felt uneasy at first but what the heck furthermore we are just friend.

1:00 am - I left with SF for a clubbing session. Lagi ler gossip makin kuat oleh rakan-rakan sekutu yang lain hehehehe

5:00 am - clubbing session over and i hantar SF pulang kerumah and last word from SF to me..."you've done a lot for me and you make me feel special"...and i just smile (something better left unspoken)

Tuesday, May 18, 2004

I didn't call, sms or see SF since Saturday,Sunday & Monday...just part of my game and experiment. Tup tup this morning he sms me "hello putera..where have you been? didn't hear from you since saturday" which i didn't reply. Around 10:30 am he called and unfortunately i didn't pick up the call coz i'm in the meeting otherwise i will definately picking up the call at the first ring hehehehe. later during lunch he called and finally he managed to talk to me hehehehe. So tonite we are going to have dinner somewhere out of the City Centre...maybe i've got guts to tell him something....

Monday, May 17, 2004

Teringat aku pada tulisan 'Takdakerja' wrote on Monday April 19 2004 didalam blogspotnya...

"There will always be a line between two gay boys in a frenship. The line could either be very fine or very broad. There is hope for intimacy if the line is thin which then means that the relationship is more than just a pure frenship. However, if the line is broad, then I would suggest you save the effort and don't waste time. This happens to a fren of mine who was dating this guy he met from a party. It turned out that the other guy was just looking for a fren - which means the frenship is a broad-line-relationship. So he immediately stop seeing that guy when he found out about that. I truly envy him. Always in control with what he wants, and not afraid to make an early exit when he knows things are going nowhere".

Tika ini aku rasakan aku menghadapi situasai yang sama bersama SF. So I've decided to stop seeing and call him for a while. Kerana lebih lama aku bersamanya aku bimbang aku tidak akan dapat menyembunyikan perasaan ini terhadapnya...

Friday, May 14, 2004

Aku & Artis Tanahair - Siti Nurhaliza

Kali pertama aku lihat Siti ialah semasa didalam satu rancangan TV dimana pada ketika itu dia menyanyikan lagu Kau Mawarku berduet bersama dengan Zul 2by2. What attracts me was her voice..lalu hati aku berdetik...she can be famous.Pada masa itu aku memang minat giler kat Ziana Zain, apabila muzik - muzik berlansung aku akan senantiasa mengharapkan Ziana menang but unfortunately...lama - kelamaan gelaran juara itu banyak di boloti oleh cik siti kita ni.Pada masa itu aku punyalah tak suka maksimum kat cik siti ni kerana dia aku punya artis pujaan Ziana Zain sering aja tewas.Lama - kelamaan aku macam minat pulak kat cik siti ni especially lagu-lagunya yang merdu seperti Purnama Merindu, Cindai, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi ler.

Aku berpeluang mengenali Siti in person apabila aku mula bertugas di tempat sekarang. Pada awalnya aku hanya mengenali dan berkawan rapat dengan pengurusnya sahaja. Siti sering mengadakan majlis peribadinya di sini dan dari situlah aku mula mengenali Abang dan kakak iparnya Ayie & Rozi. Pada kebiasaannya kalau siti nak datang rozi atau saerah akan call aku dulu untuk buat sebarang persiapan. Siti pernah kasi aku logo Celcom dan dia sendiri ajar aku bagaimana nak request logo itu walaupun aku sendiri memang dah tahu sesangat tapi aku buat-buat bodoh aje ler hehehehhe.

Jika ada kelapangan kami akan berborak panjang apabila selepas sesuatu majlis itu selesai. Banyak juga ler cerita-cerita menarik yang aku dengar dari mulutnya sendiri...on the other side of Siti Nurhaliza. Dia seorang memang yang original baik punya bukan buat - buat atau cover line...innocent habis dan aku boleh tahu punya. Aku ada tanya ler pasal sambutan hariraya dia macam mana tentu meriah...dia cerita semenjak dia jadi artis tak pernah sekali pun dia dapat berhariraya seperti orang lain...orang akan datang dari serata pelusuk negeri untuk berhariraya dengannya. Semasa dia mula duduk dirumah barunya di Raub, sebuah rumah banglo yang semua kita pernah tengok dalam majalah, peminat sudah mula datang seawal jam 8 am dan mengetuk pagar untuk datang berhariraya...bayangkan ler tika itu dia belum sempat untuk bersarapan dan bermaaf - maafan bersama keluarga.Dia pun jemputlah peminat - peminatnya itu masuk dan sarapan bersama dan mula dari situ orang ramai mula membanjiri rumahnya, pada awalnya boleh jugak offer foods and drinks tapi menjelang tengahari semua makanan dirumahnya sudah habis licin. So kebanyakkan dari mereka ni bukannya nak makan sangat tapi hanya nak bersalam dan bergambar dengan siti,so what her family did was diaorang kena bukak pintu belakang sebab dibahagian hadapan rumah mereka sudah penuh dan jammed over crowded, so peminat-peminat semua akan queue dan masuk dari pintu hadapan, bersalam dan bergambar dan terus keluar dari pintu belakang, this to avoid jammed di bahagian hadapan. Siti hanya sempat berehat seketika untuk zohor, makan pun dia tak sempat coz tak sampai hati nak biarkan peminatnya menunggu lama. Saudara mara yang datang pun kena layan diri dan ada yang tak dapat makan dan minum. Hampir tengah malam baru ler orang ramai makin berkurangan...bayangkan ler kalau aku...but my house kat kampung pun lebih kurang macam tu jugak ler tapi bukan peminat tapi saudara mara yang ramai datang berziarah.

Pada masa dia balik umrah tempohari aku juga berkesempatan bertemu dengannya semasa salah satu sessi fotografi di sebuah hotel yang berhampiran dengan tempat aku bertugas. Pengurus Siti call dan ajak datang melepak bersama-sama maklum ler sessi fotografi bukannya kejap. Aku sempat mendengar kisah-kisah Siti dan keluarga semasa mengerjakan umrah dari Rozi, syahdu dan terpanggil aku untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci Makkah Al Mukarramah. Siti berkesempatan mencium hajaratul aswad dan sembahyang di Ar Raudhah yang terletak di Masjid Nabi dan berhadapan dengan makam Rasulullah. Ada jugak ler dia bergambar untuk kenangan peribadi...akan tetapi Mama Juwie yang kebetulan berada disana siap datang cari siti sampai ke hotel untuk cari bahan berita buat siaran akhbar atau majalahnya.

Semuga anak gadis kelahiran Negeri Pahang ini akan beroleh kejayaan demi kejayaan tanpa merubah sikap rendah dirinya yang tulen. Aku rasa tidak keterlaluan jika aku panggil dia ini Wanita Tercantik kerana she has a truly natural beauty, samada luaran atau dalamannya. Ada juga insan-insan seni yang irihati dengannya namun Siti lebih banyak mendiamkan diri kerana baginya perkara itu adalah bersifat sementara dan biarlah apa orang nak kata kerana itu adalah hak mereka. Dan kerana itu jugak lah dia lebih berhati - hati didalam mengatur perjalanan didalam kehidupan seorang anak seni yang penuh dengan ranjau dan duri yang berbisa. Bukan senang untuk jadi Siti Nurhaliza...
wished i can share a lot of the stories but i can't...

Thursday, May 13, 2004

Beberapa hari yang lalu aku telah pergi ke Ikea,while browsing around aku terdengar nama aku dipanggil oleh seseorang...nama yang dipanggil tu sudah lama tidak kudengar dan digunakan. Nama itu hanya digunakan semasa aku dizaman kanak-kanak...untuk sesaat dua aku tergamam lalu aku terus menoleh kearah suara itu dan disitu kulihat seorang lelaki yang sedang mendukung anak kecil yang comel. Puas ku amati seketika siapakah gerangan lelaki itu lalu kuhampirinya yang sudah tersenyum dari tadi."hampir 20 tahun tapi aku masih cam muka dan perawakan awak" katanya lagi."Ayahanda apa khabar?" tanyanya lagi dan ini lagi membuatkan aku bingung seketika.Sambil tersenyum penuh tandatanya aku menjawab "ayah sudah lama meninggal" jawab ku lagi.

After a while than i realised that he was the son of my pengasuh masa kecik-kecik dulu. Gosh...he changed a lot...what do you expect married guy huh...fizikal totally dah berubah sedangkan dia hanya setahun lebih tua dari aku...hehehe macam ler aku ni bagus sangat hahaha. Begitu banyak soalan yang dilontarkan kepada aku...you know 20 years punya soalan dan salah satu soalan yang favourite..dah khawin? than my definate answer will be 'was'...but depends ler sapa yang asking the question...just to shut their mouth eventhough its not for good.

Later we exchanged numbers and promised to see each other for another date...ada history tau dengan mamat ni tapi semuanya itu kisah silam dan bagiku sejarah tidak mungkin berulang dan ianya akan tersimpan didalam lipatan sejarah-sejarah silam yang aku rasa lipatannya sudah menggunung.

Wednesday, May 12, 2004

Had a very hectic, tiring and tension day. I had a disagreement between me and a group of an old friend. I decided to stay away from them for a while. I'd called SF, saja nak release kan tension..he pick up my call than i asked him "u busy ke?" than he replied "yes" so i just said its ok than i put down the phone. Later he sms me asking what happend coz my voice doesn't sounds good..mmmm...really? getus i dalam hati. So i pun sms ler kat dia menyatakan that i've done something bad. He replied "if you wanna talk 2 me we can meet up 4 coffee". At first i refused dengan harapan dia akan hantar sms memujuk ler...which he did...heheheh.

Banyak perkara yg kami borak kan termasuklah tentang my confession...i used to fall in love with his ex L after he broke up with SF but i've been rejected by L, walau bagaimana pun,lately ni L sering contact i ajak dinner or sometimes pegi clubbing which most of it i turn down L punya invitation (pay back time). Berubah air muka SF seketika kerana cerita sensasi ini tapi dia cepat-cepat menukar topik kepada cerita tentang birthday dia yang lepas. He said that he loved all the things that i gave and he really appreciate it.

Pada masa yang sama i saw him wearing a ring and i said what a nice ring you got there, he said that it was a present from his ex. His ex also present him a teddy bear bearing name 'PRINCE' which he love it...so his ex decided to call SF as a 'PRINCE'. Sekarang giliran i pulak tergamam, mana taknya coz I'm the one who gave him first the 'PRINCE' but he didn't mentioned it. Later bila SF pulang kerumah he sms me saying "sebenarnya i tersalah cakap kat u, i'm sorry sebabnya...takpalah lain kali lah i cerita? gdnite!. At that time i tak tahu apa yang SF maksudkan, so i called him...rupa-rupanya dia tak perasan yang teddy bear yang i kasi kat dia pun nama 'PRINCE'. "Patut ler you berubah air muka masa i cerita tadi" kata SF." I'm really sorry coz i don't mean to hurt you" kata SF lagi. I've told him that its not a big deal furthermore it just a gift from a friend to another friend."patut ler tetiba aja air muka you berubah dan i pun mula rasa macam serba tak kena and worried about it..." kata SF lagi. "its ok lah SF its nothing" my replied. "no...coz i really feel guilty about it and i know you...your mind your soul and your feeling towards me" replied SF. Tetiba aja statement tu terpacul dari mulut SF...kami sama-sama terdiam...Nervous giler aku seketika.

Sebelum kami mengakhiri perbualan telefon, SF mengulangi kata-kata yang pernah i perkatakan dahulu "Putera, you pernah berkata that you are like a thick book with unattractive cover but with an interesting contents which laying hidden on top of the bookshelves and you know what? i'm the lucky reader who found and read it...which currently i'm in the chapter 2". Kami berdua tergelak besar dan dalam hati aku berkata...something better left unspoken...

Sunday, May 09, 2004

Down the memory lane...

“I want to see the river; I want to see the place “I remember your words yet again driving in the lonely highway between Gua Musang and Kuala Krai. It was not the noisy this time when we were here last time in 1994 …remember?. Sleeping in my arms you had said that and I was looking at the scenery along the highway heading towards Kuala Krai. I want to tell you that I came back to track down the memory lane but…I don’t have you…anymore for last 10 years…what good are these place. This small town is not that lovely anymore…as they use to be when I use to think of you and your lovely smile use to caress my soul ….

Now these small town are like an empty chapter in my life, only thing I think of when I’m there is to jump to fly…to be free in cruel moments of solitude of being here without you…I want to be free of you…of life to be with you for ever again…what good is my immortality if I don’t have you…ages centuries histories will go by, but moments the one I had with you will ever be here. Sometimes I’m afraid that I’m loosing your memories...I’m loosing the sense of your touch…the texture of your every single pore of your skin that use to make me feel warm and cold every little moment of our then life. Where is Kuala Krai now to make me believe that I’m alive and not a zombie lost from the herd of life and roaming in these streets to make my contribution to humanity in the insane world…

I’m lost I’m insane they tell me because I still long for the ghost that I see in my mirrors…but they forget that I…myself am a mirror who is carrying a reflection but the one whose reflection in here is not here anymore. I travel…I unravel my roots each and every time to runaway from you to be closer to you and every time I have to jump to be free of the prison that is around me as I am afraid I will end my sentence so soon...not so soon…..

Love…is a cruel word my never dying heart told me…because what is love if we are bond with nature’s cruel; games. If we are lost in our insomnia like world, let me live…let me be free of my sins…for what…Kuala Krai is still sleeping. Palaces are different but streets are orphaned. But may be some day I will reach the door where time will go back and I will find you still alive….That was the best trip we ever had because that was the last year of you and me …if we had known that …may be I would have taken you to Lata Rek… but now you have gone.

May be its time to stop writing to you…as I know it hurts you may be more then it hurts me without writing them…but I can’t keep those words unsaid unwritten that I couldn’t say holding your hands in the last moments…when I was late…too late to realize that precious things are the things that matter and nothing…absolutely nothing else should be in between us…

Maybe its time to see you…where you rest in peace in Jalan Geale…as I don’t believe you are there…because I know I carry you with me…every second every minute every inch of my heart…may be that’s what you want from me…may be someday I will be able to go back to Kuala Krai...to see the streets of the most historic town in my life and yet the most nostalgic place on earth where I lost you forever…May be I will someday wakeup from my insomnia to find where I left you…till then…Always…Me…
We Will Remember...

Kita akan senantiasa mengingati zaman remaja dimana kita menghabiskan waktu bersama mentelaah pelajaran sampai tertidur bersama buku-buku yang dibaca. Kita masih ingat tentang ilmu kehidupan kerana kita dibesarkan olehnya dan kita akan senantiasa bersamanya sehingga ke akhir hayat. Kita masih ingat rakan-rakan sekuliah, bersama tika suka dan duka mengharungi kehidupan di bumi yang asing. Setiap dari kita mempunyai dan mengejar cita-cita serta impian yang tinggi

Kita masih ingat tika diawal persekolahan, perasaan takut dan gementar untuk melangkah ke satu dunia yang baru, tanpa ibu & bapa disisi, mengharunginya bersendirian. Dan tika ini…tika kita semua melangkah ke alam yang lebih luas dan asing, kita akan terus hilang dari pandangan mereka. Perasaan itu datang lagi…tapi kali ini kita pasti tidak bersendirian lagi.

Dihadapan kita ada dunia yang lebih luas untuk di jelajahi dengan pelbagai kemungkinan membentuk masa hadapan yang gemilang dan terbilang. Kita di beri kelebihan didalam bidang pelajaran, mengambil peluang untuk pergi kemana sahaja yang kita ingin ceburi. Kita punyai jalan lurus dihadapan yang harus dilalui membawa bersama kenangan semalam untuk dijadikan panduan didalam perjalanan ini kerana…kita pasti akan menjadi seorang yang dewasa, seorang yang berguna untuk hari esok dan masa hadapan yang baik untuk generasi yang akan datang.

Time will tell, allow us to grow, to use the education, life experiences we have been taught, along the way. Some of us will prosper, and may even become famous, some will remain here, to grow within this community, contribute, and have families.
Yes, time will tell what we shall become, we will grow older, move on with our lives, but along the way, we will always remember where we came from, who were our friends, teachers, and we will return again, and again back to our roots... to remember we had it all.

Saturday, May 08, 2004

Hujung Minggu Datang Lagi

7:00 am - hari ini jumaat, so pada kebiasaannya akan memakai casual aje tapi smart ler, hanya berkemeja lengan pendek tanpa tali leher. Bila turun kebawah my mum sudah bersiap kerana dia ingin pergi ke cherating...sendiri lagi aku dihujung minggu...mmm. Baru selasa lepas dia balik, selang 2 hari dah nak pergi lagi. Aku dah planned together with my sister untuk bawak dia pergi Hi Tea on Sunday bersempena dengan hari ibu tapi nampak gayanya aku kena ler postponed pada waktu lain bila dia pulang nanti. Aku terus menghantar my mum ke KL Sentral coz dia punya flight jam 10:00 am.

9:00 am - tiba di pejabat, aku macam biasa busy with my work lebih-lebih lagi aku punya assistant bercuti since 1st May till 9th May...balik kelantan.

10:00 am till 12:30 noon - got 2 meetings need to attend at my clients premises...gosh...jalan jammed tu.

12:45 noon - tiba di pejabat ada banyak mesej atas meja untuk aku return call and prepare quotation and contract as well. Petang nanti ada meeting lagi dengan client dan ada function yang nak kena attend.

1:30 pm - aku tak pergi sembahyang jumaat coz tersangat ler letih tapi sebenarnya I'm not holly enough for today. A datang join sama lepak kat office I, kemudian kami pergi makan tengahari di sebuah hotel yang berdekatan...sejuk dan tertutup sikit hehehhe tau pun malu.

2:15 pm - kami pulang semula ke pejabat dan A terus ke tempat appointment nya di bukit bintang. Sementara menanti kedatangan my client at 3 pm, aku pun sambung ler dengan kerja-kerja yang masih belum siap.

3:00 pm - reminder aku berbunyi menandakan meeting aku akan bermula but batang hidung my client tak nampak-nampak lalu aku terus mendail nombor handsetnya...he can't make it to my office instead dia suggest aku datang ke pejabatnya di gombak...nak buat macam mana kena ler turutkan aja coz client beb lagi pun dia nak kasi cheque RM30K. Before i go, i've called my manager to represent me for the function that i can't attend at 3:30 pm and he said ok.

3:30 pm - 5:15 pm - meeting at client premises. Semasa didalam perjalanan kesana tadi aku menerima panggilan dari IM mengajak aku karaoke bersama dengan SR jam 7 pm nanti dan tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju sedangkan aku tidak pasti samada sempat atau tidak aku selesaikan semua kerja-kerja aku before that. Selepas itu aku terus menelefon E mengajak dia untuk join sekali and he say yes...sukehhh.

5:30 pm - 7:00 pm - tiba semula di pejabat, dan macam pelumba marathon aku cuba siapkan all my paperwork as well as i panggil my manager untuk meeting for delegation of task. Setelah berhempas pulas dan bertegang urat aku akhirnya selesai jugak kerja aku.

7:15 pm - E tiba dari kajang dan terus kami pergi ke karaoke centre to join IM & SR

7:30 pm - 10:00 pm - karaoke session

10:30 pm - kami dinner di Naili's ampang

11:30 pm - hantar E ke rumah kawannya di ampang. Aku tidak terus pulang tapi terus ke tempat dimana function akan di adakan pada keesokan hari nya bagi melihat persiapan yang dibuat.

1:00 am - tiba di rumah dan terus tidur coz esok nak kena bangun awal...

Wednesday, May 05, 2004

Suatu percutian – day 4

11:00 am – aku terjaga dari tidur kerana di kejutkan oleh panggilan telefon dari M yang anxious to know what was happen yesterday during our journey back lalu dia mengajakku lunch bersama dan aku suruh M invite rakan-rakan yang lain. After that aku teringat pada SF lalu aku menelefonnya untuk bertanyakkan khabar…SF juga mengajakku makan tengahari bersama. Aku pun beritahu SF why not kita semua makan di Naili’s Ampang bersama M & A serta 2 orang rakan yang lain.

12:45 noon – aku tiba di rumah SF untuk menjemputnya ke Ampang

1:15 pm – aku tiba di Naili's Ampang

1:30 pm – M & A serta other 2 of his housemate tiba. We had a great time…talking and gossiping heheheh

3:30 pm – kami semua ke ampang point to do some shopping

4:30 pm – aku dan SF beredar pulang dan kemudiannya kami singgah di Ikea dan Tesco just to survey something for my room and kebetulan SF wanted to buy gym shorts.

7:30 pm – kami makan malam di kedai yang berhampiran rumah SF kerana aku terlampau lapar coz semasa di Nailis aku hanya makan sandwiches.

8:30 pm - We called of the evening dan aku pun pulang kerumah

Maka berakhir lah satu percutian selama 4 hari tanpa keluar dari kota metropolitan ini. Satu persoalan yang bersarang didalam kotak fikiranku…sejauh manakah hubungan persahabatan aku dengan SF…Dia berkali-kali menyatakan bahawa dia selesa berkawan dan keluar bersama aku and vice versa dan yang pasti aku tahu apa yang aku rasakan…

Monday, May 03, 2004

Suatu percutian - day 3

10:00 am - bangun pagi macam biasa perut terasa lapar sesangat maklum ler malam tadi aku lupa nak dinner. Rasa macam nak buat cekodok so aku pun turun ler kedapur ambik tepung dan bancuh bersama air garam dan air biasa serta sadikit serbuk baking powder....wah macam nak bagi resepi jer...

Sementara nak tunggu adunan kembang, aku masak air dan terus kekedai beli setin sardine. Di pendekkan cerita bila semuanya sudah ready aku angkut makanan semuanya ke bilik aku...wow breakfast on bed sambil layan astro.

12:00 noon - terima panggilan dari A bertanyakkan apa program aku hari ni dan aku hanya plan nak duduk rumah dan bersantai sampai petang.

6:00 pm - aku call SF bertanyakkan khabar dan we plan to have dinner tonite

6:30 pm - SR call, dia dalam perjalanan pulan bersama IM dari penang. Dia ajak clubbing tonite dan aku say yes

8:00 pm - pergi kerumah SF for dinner and we decided to have dinner in Mon't Kiara.

11:00 pm - pulang kerumah SF dan aku mempelawa dia untuk pergi clubbing but at first dia refused coz taknak menyusahkan i menghantarnya pulang nanti but i convinced him that it won't be a trouble for me. Sebelum tu aku sms ke M & A to join us and they say yes. Both fo us really excited about it coz our close friend will be around.

12:00 am - singgah di rumah SR to pick him up than we all went str8 to the club.

12:15 am – tiba di club dan sementara menanti rakan – rakan yang lain tiba, kami bertiga pun minum di gerai yang berhampiran. Tidak berapa lama kemudian IM, A & M pun tiba. Sedang kami semua melepak sambil menanti waktu yang sesuai untuk masuk ke club, aku menerima satu panggilan…pada mulanya aku ingatkan rakanku TJ lalu aku memberitahu dia yang aku bersama rakan-rakan ku berada di luar club…rupa-rupanya bukan TJ tapi L…opsss. He told me that wanted to come over and join us…one thing that makes me feel uncomfortable was SF & L were couple before and L did not know that SF also in the group. I have told SF that L will join us…berubah seketika air muka SF but we have to face it coz sooner later he will know too, but than again, we are just friend.

Tidak berapa lama kemudian L pun tiba dan pada tika itu semua rakan-rakan ku termasuk SF sudah pun masuk kedalam club. L just ignores all my friends and he went str8 to his friend’s yang sudah pun berada didalam. Aku tidak pasti kenapa L perlukan aku dan menunggunya diluar sedangkan rakan-rakannya yang aku sendiri tidak kenali sudah pun berada didalam. Aku dapat lihat dan rasakan bahawa SF tidak begitu senang dengan kehadiran L disitu. Aku berasa bersalah terhadap SF dan tidak selesa dengan keadaan yang kami hadapi.

During the show time I saw SF went out and later I called him and he said that he went to 7 eleven to buy cigarettes. Bila kurasakan agak lama SF tidak kembali ke club, aku pun pergi mencarinya di 7eleven dan kulihat SF duduk bersendirian di tepi jalan…mungkin dia ingin menenangkan keadaannya yang tidak selesa itu. Aku pun duduk sebelah SF tanpa bertanyakan sebarang soalan tetapi aku cuba menghidupkan suasana yg muram itu dengan cerita-cerita ringan but unfortunately it doesn’t work at all kerana aku sendiri not in the mood too.

Tidak lama kemudian SF mengajakku masuk semula ke club before everybody perasan yang kami tiada didalam. We both try to enjoy ourselves that night even though it is very difficult. We call of the night at 3 am and I‘m a bit nervous coz I need to send back SF and L as well sedangkan L tidak tahu yang aku dan SF berkawan rapat. SF insists me to send him back first…it was a pretty quiet journey. SF bersikap professional dengan bertanya khabar pada L but L just reply dengan endah tak endah sahaja. I berasa sungguh tidak selesa. Perjalanan ke rumah SF kurasakan begitu lama sekali. Dalam perjalanan menghantar L, aku dihujani dengan pelbagai soalan dari L dan yang pasti aku jawab semua soalannya dengan tenang.

Dalam perjalanan pulang aku cuba menelefon SF tapi masuk ke peti pesanan suara. Sebelum tidur aku telah menghantar sms ke SF meminta maaf dengan apa yang berlaku.
Suatu percutian - day 2

9:30 am - terjaga dari tidur lebih awal dari yang sepatutnya...mmmm nak buat macam mana. Perut lapar le plak lalu aku pun apalagi terus basuh muka jer dan start kereta pergi ke pasar minggu. Kebetulan aku nak ler jugak beli sesuatu untuk dimakan semasa perkelahan nanti.

10:30 am - bersiap dan terus menuju kerumah SF to pick him up. Cuaca semacam tidak menyebelahi kami kerana hujan lebat di Kuala Lumpur.

11:15 am - sampai rumah SF aku terima panggilan dari M menanyakan tentang program hari ini dan dimana nak jumpa. I decided to pick M & A di rumah mereka di DP...jauh jugak aku driving pusing kuala lumpur.

2:00 pm - sampai di rumah M hujan turun tersangat ler lebatnya membuatkan masing-masing rasa 50 - 50 nak pergi atau tidak but i' made up my mind to sticked to my original plan. Kami berhenti makan di Batu Caves sebelum menruskan perjalanan kami ke ulu yam....macam ler jauh sangat.

3:00 pm - rakan ku yang tinggal di ulu yam ada mencadangkan suruh kami semua ke Ulu Yam Woods, masuk RM1 satu kepala but unfortunately tempat tu macam hampeh, air keruh dan terlalu ramai budak-budak. Susah ler kalau nak buat performance heheheh. lalu SF cadangkan supaya kami ketempat biasa yang orang pergi tanpa bayaran dimana dia ada satu tempat yang agak jauh kedalam.

3:15 pm - tiba di tempat yang dimaksudkan...wow bersemangat aku memandangkan ramai jantan-jantan str8 yang mandi disitu...aku agak mereka ni mat rempit coz siap bawak halmet kedalam hutan ni. Macam - macam aksi menarik yang kami lakukan lebih-lebih lagi telefon bimbit nokia 6600 yang baru dapat last friday ada camera video dan kamera...apalagi posing maut ler kami semua.

5:00 pm - bertolak pulang dan kami terus ke rumah SF hantar dia pulang dan minum2...kebetulan ABP2003 ada siaran ulangan. Bersemangat kami semua menunggu sehingga ke akhir rancangan coz nak tengok persembahan siti tapi....hampa dek kerana TV3 potong part tu maklum ler takut luka lama berdarah kembali pada Datuk Sharifah Aini.

7:15 pm - kami semua pun balik ler tapi sebelum tu aku kena hantar M & A balik rumah dulu di DP.

8:00 pm - sampai aja kat rumah aku terima panggilan dari L ajak dinner but aku kena tolak pelawaannya kerana letih sesangat.

malam tu aku tak tau pukul berapa aku terlelap kerana bila sedar hari dah pun pagi...

Sunday, May 02, 2004

Suatu percutian - day 1

Aku bersendirian dirumah sepanjang percutian yang panjang ini. Awal pagi tadi my mum telah bertolak ke Kuala Terengganu untuk bercuti ke Pulau Kapas bersama dengan rakan-rakannya, manakala my brother pergi ke utara tanah air dan aku…..mmmm just menghabiskan waktu cuti yang panjang ini di Kuala Lumpur sahaja…bukannya apa tapi aku lebih senang berada di Kuala Lumpur dan bersantai di rumah.

10:30 am – bangun pagi rumah aku sunyi aja…perut pulak lapar minta diisi…malasnya nak pergi breakfast. Turun kebawah tengok didapur apa yang ada untuk dimakan. My maid pulak takda sebab dia pun turut sama ikut my mum. Anyway atas meja makan my mu ada tinggalkan cekodok dengan sambal tumis ikan bilis...heaven tu sambil tengok tv dan minum teh o ais. Terlelap terus kekenyangan.

3:00 pm – having my late lunch with A & M di RB.

5:00 pm – pergi ke rumah E di kajang. Kawannya dari Serdang pun ada sama…handsome ler jugek tapi aku control macho ler coz takut pecah lobang tapi aku tengok si E ni cakap lansung tak cover depan mamat ni, so aku pun apalagi buat selamba jugek ler. Lepas minum-minum kami naik atas ke rumah E dan mamat tu pun turut sama…aku rasa mamat ni confused…siap bawak kamera digital yang baru dibeli dan sebelum dia balik dia mintak aku ambilkan gambar dia bersama E…mmmm sesuatu…minat kat E ler tu hehehehe.

8:00 pm – aku & E pergi ke The Mines to buy some cd’s and dinner.

11:30 pm – aku balik ke rumah untuk salin baju dan freshen up coz later clubbing time. Tapi bila dah mandi dan badan dah rasa rilek malas pulak rasanya nak pergi lebih-lebih lagi kat channel 8 ada Queer Eye For The Str8 Guy. Rasa malas pergi clubbing makin menebal…tup tup terima panggilan dari seseorang yang mengharapkan aku kesana…gosh…malasnya…

1:30 am – ramai jugak orang kat bleu bar…ingatkan everybody pergi vacation.

6:00 am – sampai rumah dan terus tidur coz aku ada 5 jam lagi untuk berehat before my next agenda bermula.

Saturday, May 01, 2004

20/4/2004

Hari terakhir dalam bulan April...

9:00 am - masih dirumah tengah bersiap untuk ke tempat kerja...received a phone call from my client which they wanna set an appointment with me at 10 am and they are from Putra jaya. Kelam kelibut aku bersiap coz takut they arrived before me...sebelum tu kena singgah dry cleaning centre ambil baju.

10:15 am - meeting with the client...a fruitfull one...biasa ler i kan pandai convinced people hahahahah

12:00 noon - bergegas ke bank...macam biasa ler kan maklum ler we all gonna have a long holiday. Jalan jammed ler plak so I changed plan instead of going to the bank i terus pergi pick up SF kat office dia coz we plan to have lunch together in KLCC. Later M joining us after almost 2 weeks i didn't see him due to his assignment in JB.

2:00 pm - hantar SF balik office dan i terus ke bank

3:00 pm - sampai office jer baru nak letak punggung my boss call...kereta dia tersadai di tepi jalan kerana kehabisan minyak...moral of the story...kalau drive tu jangan hanya pandang depan kearah jalan jer...cuba-cuba ler jeling sikit kat fuel warning tuuu. Jalan jammed ler plak...it takes me about 1 hour plus to deliver the fuel coz maklum ler dalam town mana ada banyak stesyen minyak beb...kena redah jammed pegi kampung baru.

4:30 pm - sampai office terima pulak panggilan telefon from my operation manager mintak tolong buatkan floor plan...aikkk i punya graphic artist mana pegi. Sedang leka buat kerja aku terima call dari IM ajak dinner kat DP bersama dengan SR but i have to pick up SR kat office. i've told IM that i'm only available after 6 pm...later SR datang sendiri to my office due to heavy traffic...jauh jugak dia jalan kaki heheheh kesian...muncung manja dia kat aku dan katanya habis kasut tumit tingginya haus...adik2 sangat. Tup - tup aku teringat yang aku ada 2 contract yang belum siap dan harus di fakskan kepada client by today...oh my god....nervous kejap...so apalagi mcm lipas kudung aku menaip.

6:30 pm - baru boleh tarik nafas lega coz akhirnya baru siap semua kerja aku...maklum ler nak cuti 4 hari beb. Perut sudah berbunyi orkestra klasik...unfortunately jalan jammed giler.

7:30 pm - baru sampai DP terus bergegas ke MG dan makan macam orang tak makan sebulan. IM geleng kepala tengok aku dengan SR jadi pak pelahap.

9:00 pm - kami beredar dari DP...aku kena hantar SR balik coz IM ada hal yang urgent untuk diselesaikan...sebelum tu IM dan pesan suruh terus hantar SR balik dan jangan merayau...tapi kan kepala batu lagi dilarang lagi dibuat. Aku singgah dirumah seorang teman di Ulu Klang...sebuah banglo di lereng bukit...dah lama aku tidak kesitu. Teman aku ni telah menghadiahkan aku sebuah phone nokia model 6600 sebagai hadiah harijadi...I'm speechless...aku ingatkan dia main-main aje. Nampak gayanya kena ler aku datang lagi kesitu...you know what i mean. SR menjeling mcm Sheila Rusli kat aku...

9:30 pm - aku ke jaya jusco to buy some groceries dan juga untuk berjumpa dengan Z. Later kami lepak minum2 di starbuck dan Z telah menghadiahkan aku sebotol minyak wangi polo serta hugable hyppo. Aku begitu terharu dengan Z...nasib baik kat public kalau tidak satu ciuman mesra sudah melayang kepipinya...hehehehe hak org oii. Dan sekali lagi SR menjeling Sheila Rusli kat aku tapi sekali ni sambil menggerak-gerakkan kepalanya mcm org yang menari bharadanatyam.

12:30 - sampai rumah aku tak sabar - sabar nak membelek phone baru dan akhirnya aku terlena...didalam genggaman aku ada phone dan didalam pelukanku ada blue hyppo pemberian Z.