Thursday, August 30, 2007









MELAYU - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50 MALAYSIA

Sunday, August 12, 2007

Its Sunday blues hehehehehe
setelah begitu lama aku tidak ke Pasar Minggu berhampiran my mums house, only today aku berkesempatan melakukannya. Kebetulan mak aku tanya nak makan apa for breakfast lalu aku jawab...beli jer. So menu pagi ni adalah...nasi dagang, nasi impit dan laksa lemak.
Sedang sibuk aku browsing around tetiba belakang aku ditepuk...rupa-rupanya my ex's mum. Dah lama sangat kami tidak berjumpa...i think almost 10 years. She said her son is getting married this coming 26th August and she would love to see me coming. Mak dia ni memang best...masa dulu-dulu dia banyak memberi galakan kepada i untuk berkawan rapat dengan anaknya dan sporting giler.
The way she said just now i can read her face...ada genangan air mata tapi dia tahan. I pun sebak seketika akhirnya dia yang pernah bertahta di hati akan melansungkan perkahwinannya 2 minggu dari sekarang. Well anyway i dah move on long time ago...hubungan kami selama 4 tahun banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa pahit manis dan ibunya banyak memberi nasihat dan moral support.
bila ada kesempatan nanti i akan tulis lagi tentang Dino....a tribute...

Monday, April 23, 2007










I supposed buat entry ni dah lama tapi tidak lansung berkesempatan. This is my speech during my birthday celebration at Rebung Bangsar Kuala Lumpur pada 20/4/2007 ....3 days after my actual date 17/4.






Hi fellas...

Good evening and thank you to all of you for being here today to celebrate my belated birthday, I can’t believe that this day has finally arrived again this year. 10 wonderful years ago, the day had arrived too. That was when I turned 27.

Oh my, those were the days. I had fun, went through the sweet and bitter phases of my life, crashed my heart every now and then, led my life through thick and thin, been here been there, done this and done that!

Man, the days keep on coming!! Just like it arrived last year and this year, as much as it will also arrive, next year.

For as long as i can remember, i have always dreamed of being a perfect friend to everybody - some found my fantasies cliche, and admittedly I sometimes lost myself in fairy tales. That is impossible but at least I tried.

But I can now say, with complete honesty, some of you have somewhat lived up to my dreams and have enriched my lives immeasurably.

There have been countless sweet memories and anecdotes that offer a glimpse of the many dreams that I will no doubt cherish it at some points of my life.

Speaking of which, this party warrants my sincere thank-you’s for the patient indulgence of these people… without whom today's party would not have been materialized.

So I wish to extend my sincere appreciation to………Gurneys, my family members and my beloved friends

Some of them had jokingly said, "We know that we're getting older when the only thing we want for our birthday is not to be reminded of it!" But i don't give a damn, coz i know of the facts that "growing old is mandatory, but growing up is optional".. So chill out guys!! And Welcome to my party!!

Friday, January 19, 2007

I miss K so much. Hubungan ini sudah sampai ke titik noktah. Sekali lagi aku gagal didalam mengharungi nya. I'm a loser....big time.

Sunday, September 03, 2006


My journal

Saturday, 3 am. once again I can’t sleep, it’s like I’m waiting for time to fix some part of me that keeps on breaking. I’ve already thrown out the newspaper and washed the leftover dishes, nothing to do but sit here and think.

Sunday, July 30, 2006

Its sunday...mengemas rumah as per assignment given by my mum before she left to singapore yesterday morning. Lepas tu dia suruh carikan gula huhuhuhu...aku sepatutnya settle dah lama sebelum my mum balik dari australia lagi tapi maklum ler busy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan kannn. Semalam sabtu ada birthday party dan malam sebelum tu Dr S mengajak rakan-rakan ke condonya yang baru sebulan diduduki...ala mcm house warming ler...cantik rumah dia...kemas dan sesuai dgn tema 70's heheheh tapi kena berhati-hati dengan lampu cantik yg terletak di ruang tamu dan ruang makan sebab agak rendah...adakah lampu itu rendah atau aku yang makin tinggi...hehehehheh.

Semalam pergi clubbing...tapi sayang sebahagian masa yg sepatutnya dihabiskan menari terpaksa menonton show plak dan celoteh serta pengumuman demi pengumuman yang tak habis-habis. Bayar sejumlah wang untuk menari tapi terpaksa menjadi penonton kepada show yang syok sendiri...geram...last week pun sama. The organiser seperti tidak peka kepada kehendak pengunjungnya... Anyway...berharap sangat agar show-show tu dipendekkan sikit masanya...dan pertandingan-pertandingan yang dah terlalu byk tu dikurangkan.... cukup setakat ini bercerita pasal perkara-perkara nyamuk ni.

Akhirnya...didalam kesibukan ini...riuh rendah kehidupan harian...jauh disudut hati ini aku merindui dia..yang teramat sangat..umpama sebuah pelabuhan nan sepi...masih berharap agar suatu hari nanti kapal itu datang berlabuh bagi memakmurkan pelabuhan ini...RINDU INI BERTANDANG LAGI

Friday, July 28, 2006

Akhirnya segala persoalan telah terjawab...kasih yang cuba untuk dijalinkan terungkai...dia masih belum bersedia untuk menerima kasih baru walaupun sudah hampir setahun dia sendiri. Ianya suatu realiti yang harus diterima dengan hati yang tebuka...biar pun pahit biar pun pedih tapi ianya harus diterima. Sayangnya aku sudah menyayanginya lebih dari yang sepatutnya walaupun ianya tidak diungkap dengan kata-kata tapi memadai dari bahasa tubuh yang tidak pandai berpura-pura. Mungkin aku tidak cukup kacak untuk menerima cinta dan hanya layak untuk menjadi penonton dibawah pentas realiti percintaan kehidupan...dan aku hanya mampu bertepuk, bergelak ketawa dan bersedih diatas apa yang aku tontoni selaku penonton yang tidak mungkin untuk berada diatas pentas itu. Lagu ini aku tujukan khas buat A...

Artis : fazli zainal
Lagu : harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...