Tuesday, August 30, 2005
Kehidupan Dia sering dilitupi kesuraman. Pelbagai perkara yang dilalui dan aku adalah orang yang paling rapat dengan Dia untuk menceritakan segalanya. Ada ketikanya Dia akan menitiskan airmata bila mengenangkan keadaan yang dilalui. Aku hanya menjadi seorang pendengar yang begitu setia dan ada ketikanya aku akan memberikan pandangan walaupun aku pun tidak pasti samada ianya adalah suatu pandangan yang bernas. I've tried my level best to make him happy by giving full support in every way. Tapi....aku rasa perhatian yang aku berikan ini hanya satu perkara biasa baginya kerana aku bukanlah orang yang disayangi. Apalah ada pada perhatian seorang sahabat seperti aku berbanding perhatian seorang kekasih kepadanya (dia pernah menyatakan kepada seseorang bahawa dia sangat bahagia dan gembira semenjak mengenali seseorang sedangkan aku berusaha sedaya upaya membuatkan hidupnya sentiasa gembira). Sayang dan simpati serta pengorbanan ku padanya melangkaui banjaran titiwangsa sesementara perhatian itu masih ada....sesementara hati ini masih terbuka...
Wednesday, August 17, 2005
Monday, August 08, 2005
Sudah begitu lama aku tidak kesini...ermm terlalu banyak perkara yang menarik berlaku tetapi tidak dapat dikongsi bersama dek kerana masa dan faktor - faktor lain. Anyway dah penuh dengan sawang serta sarang labah - labah di blog aku ni heheheh. Mengambil kata dari Cactus Shai...Blog yang akan dijadikan pembungkus nasi lemak kerana dah begitu lama tidak di kemas kini...hehehehehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)