Saturday, November 19, 2005



Rumah ini aku kunjungi buat kesekian kalinya. Kemanakah menghilangnya penghuni rumah ini...sudah hampir 18 tahun aku mengunjungi rumah ini pada setiap syawal menjelma dengan harapan suatu hari nanti aku akan bertemu dengannya tapi hasilnya masih belum ketemu. Cinta monyet semasa dibangku sekolah membawa aku berkunjung kerumah ini ketika ada peluang. Penghuninya sebaya manakala keluarganya mesra..kehidupan sukarnya mebuatkan aku simpati....antara kasih dan kasihan...antara jemu dan harapan. Semuga aku akan bertemu dengannya....pada suatu hari nanti...