Sunday, July 30, 2006

Its sunday...mengemas rumah as per assignment given by my mum before she left to singapore yesterday morning. Lepas tu dia suruh carikan gula huhuhuhu...aku sepatutnya settle dah lama sebelum my mum balik dari australia lagi tapi maklum ler busy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan kannn. Semalam sabtu ada birthday party dan malam sebelum tu Dr S mengajak rakan-rakan ke condonya yang baru sebulan diduduki...ala mcm house warming ler...cantik rumah dia...kemas dan sesuai dgn tema 70's heheheh tapi kena berhati-hati dengan lampu cantik yg terletak di ruang tamu dan ruang makan sebab agak rendah...adakah lampu itu rendah atau aku yang makin tinggi...hehehehheh.

Semalam pergi clubbing...tapi sayang sebahagian masa yg sepatutnya dihabiskan menari terpaksa menonton show plak dan celoteh serta pengumuman demi pengumuman yang tak habis-habis. Bayar sejumlah wang untuk menari tapi terpaksa menjadi penonton kepada show yang syok sendiri...geram...last week pun sama. The organiser seperti tidak peka kepada kehendak pengunjungnya... Anyway...berharap sangat agar show-show tu dipendekkan sikit masanya...dan pertandingan-pertandingan yang dah terlalu byk tu dikurangkan.... cukup setakat ini bercerita pasal perkara-perkara nyamuk ni.

Akhirnya...didalam kesibukan ini...riuh rendah kehidupan harian...jauh disudut hati ini aku merindui dia..yang teramat sangat..umpama sebuah pelabuhan nan sepi...masih berharap agar suatu hari nanti kapal itu datang berlabuh bagi memakmurkan pelabuhan ini...RINDU INI BERTANDANG LAGI

Friday, July 28, 2006

Akhirnya segala persoalan telah terjawab...kasih yang cuba untuk dijalinkan terungkai...dia masih belum bersedia untuk menerima kasih baru walaupun sudah hampir setahun dia sendiri. Ianya suatu realiti yang harus diterima dengan hati yang tebuka...biar pun pahit biar pun pedih tapi ianya harus diterima. Sayangnya aku sudah menyayanginya lebih dari yang sepatutnya walaupun ianya tidak diungkap dengan kata-kata tapi memadai dari bahasa tubuh yang tidak pandai berpura-pura. Mungkin aku tidak cukup kacak untuk menerima cinta dan hanya layak untuk menjadi penonton dibawah pentas realiti percintaan kehidupan...dan aku hanya mampu bertepuk, bergelak ketawa dan bersedih diatas apa yang aku tontoni selaku penonton yang tidak mungkin untuk berada diatas pentas itu. Lagu ini aku tujukan khas buat A...

Artis : fazli zainal
Lagu : harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Monday, July 24, 2006

ermm akhirnya semua majlis berakhir...legaaaa...sunyi balik rumah ni as usual. Tadi i dpt berita that one of my untie already passed away due to the brest cancer last 2 weeks. I memang tak tahu pun maklum ler nobody have my handphone except my family and friends...sedara mara takder kut almaklum ler i tak rapat dgt dgn diorang ni. My mum plak ke Australia for 3 weeks dan baru balik jumaat lepas so mungkin masa diorang call rumah takda org. Ermm takpa ler nanti raya i akan ziarah the graveyard. I tak sempat lagi nak bercerita pasal hal ini dgn dia coz dia pun busy jer.

Sunday, July 23, 2006

ermm hari ni ahad....kena bangun awal coz ada majlis pertunangan adinda bongsu (lelaki). Pagi tadi sampai rumah jam 5 am...biasa ler clubbing malam minggu tengok manhunt kat oren. Tetamu sudah tiba seawal jam 10 am....goshhhh....ngantuknya...mata sembab..rasa mcm nak pakai spek hitam jer tapi nanti over pulak kannnn...heheheheh. Masa i menulis ni i melepak kat dalam bilik sorang2...malas ler nak turun untuk menghadapi segala soalan2 yg menujah masuk...nanti ler i akan buat press conference nanti hahahahahhah...itu adalah salah satu jawapan yg akan diberi nanti kalau terdesak kena turun. Nak curi keluar its impossible coz first kereta kena block....secondly...org tengah ramai...thirdly...i taknak ler dituduh tidak professional hahahahaha. Anyway menu majlis ni adalah...pulut kuning dgn rendang daging...mee hoon dgn sambal udang...chocolate cake...brownies dan apa tah lagi i tak sempat nak curi tengok huhuhuhu. Takpa nanti bila rombongan bertolak ke rumah perempuan i akan turun bawah seludup bawak naik. Its sounds silly and stupid dgn tindakan i ini tapi ini lah salah satu ujian dan dugaan yg terpaksa dihadapai bagi mereka2 yg termasuk didalam golongan professional like us (plu) hehehehe. Kehidupan bermasyarakat tidak dapat kita deny kannya kerana ini adalah realiti kehidupan...it just a matter on how u face it. Well anyway petang ni jam 5 pm ada majlis harijadi Rizal...ermmm hadiah dah ada cuma tak pergi beli lagi ....malas nyer nak kesana dengan keadaan sekarang ni.

Lambatnya jam 12 noon...sebab time tu nanti rombongan akan bertolak kerumah pihak perempuan...i dengar pihak perempuan ingin bertemu dgn semua adik beradik i...bukan ramai pun hanya 3 org jer heheheheh...well perlu ker i tunduk pada kemahuan mereka itu, baru bertunang belum lagi bernikah...apa pun i dengar majlis persandingan akan berlansung lepas raya puasa di salah sebuah hotel di KL....ermmm nampaknya i termasuk didalam senarai penaja2 utama...haiyooo...terpaksa ler ikat perut sampai oktober....ishhh...that means...no more shoppping...clubbing...urut-ing hahahaha...makan kat Paddington...etc...

Apa pun Selamat Bertunang Harry...