Monday, February 23, 2004

Sabtu 21/2/2004

10:00am - Hari ni aku bangun agak lewat kerana sebelum tu aku pergi clubbing dan sampai rumah dalam pukul 6am...bagi aku 5 hours sleep is enough.

11:30am - aku kena pergi ke petaling street untuk beli bunga untuk suatu majlis yang akan diadakan pada pukul 3 petang nanti di premises tempat aku bekerja...walaupun cuti aku tunaikan jugaklah tanggungjawab aku ini. Sebelum itu aku ada call my another friend Z...dia ni tengah service keretanya berdekatan dengan kediaman aku. Memandangkan service kereta ni memakan masa jugak ler jadi aku pun angkut ler Z jadi peneman aku untuk pergi beli bunga.

12:30 noon - kami singgah sebentar di Karnival cuti-cuti Malaysia untuk collect some brochure buat berangan sikit-sikit. Later i send Z back to the workshop and i continue with my next agenda

1:30 pm lunch with M at his Condo...our ealier plan is to have lunch outside together with another two friend G & Y but we cancelled it last minute sebab BF M nak datang rumah M...rosak program hehehehe...so kami pun hanya lepak rumah dimana sebelum tu aku ada beli keropok lekor RM5 dan dua botol besar air soya sejuk...heaven i tell you.
Kebetulan pulak di Astro Ria jam 4 pm adalah siaran ulangan Anugerah Planet Muzik sampai jam 7pm. Kemudian

7:15 pm - excused myself nak balik kerumah mandi dan salin baju sebab malam itu aku dan M akan ke satu majlis harijadi kawan atas kawan...i was invited coz this birthday boy ada sesuatu with me...I ok jer. Sebelum tu aku sempat singgah di laundry shop collect baju.

8:30 pm - setelah bersiap aku terus jemput M. Aku bercadang untuk membawa buah tangan untuk Birthday boy but i didn't really know him so i decided to buy Red Wine coz dia ni Christian and most of his circle of friend is a foreigner but M advice me to be more eastern instead of western so aku pun beli ler Sparkling Juice instead of Red Wine...hehehehhe. Bila sampai dirumahnya aku lihat banyak kereta mewah dan plate kereta warna merah...naik segan pulak aku sebab aku bawak sparkling juice...M cakap the thoughts that count...amboi pandai sungguh M berkata - kata nak sedapkan hati aku....later kami decided tinggalkan aja sparkling juice dalam kereta hahahahahahah. Disitu aku terserempak dengan B...my another ons...makin cute plak dia ni. M cakap dia ni jambu hahahahha. M macam tak berapa selesa aja dengan keadaan party tu manakala aku as usual akan menunjukkan sifat peramah terlampau aku ler sehinggakan M tanya samada aku kenal ke dengan diorang semua ni...sebenarnya tak pun heheheheh.

11:15 pm - Kami minta diri untuk beredar kerana kami ada satu lagi agenda di salah sebuah kelab ( bukan tempat PLU ok ). Sebelum itu aku kena hantar B kerumah kawannya di desa pandan dan selepas itu kami kena pick up another friend H sebab dia nak join kami.

11:35 pm - kami sampai di kelab...Bf M dah sedia menanti lepas tu kami lepak- lepaking sambil tengok live band dan jugak open karaoke. Tak ramai sangat orang malam tu coz maal hujrah beb.

3:00 am - kami semua beredar dan pergi lepak di suatu tempat yang sering rakan-rakan kami berkumpul...ala - ala persidangan gitu. Biasa ler kalau dah ramai macam-macam cerita dan gossip keluar..opssss

4:30 am - kami pun beredar...aku dan Y terpaksa menghantar our friend S balik rumah coz dia dah mabuk lepas attending satu party di Bankers Club.

5:30 am - akhirnya aku sampai dirumah dan terus tidur sebab pukul 6:30 nanti mak aku akan gerak untuk solat subuh...heheheh alim-alim kucing
Hari ini adalah hari terakhir cuti umum seluruh malaysia....ada yang balik kampung dan ada juga yang pergi bercuti kedestinasi-destinasi samada didalam atau diluar negara dan ada juga terpaksa bekerja samada itu adalah routine atau corak sesuatu pekerjaan dan juga ada yang bekerja kerana ingin menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh. Bagi diriku...ini adalah peluang untuk berehat dan bersantai dimana destinasi pilihan ku ialah stay at home hehehehe. Malas nak drive jauh-jauh keluar dari KL lagipun semuanya ada disini...so on my first agenda which was fall on Friday night, i went to BB with my best friend A. We reached there dalam pukul 1:30 am dimana sebelum tu kami lepak kat luar di new cafe which is run by my another friend S.

Ramai juga kawan-kawan yang aku jumpa...bila masuk kedalam BB, show masih belum habis lagi...bengangnya...bayangkanlah dari pukul 12am sampai pukul 3am show masih belum habis lagi...konsert ke apa...kalau dapat tengok kira ok ler ini tidak...terjengket-jengket ler aku nak tengok. Kawan aku entah kemana menghilangkan diri bertemu dengan kawan-kawan dia...tinggal ler aku sorang-sorang terkulat-kulat...nasib baik aku ni tak meletup sangat jadi takda ler orang pedulikan aku hehehe sedih gak. Anyway aku tak salahkan A maklum ler dia ramai kawan...berbalik pada kisah dalam BB ni tadi, akhirnya show pun selesai ler dalam pukul 3:15 am...aku pun apalagi tanpa membuang masa buka gelanggang ler but unfortunately the music suckssssssssss. Menyesal aku datang...duduk rumah lagi baik.

Bercakap pasal show atau competition ni, aku dapat lihat this two PLU club ni semacam berlumba-lumba untuk menganjurkannya sehinggakan aku pun dah lost track...mr malaysia ler, miss malaysia ler, the most eligible bechelor ler dan banyak lagi gelaran yang diberikan...kalau diperhatikan kebanyakkannya muka yang sama aja yang masuk tapi aku respect ler dengan diaorang ni coz mereka - mereka ni berani dan mempunyai tahap self esteem yang tinggi.

Satu perkara yang aku nak sentuh adalah show biasa untuk hiburan para pengunjung kelab, aku tabik spring pada Glitters Dot Com kerana persembahan mereka yang sentiasa menghiburkan. Setiap show mereka mesti ada jalan cerita atau sketch yang humourous...which reminds me to another showgirl 'Mama Roza'...unfortunately dia tenggelam begitu saja disebabkan perkara-perkara peribadi yang aku sendiri tak berapa pasti.


Anyway malam tu aku balik rumah dalam 5 am...kata A pada aku...i always try to adjust myself to every situation eventhough it was pretty amazing bored...I'll take that as a compliment A...

Tuesday, February 17, 2004

Perkenalan aku bersama L membuahkan satu perasaan yang tersendiri...akan tetapi aku lebih berhati-hati menghadapi situasi ini. Namun...aku hanya insan biasa...tidak dapat lagi membohongi apa yang tersurat didalam jiwa ini. L seorang yang baik akan tetapi mungkin demi kebaikan bersama L terus menyepikan diri dari aku. Aku tidak pernah meluahkan apa-apa padanya...mungkin dia sudah terbaca dari gerak geri ku yang semakin pincang. Semua ini aku pendamkan sahaja dan adakalanya...kepada teman-teman aku luahkan perasaan rindu ini.
Senja itu berulang bersama rindu yang tidak pernah padam lalu aku menyebut namamu didalam suara yang bisu...engkaukah itu. Disini aku mengulangi kembali sewaktu didalam sunyi aku melagukan kata hati...rindukah itu. Biarkanlah perasaan rindu dan kemesraan ini berlalu bersama kesunyian yang padu kerana aku bukan untuk dia. Akan ku sebut namamu selalu namun...ada rindu yang lebih dari itu...dan kau teruskah lari dari ku yang menanti...engkau kah itu...

Monday, February 16, 2004

Perkenalan aku bersama L membuahkan satu perasaan yang tersendiri...akan tetapi aku lebih berhati-hati menghadapi situasi ini. Namun...aku hanya insan biasa...tidak dapat lagi membohongi apa yang tersurat didalam jiwa ini. L seorang yang baik akan tetapi mungkin demi kebaikan bersama L terus menyepikan diri dari aku. Aku tidak pernah meluahkan apa-apa padanya...mungkin dia sudah terbaca dari gerak geri ku yang semakin pincang. Semua ini aku pendamkan sahaja dan adakalanya...kepada teman-teman aku luahkan perasaan rindu ini.
Senja itu berulang bersama rindu yang tidak pernah padam lalu aku menyebut namamu didalam suara yang bisu...engkaukah itu. Disini aku mengulangi kembali sewaktu didalam sunyi aku melagukan kata hati...rindukah itu. Biarkanlah perasaan rindu dan kemesraan ini berlalu bersama kesunyian yang padu kerana aku bukan untuk dia. Akan ku sebut namamu selalu namun...ada rindu yang lebih dari itu...dan kau teruskah lari dari ku yang menanti...engkau kah itu...
CINTA ITU MISTERI...DAN DATANGNYA PUN BAGAIKAN MISTERI YANG TAK TERUNGKAP OLEH KATA-KATA...

Saturday, February 14, 2004

Selamat Hari Memperingati Kekasih

Orang kata cinta pertama kita adalah cinta yang kita akan ingat sampai bila-bila...aku pun sudah lupa siapakah cinta pertamaku...yang pastinya aku ingat pada mereka-mereka yang pernah aku jatuh cinta. Tapi...tiada seorang pun diantara mereka yang pernah menerima luahan perasaan ini kerana aku bimbang aku akan kecewa. Yang pastinya perasaan cinta itu diwarnai dengan pelbagai situasi...gembira...bahagia...resah...gelisah...kecewa...cemburu...rindu...sepi.

Diriku hanya insan biasa...miliki naluri yang sama...antara bait-bait lirik nyanyian siti nurhaliza yang membawa pengertian yang mendalam bagi mereka yang mengalami situasi yang sama. Kemelut dalam diri seringkali menjadi mainan dalam perjalanan kehidupan yang panjang ini. Adakalanya aku tak sanggup menghadapi semua ini sehinggakan akhirnya aku sendiri yang sering terluka. Begitu banyak cerita suka duka seorang aku jika dilakarkan akan menjadi sebuah lukisan abstrak yang sukar dimengertikan..dan yang pastinya 14 Februari...aku masih sendiri lagi...

Friday, February 13, 2004

Di Sini Buat Pertama Kali

Dalam melewati hidup ini...tak pernah kasih sayang dikecapi...kerana sentiasa bimbang akan terluka...berlalu usia begitu saja...satu demi satu kejayaan...kuperolehi dalam kehidupan...tetapi mengapakah...tak merasa bahagia...kekosongan ini makin menyiksa... Oh di sini... oh di sini...buat pertama kali...kumerasakan kehadiran...meninggalkan kesan Oh di sini kau di sisi...sudut hati yang suci...kian terisi dengan kasih...melengkapi diri...Oh...andainya telah ditentukan...di akhir pertemuan perpisahan...biarlah aku rela mengalami segala...untukku fahami erti kecewa...