Monday, February 23, 2004

Sabtu 21/2/2004

10:00am - Hari ni aku bangun agak lewat kerana sebelum tu aku pergi clubbing dan sampai rumah dalam pukul 6am...bagi aku 5 hours sleep is enough.

11:30am - aku kena pergi ke petaling street untuk beli bunga untuk suatu majlis yang akan diadakan pada pukul 3 petang nanti di premises tempat aku bekerja...walaupun cuti aku tunaikan jugaklah tanggungjawab aku ini. Sebelum itu aku ada call my another friend Z...dia ni tengah service keretanya berdekatan dengan kediaman aku. Memandangkan service kereta ni memakan masa jugak ler jadi aku pun angkut ler Z jadi peneman aku untuk pergi beli bunga.

12:30 noon - kami singgah sebentar di Karnival cuti-cuti Malaysia untuk collect some brochure buat berangan sikit-sikit. Later i send Z back to the workshop and i continue with my next agenda

1:30 pm lunch with M at his Condo...our ealier plan is to have lunch outside together with another two friend G & Y but we cancelled it last minute sebab BF M nak datang rumah M...rosak program hehehehe...so kami pun hanya lepak rumah dimana sebelum tu aku ada beli keropok lekor RM5 dan dua botol besar air soya sejuk...heaven i tell you.
Kebetulan pulak di Astro Ria jam 4 pm adalah siaran ulangan Anugerah Planet Muzik sampai jam 7pm. Kemudian

7:15 pm - excused myself nak balik kerumah mandi dan salin baju sebab malam itu aku dan M akan ke satu majlis harijadi kawan atas kawan...i was invited coz this birthday boy ada sesuatu with me...I ok jer. Sebelum tu aku sempat singgah di laundry shop collect baju.

8:30 pm - setelah bersiap aku terus jemput M. Aku bercadang untuk membawa buah tangan untuk Birthday boy but i didn't really know him so i decided to buy Red Wine coz dia ni Christian and most of his circle of friend is a foreigner but M advice me to be more eastern instead of western so aku pun beli ler Sparkling Juice instead of Red Wine...hehehehhe. Bila sampai dirumahnya aku lihat banyak kereta mewah dan plate kereta warna merah...naik segan pulak aku sebab aku bawak sparkling juice...M cakap the thoughts that count...amboi pandai sungguh M berkata - kata nak sedapkan hati aku....later kami decided tinggalkan aja sparkling juice dalam kereta hahahahahahah. Disitu aku terserempak dengan B...my another ons...makin cute plak dia ni. M cakap dia ni jambu hahahahha. M macam tak berapa selesa aja dengan keadaan party tu manakala aku as usual akan menunjukkan sifat peramah terlampau aku ler sehinggakan M tanya samada aku kenal ke dengan diorang semua ni...sebenarnya tak pun heheheheh.

11:15 pm - Kami minta diri untuk beredar kerana kami ada satu lagi agenda di salah sebuah kelab ( bukan tempat PLU ok ). Sebelum itu aku kena hantar B kerumah kawannya di desa pandan dan selepas itu kami kena pick up another friend H sebab dia nak join kami.

11:35 pm - kami sampai di kelab...Bf M dah sedia menanti lepas tu kami lepak- lepaking sambil tengok live band dan jugak open karaoke. Tak ramai sangat orang malam tu coz maal hujrah beb.

3:00 am - kami semua beredar dan pergi lepak di suatu tempat yang sering rakan-rakan kami berkumpul...ala - ala persidangan gitu. Biasa ler kalau dah ramai macam-macam cerita dan gossip keluar..opssss

4:30 am - kami pun beredar...aku dan Y terpaksa menghantar our friend S balik rumah coz dia dah mabuk lepas attending satu party di Bankers Club.

5:30 am - akhirnya aku sampai dirumah dan terus tidur sebab pukul 6:30 nanti mak aku akan gerak untuk solat subuh...heheheh alim-alim kucing
Hari ini adalah hari terakhir cuti umum seluruh malaysia....ada yang balik kampung dan ada juga yang pergi bercuti kedestinasi-destinasi samada didalam atau diluar negara dan ada juga terpaksa bekerja samada itu adalah routine atau corak sesuatu pekerjaan dan juga ada yang bekerja kerana ingin menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh. Bagi diriku...ini adalah peluang untuk berehat dan bersantai dimana destinasi pilihan ku ialah stay at home hehehehe. Malas nak drive jauh-jauh keluar dari KL lagipun semuanya ada disini...so on my first agenda which was fall on Friday night, i went to BB with my best friend A. We reached there dalam pukul 1:30 am dimana sebelum tu kami lepak kat luar di new cafe which is run by my another friend S.

Ramai juga kawan-kawan yang aku jumpa...bila masuk kedalam BB, show masih belum habis lagi...bengangnya...bayangkanlah dari pukul 12am sampai pukul 3am show masih belum habis lagi...konsert ke apa...kalau dapat tengok kira ok ler ini tidak...terjengket-jengket ler aku nak tengok. Kawan aku entah kemana menghilangkan diri bertemu dengan kawan-kawan dia...tinggal ler aku sorang-sorang terkulat-kulat...nasib baik aku ni tak meletup sangat jadi takda ler orang pedulikan aku hehehe sedih gak. Anyway aku tak salahkan A maklum ler dia ramai kawan...berbalik pada kisah dalam BB ni tadi, akhirnya show pun selesai ler dalam pukul 3:15 am...aku pun apalagi tanpa membuang masa buka gelanggang ler but unfortunately the music suckssssssssss. Menyesal aku datang...duduk rumah lagi baik.

Bercakap pasal show atau competition ni, aku dapat lihat this two PLU club ni semacam berlumba-lumba untuk menganjurkannya sehinggakan aku pun dah lost track...mr malaysia ler, miss malaysia ler, the most eligible bechelor ler dan banyak lagi gelaran yang diberikan...kalau diperhatikan kebanyakkannya muka yang sama aja yang masuk tapi aku respect ler dengan diaorang ni coz mereka - mereka ni berani dan mempunyai tahap self esteem yang tinggi.

Satu perkara yang aku nak sentuh adalah show biasa untuk hiburan para pengunjung kelab, aku tabik spring pada Glitters Dot Com kerana persembahan mereka yang sentiasa menghiburkan. Setiap show mereka mesti ada jalan cerita atau sketch yang humourous...which reminds me to another showgirl 'Mama Roza'...unfortunately dia tenggelam begitu saja disebabkan perkara-perkara peribadi yang aku sendiri tak berapa pasti.


Anyway malam tu aku balik rumah dalam 5 am...kata A pada aku...i always try to adjust myself to every situation eventhough it was pretty amazing bored...I'll take that as a compliment A...

Tuesday, February 17, 2004

Perkenalan aku bersama L membuahkan satu perasaan yang tersendiri...akan tetapi aku lebih berhati-hati menghadapi situasi ini. Namun...aku hanya insan biasa...tidak dapat lagi membohongi apa yang tersurat didalam jiwa ini. L seorang yang baik akan tetapi mungkin demi kebaikan bersama L terus menyepikan diri dari aku. Aku tidak pernah meluahkan apa-apa padanya...mungkin dia sudah terbaca dari gerak geri ku yang semakin pincang. Semua ini aku pendamkan sahaja dan adakalanya...kepada teman-teman aku luahkan perasaan rindu ini.
Senja itu berulang bersama rindu yang tidak pernah padam lalu aku menyebut namamu didalam suara yang bisu...engkaukah itu. Disini aku mengulangi kembali sewaktu didalam sunyi aku melagukan kata hati...rindukah itu. Biarkanlah perasaan rindu dan kemesraan ini berlalu bersama kesunyian yang padu kerana aku bukan untuk dia. Akan ku sebut namamu selalu namun...ada rindu yang lebih dari itu...dan kau teruskah lari dari ku yang menanti...engkau kah itu...

Monday, February 16, 2004

Perkenalan aku bersama L membuahkan satu perasaan yang tersendiri...akan tetapi aku lebih berhati-hati menghadapi situasi ini. Namun...aku hanya insan biasa...tidak dapat lagi membohongi apa yang tersurat didalam jiwa ini. L seorang yang baik akan tetapi mungkin demi kebaikan bersama L terus menyepikan diri dari aku. Aku tidak pernah meluahkan apa-apa padanya...mungkin dia sudah terbaca dari gerak geri ku yang semakin pincang. Semua ini aku pendamkan sahaja dan adakalanya...kepada teman-teman aku luahkan perasaan rindu ini.
Senja itu berulang bersama rindu yang tidak pernah padam lalu aku menyebut namamu didalam suara yang bisu...engkaukah itu. Disini aku mengulangi kembali sewaktu didalam sunyi aku melagukan kata hati...rindukah itu. Biarkanlah perasaan rindu dan kemesraan ini berlalu bersama kesunyian yang padu kerana aku bukan untuk dia. Akan ku sebut namamu selalu namun...ada rindu yang lebih dari itu...dan kau teruskah lari dari ku yang menanti...engkau kah itu...
CINTA ITU MISTERI...DAN DATANGNYA PUN BAGAIKAN MISTERI YANG TAK TERUNGKAP OLEH KATA-KATA...

Saturday, February 14, 2004

Selamat Hari Memperingati Kekasih

Orang kata cinta pertama kita adalah cinta yang kita akan ingat sampai bila-bila...aku pun sudah lupa siapakah cinta pertamaku...yang pastinya aku ingat pada mereka-mereka yang pernah aku jatuh cinta. Tapi...tiada seorang pun diantara mereka yang pernah menerima luahan perasaan ini kerana aku bimbang aku akan kecewa. Yang pastinya perasaan cinta itu diwarnai dengan pelbagai situasi...gembira...bahagia...resah...gelisah...kecewa...cemburu...rindu...sepi.

Diriku hanya insan biasa...miliki naluri yang sama...antara bait-bait lirik nyanyian siti nurhaliza yang membawa pengertian yang mendalam bagi mereka yang mengalami situasi yang sama. Kemelut dalam diri seringkali menjadi mainan dalam perjalanan kehidupan yang panjang ini. Adakalanya aku tak sanggup menghadapi semua ini sehinggakan akhirnya aku sendiri yang sering terluka. Begitu banyak cerita suka duka seorang aku jika dilakarkan akan menjadi sebuah lukisan abstrak yang sukar dimengertikan..dan yang pastinya 14 Februari...aku masih sendiri lagi...

Friday, February 13, 2004

Di Sini Buat Pertama Kali

Dalam melewati hidup ini...tak pernah kasih sayang dikecapi...kerana sentiasa bimbang akan terluka...berlalu usia begitu saja...satu demi satu kejayaan...kuperolehi dalam kehidupan...tetapi mengapakah...tak merasa bahagia...kekosongan ini makin menyiksa... Oh di sini... oh di sini...buat pertama kali...kumerasakan kehadiran...meninggalkan kesan Oh di sini kau di sisi...sudut hati yang suci...kian terisi dengan kasih...melengkapi diri...Oh...andainya telah ditentukan...di akhir pertemuan perpisahan...biarlah aku rela mengalami segala...untukku fahami erti kecewa...

Thursday, February 12, 2004

i think i'm strong enough to face all this but unfortunately i'm not...
Ada kalanya kita hanya mampu bermimpi kerana realitinya begitu sukar untuk digapai...jalan yang dilalui begitu sukar...ranjau..onak...duri...peneman setia seorang pengembara didalam perjalanan kehidupan menuju sebuah realiti...semuga sang pengembara tidak mudah kecundang didalam menuju ke destinasi ini...buat seorang yang bernama...terimakasih diatas segalanya...kerana memberi peluang untuk aku mengenali dirimu...hanya aku yang tersilap kerana jatuh hati pada mu.

Kegelisahan...didalam kedinginan...meniti sepi keseorang...sebuah kematian...yang tiada bernesan...sendu mengiringi perpisahan...ruang nan luas...diri bergerak bebas...namun keupayaanku terbatas...segala mimpi...menjadi api...perit membakar diri...sebuah cinta dan harapan...menjadi debu berterbangan...tersekat nafasku...kabur pandangan mataku...amat tersiksa jiwaku kerna kehilanganmu...oh...mengapakah terus mengharap menanti walau cukup kusedari kau takkan kembali...pemergianmu mengisi permintaan...biarpun dikau masih ku perlukan...kita dikata...pasangan bahagia...kini terasing luka...

Tuesday, February 10, 2004

HATI KU KECUNDANG DI ATHENS

Ku rindukan kedinginan hujan...Dalam kesejukan salji...Yang membekukan tubuh ini...Yang menyesakkan kalbu ini...Di masa begini ketika sendiri...Semuanya terbayang kembali...Untukmu aku rakamkan...Sebuah kisah rindu...Yang kini mencengkam...Untukmu aku dendangkan...Sebuah lagu kembara...Di rantauan...Kesunyian kekosongan rasa...Dalam penitian masa...Yang menyesakkan tubuh ini...Yang menyesakkan kalbu ini...Fajar yang menyinsing...Di tempat yang asing
Embun pun tak terasa hening...
Senja Berulang Senja

Senja berulang rindu...Dan ku sebut namamu...Dalam suara yang bisu...Engkaukah itu Dan ku ulang kembali...Sewaktu dalam sunyi...Nyanyian kata hati...Rindukah itu...Biarkan kemesraan berlalu...bersama kesunyian yang padu...Akan ku sebut namamu selalu Namun ada rindu yang lebih dari itu...Kasih di mana janji...Dan kau teruskah lari...Dari ku yang menati...Engkau kah itu...


DIDALAM EMOSI INI

dua tiga hari ini perasaan aku tidak berada didalam situasi yang menyenangkan...banyak perkara yang bersarang didalam kotak fikiran ku ini...masalah kerja, masalah peribadi dan masalah yang melibatkan hati dan perasaan serta emosi. Aku rasa kan seperti ingin lari dari semuanya....pergi ke suatu tempat yang jauh dari semua ini...membawa sekeping hati yang lara...yang entah bila iannya akan terubat dan yang pasti hanya aku sahaja yang tahu.

Adakalanya aku terfikir kenapa aku dilahirkan begini...tapi sebagai orang yang masih mempunyai agama aku sentiasa percaya pada qada' dan qadar'. Ini adalah ujian dalam hidup seorang yang bernama AKU. Perasaan sepi sentiasa mencengkam dalam hidup walaupun aku mempunyai sahabat handai yang ramai dan yang sentiasa memberi sokongan padu pada diri ini tetapi ianya hanyalah luaran sahaja sedangkan dalamannya aku sendiri yang harus menentukan.

Di dalam sepi itu...serasa diri ini terpinggir di batas nan sepi tak sesiapa menemani...di dalam sepi itu kembali ku mengingati mu lalu hati jadi rindu. Aku terperangkap dalam diri aku terpedaya oleh mimpi...aku dikejari bayang-bayang keterpaksaan menyiksakan...lama ruang hati kekosongan...lama ku menangis sendirian...lama hanyalah hitungan masa tak terluntur kenangan indah di antara kita...di dalam sepi itu bertakhta bayangan dirimu mencengkam sanubariku.

Semuga aku tabah menghadapi semua ini...

Saturday, February 07, 2004

Bisikan Hati

Dengarlah bisikan hasrat hati...Yang merindu menjelma kembali...Ingatanku yang telah lalu...Bersama berjanji sehidup semati...Kini tinggal hanyalah kenangan...Dikau hilang di mana gerangan...Tiada berita kudapati...Hanya ingatanku di masa yang lalu...Kasihanlah kepadaku sayang...Tiap hari jua wajahmu terbayang...Ampunkanlah
segala dosaku...Seandainya kita tak lagi bertemu...Dengarlah bisikan hasrat hati...Yang merindu menjelma kembali...Ingatanku tetap bersemadi...Walau dikau kini telah mungkir
janji...

Friday, February 06, 2004

- AKUKAH YANG TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERCEPAT -

Yesterday i went out for dinner with my friends A & M at Naili's, another decent restaurant in Ampang Point. M being introduced to A by me...which A thought that i and M dah berkawan lama. Actually malam yg aku dgn M keluar tu dimana hari itu juga aku terserempak dgn A adalah hari yang pertama perkenalan aku dgn M. A seakan suka dgn M lalu dia meminta number M dari aku akan tetapi sebelum itu A ada bertanya samada M itu special aku ker lalu aku jawab kawan biasa aja untuk mengelak dari sebarang konflik atau prasangka yg bukan2.

Sebenarnya jauh disudut hati aku sudah mula menyukai M...akan tetapi demi persahabatan aku dgn A aku rela korbankan segalanya. Salah aku juga kerana tidak berani untuk berterus terang lagi pun usia perkenalan kami masih baru lagi dan belum tentu M akan menyukai aku sebagaimana aku menyukainya. Biarlah perasaan ini berkubur jauh disudut hati ini...biarlah takdir yang menentukan segalanya.
-AKU KAH YANG TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERCEPAT-

Thursday, February 05, 2004

Another one of my favourite song...

Bukan Cinta Biasa

Dewiq/Siti Nurhaliza | Dewiq/Siti Nurhaliza

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

| Chorus |
Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawapnya, oh...
Andai ku biasa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kau hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

| Repeat Chorus |
dah lama tak kesini....semalam adalah hari pertama at work after 4 days on leave....4 hari jer unlike some people 4 weeks and so. Itu pun berlambak kerja / appointment kena attend. Bila tengok bilik office, macam2 benda / fail berlambak kat atas meja....bersepah dan kusut macam fikiran aku...heheheheh. Dalam pada tu keinginan untuk berkaraoke makin memuncak setelah hampir 2 bulan tak kesana gian untuk menyanyi melepaskan tension...unfortunately none of my friends is available...people said kawan gembira ada dimana2 tapi kawan menangis susah dicari...tapi yang ni kawan nak bergembira pun susah dah..kwang kwang kwang. Anyway i managed to get 3 of my unexpected friend to join in...thanks to them (diaorang ni i tak pernah ajak karaoke coz malu nak ajak depa ni hehehehhe). Hebat jugak diaorang ni....ada misha omar, siti sarah, anuar zain, siti nurhaliza dan tak ketinggalan ramlah ram dan noraniza idris pun ada. Tapi yang buat aku nak pengsan...deja moss pun ada tuh hehehehheh. Harap-harap they will join me for the next session kalau diaorang tak serik ler.