DIDALAM EMOSI INI
dua tiga hari ini perasaan aku tidak berada didalam situasi yang menyenangkan...banyak perkara yang bersarang didalam kotak fikiran ku ini...masalah kerja, masalah peribadi dan masalah yang melibatkan hati dan perasaan serta emosi. Aku rasa kan seperti ingin lari dari semuanya....pergi ke suatu tempat yang jauh dari semua ini...membawa sekeping hati yang lara...yang entah bila iannya akan terubat dan yang pasti hanya aku sahaja yang tahu.
Adakalanya aku terfikir kenapa aku dilahirkan begini...tapi sebagai orang yang masih mempunyai agama aku sentiasa percaya pada qada' dan qadar'. Ini adalah ujian dalam hidup seorang yang bernama AKU. Perasaan sepi sentiasa mencengkam dalam hidup walaupun aku mempunyai sahabat handai yang ramai dan yang sentiasa memberi sokongan padu pada diri ini tetapi ianya hanyalah luaran sahaja sedangkan dalamannya aku sendiri yang harus menentukan.
Di dalam sepi itu...serasa diri ini terpinggir di batas nan sepi tak sesiapa menemani...di dalam sepi itu kembali ku mengingati mu lalu hati jadi rindu. Aku terperangkap dalam diri aku terpedaya oleh mimpi...aku dikejari bayang-bayang keterpaksaan menyiksakan...lama ruang hati kekosongan...lama ku menangis sendirian...lama hanyalah hitungan masa tak terluntur kenangan indah di antara kita...di dalam sepi itu bertakhta bayangan dirimu mencengkam sanubariku.
Semuga aku tabah menghadapi semua ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment