Monday, June 28, 2004

Sunday...27/6

I'm attending a birthday party of my friend's wife in the Planet Hollywood. It was just a small party gathering coz later we gonna watch Shiela Majid's performance. its only ten of us, aku tiba agak lewat dan ada timbul sedikit masalah. The reservation was under his father's name coz he need to have VIP status which i was not being informed earlier and he didn't pick up his call after so many attempts which later i was being told that he left the phone in the hotel room. After some small arguement at the entrance,finally they allowed me to go down and look for my friend accompanied by one of the staff. Aku bengang jugak ler kerana perkara ini tidak dapat diselesaikan secara baik at the first place walaupun aku telah cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada mereka secara polite. Aku cuba mengawal keadaan amarah ku ini demi kawan ku dan keluarganya.

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, isteri my friend tu perli-perli pulak aku. Dia ni memang jealous sesangat dengan aku sejak zaman mereka ni bercinta lagi...

wife dia : aaaiii...whose birthday it is? late..?! (synically)

aku : got some miscommunication at the entrance just now (polite tone)

wife dia : really?? or just another excuses to draw some attention? (synically)

aku : i don't think that i need one and furthermore i don't have to ask for it

wife dia : iye ker...tak tahu ler pulak i...ingatkan you yang beria-ia nak datang. Maklum ler dapat tengok sheila majid for free kannn...

aku : lady...i didn't give a damned about sheila majid or you for heaven sake. I came here because i respect your husband invitation okeyyy. FYI...I can afford to watch more than sheila majid concert. Anyway you are soooo lucky to have it here in Planet Hollywood.

wife dia : but i don't get any handphone......

My friend : shut up both of you...can you two just behave for one day dan berdamai for the sake of me. I had enough with all this shit...

aku : I'm sorry R...i think its better for me to be out from here. Enought with all this humiliation.

dan aku pun terus beredar dan meninggalkan meja makan. R memanggil namaku dan mengejar aku dari belakang sehinggalah ke pintu masuk planet..(macam dalam drama swasta).

My friend : zam...please stay (sambil menarik tanganku)I'm really sorry for what had happened.

aku : its ok R, i don't have anymore mood to stay and I'm really pist off with this situation.

My friend : please zam...can we just forget about it for a while? we'll discuss it tomorrow ok and i'll make sure dia minta maaf dengan you nanti.

aku : don't bother...anyway aku dah maafkan dia. Actually it is not a good idea for me to be here today. Kalau aku stay pun memang tak ok coz you know me kan.

My friend : ok zam...i will call you later?

aku : don't bother coz i need sometime to be left alone...nite (sambil aku berlalu dari situ tanpa menoleh pun kebelakang)

terasa sebak yang amat sangat aku rasakan...mata aku dah berair. Aku duduk seketika dibahu jalan berhampiran untuk menenangkan fikiran dan terus aku teringatkan SF dan mendail nombornya.

SF : Hello z

aku : hai SF..dah makan?

SF : belum

aku : jom dinner

SF : aku kat USJ ni rumah member

aku : takpa lah kalau macam tu (dengan nada sebak)

SF : kenapa z? u sounds different?

aku : takda apa

SF : theres must something wrong, you better tell me what happened?

aku : no...its ok

SF : its not ok...see me at 9:30 pm at my place

aku : no...its oklah...I'm gonna be ok

SF : I don't care you have to be there at 9:30 pm (and he hang up the phone)

and i've decided not to go lalu aku hantar sms to SF telling him that i'm not coming. Later lepas tu aku dapat panggilan dari SR bertanyakan khabar lalu terus pergi kerumahnya. Semasa disana aku menerima panggilan dari R from planet hollywood. Dia masih rasa bersalah dengan keadaan yang berlaku. He wants to see me later that night tapi aku menolaknya dengan baik dan berjanji akan bertemu dengannya bila ada kelapangan.

the next day Monday morning aku dah terima panggilan dari SF bertanyakkan khabar and he told me that he waited for me for about an hour at the lobby of his condo. This is due to the message that i sent ealier delayed...012 kan..later we had lunch together.

thats the end of all those dramas over the weekend...

Saturday, June 26, 2004

8:00 am - bersiap ke tempat kerja. Petang ni ada function nak kena attend.

10:00 am - tengah sibuk buat kerja SF call coz dia ada emergency, dia terkunci dari luar coz kunci rumahnya tertinggal kat dalam. Rumah dia ni mcm hotel pintunya, kalau tutup jer terus terkunci. Jenuh ler kena panggil tukang kunci untuk membuka pintu rumahnya itu.

2:00 pm - pulang semula ke pejabat coz ada function.

5:30 pm - E call kata nak singgah jumpa aku dan kebetulan dia ada majlis dibangunan sebelah. Lama betul tak jumpa E semenjak dia pindah ke Putrajaya, ada ler sekali aku berkunjung kerumahnya disana. Makin handsome aku tengok dia ni...hehehehe

6:30 pm - aku hantar E ke KL Sentral untuk dia menaiki komuter kekajang. Selepas itu aku terus ke rumah SF. Kami akan menonton AF2 dirumah SR & IM. Actually my original plan is to watch at M's place but unfortunately something came up so we have to change plan.

8:30 pm - just nice kami tiba AF2 pun bermula. SR jeling semacam aja coz minggu lepas aku datang rumahnya bersama AY. Sempat jugak ler dia caras aku "tak tahu ler minggu depan dengan sapa pulak you datang". Aku sengih sambil ngetap gigi kat SR..."K9" kataku.

11:30 pm - AF2 habis dan aku bersiap seketika untuk pergi clubbing.

1:00 am - aku dan SF tiba di club. Orang macam biasa tak ramai lagi tapi malam tu ramai orang yang dikenali berada disana. SF plak sibuk borak dengan gengnya dan aku pulak dengan Andy and the geng. Tengah aku menari belakang aku dicuit...rupa-rupanya fuzz pun ada, dia datang bersama kawan-kawannya. Man Thailand yang dah lama tak jumpa pun ada...dia cakap aku dah kurus dan makin lawa...aku gelak bagai nak rak dengan statement dia tapi dalam hati teruja ler jugak hahahaha...spedo kan. Dalam pada tu mata aku meliar mencari dimana SF dan kulihat dia rancak berborak dihujung bar...selamat kasim selamat. Lepas show time aku ditegur oleh H yang baru tiba, dia ni aku biasa nampak tapi tak pernah tegur, entah macam mana suatu hari tu aku beranikan diri menegurnya dan respond darinya quite good. Malam tu aku tak berkesempatan lansung nak menari dengan SF, tapi elok jugak coz aku lebih senang menari sorang-sorang samada tepi atau belakang platform.

5:00 am - aku menghantar SF pulang

6:00 am - aku tiba dirumah dan terus mandi dan masuk tidur.

Thursday, June 24, 2004

Suatu Perjalanan Kehidupan - Hassan (bukan nama sebenar)

Aku berkawan dengan Hassan sudah lama. Kami mula berkenalan tika aku memulakan tugas di salah sebuah agensi kerajaan di ibunegara. Pada masa itu Hassan adalah pembantu kepada aku dan memandangkan dia adalah orang lama di jabatan itu walaupun usia kami hampir sama, kebanyakkan perkara yang berkaitan dengan tugasan, aku akan meminta pandangan dan panduan daripadanya.

Hassan dilahirkan di dalam keluarga yang kurang berada di sebuah negeri di pantai timur. Bapanya telah meninggal dunia tika dia berada didalam darjah 6. Sejak dari itu ibunya terpaksa bekerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menoreh getah dan berjual kuih dikantin sekolah yang berdekatan. Pada ketika itu semua adik beradiknya termasuklah Hassan masih bersekolah dan sudah tentu perbelanjaan semuanya ditanggung oleh ibunya seorang tanpa bantuan dari sesiapa pun termasuklah bapa-bapa dan ibu-ibu saudaranya.

Terlalu banyak dugaan, penderitaan dan kesusahan yg dialami oleh Hassan sehinggakan dia gagal untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia terpaksa melupakan semua cita-cita serta impiannya selama ini demi kebahagiaan keluarganya. Untuk itu Hassan tekad untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur Kota Metropolitan yang menjanjikan seribu satu impian. Pelabagai jenis kerja yang dilakukan antaranya sebagai pencuci,pelayan restoran, kerja kilang dan akhir sekali di salah sebuah jabatan kerajaan.

Pernah diceritakan kepada aku bagaimana susahnya kehidupan yang dilalui bersama gaji yang diterima setiap bulan sebanyak RM220 yang hanya cukup-cukup untuk bayar sewa bilik rumah setinggan yang didiami dan makan serta dihantar sedikit kekampung.Diceritakan juga kepada aku oleh Hassan dimana pada suatu hari dia terlalu lapar dan duit untuk makan pun tiada dan dia telah kerumah kawannya untuk meminjam wang sebanyak 50 sen bagi membolehkannya membeli sebungkus mee segera, akan tetapi permintaannya ditolak oleh kawannya itu. Malu dan sedih sungguh Hassan pada ketika itu lalu dia pulang kerumah lalu minum air kosong sahaja dengan harapan laparnya akan hilang.

Kali terakhir aku bertemu dengan Hassan adalah didalam tahun 2000 sebelum aku berangkat ke Afrika untuk bertugas disana. Sekembalinya aku didalam tahun 2002 aku mendapat perkhabaran bahawa Hassan telah kembali kerahmatullah. Dia pergi ketika didalam tidurnya tika ibunya ingin membangunkannya untuk solat subuh. Dan semalam telah genap 4 tahun pemergiannya. Perjalanan kehidupannya sudah berakhir membawa seribu satu cerita suka duka didalam kehidupan.

Hubungan aku dengan keluarga Hassan begitu akrab sehingga ke saat ini dan segala kenangan serta cerita suka duka kehidupan yang dilaluinya menjadi panduan didalam diri ini supaya senantiasa menginsafi diri dan jangan terlalu taksub dengan harta yang ada. Bersedekah adalah amalan yang mulia dan bantu membantu sesama insan adalah jalan yang baik dimana adakalanya ianya sering disalah ertikan atau diambil kesempatan. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...
Disaat waktu berhenti...kosong...dimensi membutakan mata memekakkan telinga...lalu diri menjadi hampa...disaat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk mereka...sedarku akan hadirmu mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri...

Tuesday, June 22, 2004

Seorang teman lama telah menelefon aku tempohari menyatakan bahawa dia telah bertemu dengan cinta barunya. Aku gembira dengan situasi yang dia hadapi tika ini selepas beberapa tahun memendam perasaan sepinya itu. Sebuah petikan cina yang berbunyi "tembok besar cina boleh menghalang musuh dari menyerang tapi ia tidak mampu menghalang jodoh disebelah sana dan sebelah sini bersatu."

Demikian juga orang selalu berkata jodoh, ajal, maut ditentukan Tuhan. Malah siapa pun sebenarnya tidak tahu jodoh kita dimana, dengan siapa dan sampai bila. Aku percaya cinta bukan hanya dimiliki oleh insan yang berperasaan sempurna sahaja. Bagi sebahagian besar manusia normal berpendapat, cinta, perkahwinan dan kebahagiaan seolah-olah tidak perlu dimiliki oleh orang seperti aku.

Selain Bulan dan mentari yang tidak mungkin dipersandingkan di pelamin kenyataan, orang macam aku juga tidak mungkin akan melaluinya bersama orang yang aku sayangi walaupun jodoh antara manusia bukanlah mustahil. Akan tetapi aku senantiasa berharap agar suatu hari nanti aku bisa memiliki semua yang orang sempurna miliki.

Itulah suratan tapi bukan kebetulan, dan aku percaya apabila aku terlupa melagukan melodi hidup yang indah, pasti ada orang yang datang dan tolong menyanyikan melodi itu kepada aku.

Buat SF...adakah aku hanya miliki bayang - bayangmu...
dan kerinduan ini terubat jua akhirnya...

Sunday, June 20, 2004

Buat seseorang yang pernah singgah dan membahagiakan diriku...

Berat bebanku....
Meninggalkan mu...
Separuh nafas jiwaku....sirna

Bukan salahmu....
apa daya ku...
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak pada kita....

Kasihku....
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya....
Bukan karna kita berbeda....

Dengarkan....
Dengarkan lagu lagu rindu...
Memori rintahan hati ini
Kisah kita berakhir di... Januari
Slamat tinggal kisah sejatiku

Saturday, June 19, 2004

Pergi ke UiTM Jengka with this friend of mine AY. Dia ni aku kenal melalui seorang kawan BR. Pada ketika itu BR begitu meminati AY but unfortunately AY tidak dapat menerima BR dalam hidupnya memandangkan AY wants to concentrate on his study. Tapi...according to AY lagi, pada masa kali pertama dia berjumpa dia sudah mula terpikat dengan aku kerana katanya aku ni seorang yang gila-gila dan outgoing serta mesra alam (pandai spedo ayat...adik-adik kan). Aku pulak memang ler minat kat mamat ni tapi itu dulu semasa kali pertama kami berjumpa. Akan tetapi lama kelamaan perasaan itu lenyap terus coz it just a feeling. Kami tiba semula di KL dalam pukul 7 pm dan terus kerumah IM dan SR kerana kami planned to watch Akademi Fantasia concert together. SR begitu tidak senang dengan kehadiran AY kerana katanya aku tidak setia pada SF. Aku cuba jelaskan duduk perkara sebenar tapi tidak diendahkan langsung oleh SR. Aku sememangnya teramat rindukan SF...akan tetapi aku tidak boleh biarkan diri aku hanyut dalam lautan kerinduan ini...i have to make myself fully occupied.

Senja berulang rindu...Dan ku sebut namamu...Dalam suara yang bisu...Engkaukah itu...Dan ku ulang kembali...Sewaktu dalam sunyi...Nyanyian kata hati...Rindukah itu...Biarkan kemesraan berlalu...bersama kesunyian yang padu...Akan ku sebut namamu selalu...Namun ada rindu yang lebih dari itu...Kasih di mana janji...Dan kau teruskah lari...Dari ku yang menati...Engkau kah itu...

Friday, June 18, 2004

Seeing 3 guys in a day...bunyi macam very slutty bitch kinda person i am right??...ermmmm.

6:00 pm - had an early dinner with fuzz. Dia ni aku kenal since April, baru grad from one of the university in Australia. Dah kurus sikit, mungkin sebab struggle for final year exam. Dia ni seorang yang very low porfile, intelek dan cute hehehehe. Kami berkongsi hobi yang sama iaitu membaca dan mostly our conversation berkisar kepada buku-buku yang telah dan sedang kami baca.

8:00 pm - hantar fuzz pulang dan terus bergegas ke cheras kerana aku ada dinner with another guy name Dex. He is a cabin crew. Aku makan malam dirumahnya kerana dia memasak pada hari itu...nasi tomato, ayam masak merah dan etc (yang pasti ianya halal)sedap sungguh masakan dia ni...walaupun perut dah separuh kenyang tapi aku tetap pulun habis-habisan (mana badan tak naik...nasib baik ada jamu putri binari).

10:00 pm - aku beredar dari rumah Dex dan menuju ke rumah Min...kebetulan pulak Dex on standby, so masa makan tadi he received a phone call for a flight to London. Senang ler sikit kerja aku...jadi tak payah ler nak bagi excuses.

10:30 pm - tiba di rumah Min, this chindian ni dah lama kenal dengan aku cuma kami sering tiada berkesempatan untuk bertemu kerana kesibukan kerja. Masuk hari ni kami baru dua kali bertemu...

1:00 am - pulang kerumah dengan keletihan yang amat sangat, food and sex are very tiring but we need both of it. Sebelum aku melelapkan mata aku teringatkan SF yang kini berada di Bali...rindu itu datang menjengah kembali...mengetuk pintu hati yang aku cuba kuncikan buat semua...

Thursday, June 17, 2004

Usah merindu pada sang pelangi kerana pelangi bukan dijadikan untuk dimiliki tapi ianya hanya dijadikan untuk dikagumi...
I'm chec-in in one of the hotel nearby SF office. This is for his convenience for his airport transfer today at 6am. Yesterday we spent an evening together with my other 2 friends.

3:00 pm - aku pegi check in dulu lepas tu terus balik ke office

5:15 pm - received a call from an old friend who invite me for a coffee lalu aku terus ajak minum kat coffee house di hotel tempat aku menginap, senang sikit. Member aku ni memang handsome, str8 married guy with 3 lovely kids. He is younger 1 year than me and dia ni orang kelantan and he played sepaktakraw very. Hubungan kami sangat rapat sejak 1998 and he knew about me very well. (hehehehe)

6:15 pm - SF sampai dan terus join sekali sebelum lepak di bilik

6:30 pm - SR sampai dan dia join sekali. Masuk semalam dah 4 days in a row aku spent my evening with SR.

7:00 pm - My handsome friend minta diri untuk pulang.The reason he wants to see me is because dia ni ada konflik rumahtangga dan dia tiada member lain yang lebih dipercayai selain dari aku sendiri...kannn adik-adik biasa ler pandai memberi nasihat walaupun diri sendiri punya relationship tunggang langgang.

7:15 pm - aku, SF dan SR naik kebilik dan melepak, plan asal nak pergi swimming tapi melekat kat TV tengok buletin utama. Ingatkan swimming pool tutup pukul 10:00pm alih-alih rupanya tutup pukul 8:00 pm....brengsek...penat tau dress up pakai swimming trunk macam ala - ala gymnass berirama tu tau. Dah siap practice kat bilik sebelum tu dalam bath tub hehehehehe.

9:00 pm - tak jadi swimming lalu kami bersiap pulak nak tengok live band kat lobby hotel sambil-sambil cuci mata. Sebelum tu SF mengeluh coz dia takda mood nak ke Bali memandangkan kerjanya yang bertimbun kat office. Aku pun cakap ler kerja sampai bila-bila pun takkan habis,this is an opportuniy for him to go...lupakan semuanya buat sementara waktu...let we control the work and not the work control us...cewah pandai cik sri siantan beras siam beri nasihat. Sedangkan aku ni yang dah 2 tahun tak pergi bercuti kemana-mana. Aku ingat lagi masa aku resign from my old company dulu, ingatkan nak rehat for couple of month dan pergi vacation dan selepas tu ler baru nak cari kerja...tup tup bila visa aku untuk ke States kena reject (penangan September 11) dan kebetulan pulak aku mendapat tawaran kerja di tempat sekarang lalu aku apalagi grabbed aje ler. So berkulat ler aku di Malaysia khasnya di KL kota metropolitan ini. Satu lagi yang buat SF takda mood untuk pergi ialah dia takda kamera. Aku cakap kat dia kenapa tak beritahu awal-awal..which at first i offered my NOKIA 6600 untuk dia bawak (sanggup tu...dah suka nak buat macam mana) tapi dia menolak. Terus aku teringat pada Z dan aku menelefonnya...Z yang baik hati ni pun sudi ler meminjamkan kamera digital olympusnya itu walaupun semua instruction dalam bahasa Jepun.

10:00 pm - bergegas ke rumah Z untuk mengambil kamera disamping mengambil keropok lekor yang Z belikan khas buat aku...hehehehe sayang kat Z walaupun dia ni dah berpunya. Aku ajak Z lepak minum dulu di kedai yang berhampiran sambil-sambil tu boleh ler ajar sedikit sebanyak tentang kamera itu which at last SF cakap biar dia petik aja ler gambar tanpa delete takut nanti salah picit.

11:45 pm - aku hantar Z balik rumah dan kemudian hantar SR pulak balik rumah.

12:30 pm - tiba di bilik hotel kami terus tidur sebab masing - masing dah keletihan dengan aktiviti makan - makan sambil gelak-gelak dek kerana joke si SR. (nothing further ok coz I'm not an opportunist).

5:00 am - SF bangun dan bersiap untuk berangkat pergi coz dia punya pick up at 6 am. Sebelum keluar SF tinggalkan kunci keretanya serta keretanya sekali untuk aku. Sedih pulak aku....feel like wanna give him a friendly hug but my ego is larger than life. Dan dia terus berlalu pergi membelah kedinginan pagi itu....

9:00 am - aku terjaga dari tidur ku...dan terasa semacam suatu perasaan yang sayu merangkumi diri ini...suddenly i felt empty...I missed him....lalu aku terus mencapai telefon bimbitku dan terus memberanikan diri menghantar sms ke SF "i heard someone whisper your name...but when i turn around to see who it was...i noticed that i was alone...then i realised that it was my heart telling me that I MISS YOU..."...perasaanku berbelah bahagi samada aku harus menghantarnya atau tidak...but what the heck...by the time dia baca sms ni dia dah pun kat dalam flight dan mungkin di Bali takda coverage and by the time dia balik sms tu dah takda...nervous pulak aku dibuatnya. Anyway aku akan jumpa dia this Sunday...I'm such a drama king...

Tuesday, June 15, 2004

SF sms aku on Saturday night after kali terakhir kami berbicara last friday morning...tersenyum sendirian kerana keadaan ini. Later that night kami keluar bersama pergi clubbing but before that we had our supper in the nearby stalls. That day we left the club around 5am dan aku terus menghantar SF pulang ke rumahnya di Damansara, tapi sebelum pulang SF mengajakku lepak kat cafe yang berhampiran rumahnya sambil-sambil check-out new club name 'CARLOS' nearby his place too.

Saturday, June 12, 2004

I've met with ej in one of the function that i attended last wednesday. Actually this is my second time aku berjumpa dengannya didalam function yang aku hadiri. Pada kali pertama kami bertemu dia terus memberitahu bahawa dia sudah lama mengenali aku dari jauh dan melalui risikan teman-teman. Pelbagai jenis cerita yang dia dengar dan kebanyakkan adalah cerita tentang ke'buaya'an aku. Dia juga menceritakan kepada aku bahawa kawan-kawannya sudah memberi amaran kepadanya supaya berhati-hati apabila ingin berkawan denganku kerana bimbang akan dikecewakan, infact his ex bf pun kenal dengan aku dan dia pun sudah memberi amaran kepadanya. Aku hanya mendengar aja apa yang diceritakan kerana itu adalah hak individu untuk menceritakan apa-apa pun furthermore they are too judgemental..biasa ler orang cantik macam aku ni sering di tabuti fitnah...hahahahahahahahahahahahahahahahahah (perasannnnnnn).Bila aku tanyakan siapa nama rakan-rakannya dan ex-bf nya itu dia enggan memberitahu...lantaklah dan yang pasti i know who i'am. Dia telah mengajakku ke kediamannya yang terletak dipinggir ibukota dan aku menerima pelawaannya itu...lagipun aku taste jugak kat mamat ni hehehehe. Sebelum aku pulang malam itu dia telah berkata kepadaku bahawa akhirnya dia mendapat juga buaya yang menjadi idamannya selama ini...dan aku membalasnya dengan berkata...buaya ini liar dan sukar untuk dijinakkan...hanya pemburu yang bijak sahaja bisa menawannya.
Received a call from Helm in UK,this is his 3rd time calling me from there and i feel very touched with it. I've known this guy through the net last year. We've bump into each other almost every week in the club but we've just exchanged smiles. Early this year one of my friend organised a party during chinese new year and also a farewell party for him coz he will further his study in UK for a couple of years. Its kinda sad coz i didn't know about it untill the party itself. I did gave him a goodbye kissed on his cheeks with meaningfull kinda kiss which i think he got the signal. Just go with the flow...
i decided to loose down a bit with SF. Don't want him to feel uncomfortable towards this situation. Like what i believed...if you love someone set him free and he comes back than he is yours to begin with. Last time i called him was yesterday afternoon before i went to friday prayer.

Thursday, June 10, 2004

had lunch in KLCC with one of my client,STR8 guy. He kinda good looking and well dressed, married with one kid. Dia macam nervous dan malu-malu aja berbicara dengan aku. Bila time makan habis baju dan tali lehernya kena sos eventhough it shouldn't be coz dia macam gabra jer. Tapi aku macam biasa ler profesional dan takda ler nak gelak kat dia lagi pun tak sampai hati untuk ketawakan such a decent man like him. He asked my age and i told him that i'm already 34 which surprised him a bit coz he said that i doesn't look like one (is he trying to pull my leg or what or is he blind hahahahahah). He promised to asked me out again in one of the evening and he did asked me whether i do clubbing or not which i answered to it. (there goes another str8 guy yang akan muncul di PLUbar hehehehe).

Wednesday, June 09, 2004

Pada khamis lepas aku pergi ler gunting rambut di kedai india yang berhampiran dengan rumah aku ni. This barber of mine ni indian boy tapi berkulit cerah, age 21 dan sudah beristeri yang tengah sarat mengandung 6 bulan.Masa aku datang macam biasa ler kami berborak kosong sambil dia menggunting rambut aku but this time is a bit intimate...

barber : so sabtu ni public holiday kan?
aku : yup
barber : so tak pergi kemana-mana ke?
aku : mungkin saya balik kampung sekejap esok dan saturday balik KL semuala
barber : kenapa sekejap sangat
aku : well malam minggu mesti ler nak clubbing
barber : biasa clubbing kat mana?
(aku senyum tidak menjawab dan dia terus menggunting)
barber : kat mana?
(aku senyum lagi)
barber : cakap ler kat mana?
aku : some place yang you tak pergi
barber : try me
aku : you biasanya clubbing kat mana?
barber : bangsar
aku : oic
barber : cakap ler kat mana you clubbing?
aku : tempat tu semuanya lelaki yang datang dan takda perempuan
barber : kat mana tu?
aku : ade ler....
barber : club G.A.Y ke? (he spell the word hehehe)
aku : iyee...kenapa? pernah pergi ke?
barber : dulu pernah ler kawan bawak tapi tak ingat kat mana
aku : oh iye kerrrrr (kaget jap guee)
barber : kat mana tempat tu?
aku : ala dituttttttuuuuuuuuuu (censored)
barber : oic...so malam minggu ni boleh ler kita pergi
aku : are you serious?
barber : betullll...kita jumpa disana. Pukul berapa?
aku : oh ok...dalam jam 12

dan selepas itu kami pun bertukar-tukar nombor telefon hehehehe...dan seperti yang dirancang, pada sabtu lepas dia pun datang siap berkemeja biru serta jeans hitam..siap cukur misai dan gunting rambut tu...cute gak mamat ni kalau tidak takkan aku melayan kannnnn hehehehhe. SF pun ada sama, my barber tu tak menari pun hanya melepak minum air, mungkin nervous sebab tengok ramai sangat PLU kat KL ni kan hehehehe dan dia minta diri untuk balik dalam jam 3am. Tapi sebelum pulang dia cakap minggu depan boleh datang lagi but this time dia pasti akan menari...katanya lerr. keesokan harinya time aku pergi beli suratkhabar, aku lihat kedainya masih belum dibuka....sepatutnya dia dah bukak jam 10 am.Belum bangun lagi ler tu....aku yang balik jam 6am pun dah bangun. Tengok aja nanti whether dia ada tak malam minggu ni hehehehe




Tuesday, June 08, 2004

Last Saturday semasa dalam perjalanan pulang balik ke KL, aku menerima panggilan dari L mengajak aku pergi karaoke. Seperti yang di janjikan pukul 6 pm aku dah terpacak kat pusat karaoke, maka menyanyi ler kami sampai pukul 8:45 pm. Kami hanya bertiga termasuklah Bf L sekali. Tapi sebelum itu aku ada call A,M dan SF to join but none of them is available. A & M biasa ler ingin menghabiskan masa bersama coz A akan outstation for a week manakala SF balik kampung. After the session over kami semua pergi dinner di Naili's Sentul coz Bf L ada janji dengan member dia untuk dinner sekali. Sebelum tu aku sempat berjumpa seketika dengan 2 of my best friend yang kebetulan ada dinner di Jalan Damai, mereka ni crew yang kebetulan off day pada masa itu. Semasa perjalanan ke Naili's aku menerima panggilan dari SF menyatakan yang dia dalam perjalanan pulang ke KL dan dijangka tiba dalam pukul 11 pm. Aku telah berjanji dengan SF untuk clubbing malam tu so aku kena jemput dia dalam 11:30 pm.

Setelah makan malam selesai, L bertanyakan apakah plan aku seterusnya lalu aku menjawab clubbing, dia tanya dengan siapa dan dalam keadaan serba salah aku jawab SF. L telah bertanyakan satu soalan sensasi pada aku
L = "nko dengan SF ada apa-apa ke?"
Aku = "kami hanya kawan biasa macam aku kawan dengan orang lain jugak" L = "aku tak kisah ler kalau nko ada hubungan pun dengan dia coz between us dah tiada apa-apa"
Aku = "we are just friend for now"

Aku terus berlalu pergi membelah kesunyian malam menuju ke rumah SF.
Aku berkesempatan untuk pulang kekampung pada beberapa hari yang lalu, walaupun hanya semalaman tetapi ianya begitu penuh dengan aturcara. It was my cousin’s wedding which something yang aku sendiri terperangkap tak boleh mengelak. Nobody informed me about the wedding and i did not expect it…patut ler my mum beria-ia nak suruh aku yang jemput dia balik. Aku pulang hanya dengan memakai t-shirt tanpa lengan dan seluar jean serta selipar. Nasib baik ler ada sepupu yang boleh pinjamkan baju melayu coz keesokan harinya adalah jamuan rasmi yang dihadiri oleh royal family of Pahang dan kami semunya diwajibkan memakai baju melayu.

Sekali sekala pulang kekampung memang ler seronok, jenuh makan durian dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, duit aku tak laku sangat kat sana coz semua yang aku beli dan makan tak perlu dibayar. Malam baca nikah kami berkaraoke the whole family buat kali pertamanya sampai pukul 4 a.m., tapi aku takda ler nak tunggu sampai habis. Ramai jugak muka yang meletops hari tu tapi aku hanya tengok aja tak berani aku nak buat any moves coz maklum ler aku dikelilingi oleh kaum keluarga and furthermore aku ni is the most eligible bachelor hehehehehe.

Aku disuruh mandi bunga yang telah disediakan oleh ibu saudara ku dengan harapan aku akan dapat bertemu jodoh secepat mungkin. Dia pesan suruh aku selawat 3 kali but instead aku nyanyi lagu ulik mayang hahahaha. Petang tu aku bertolak pulang ke KL dalam pukul 2 pm dan sampai dalam pukul 4 pm.

Thursday, June 03, 2004

Busy sikit hari ni coz aku kena sudahkan beberapa paper work by today, I'll be on leave starting tomorrow untuk beberapa hari.Don't have any specific plan yet but i rather make it open and just follow my instinct.Mungkin esok aku akan ke Pahang coz my mum ada kat sana since last week to do some catching up with her relatives. Kali terakhir aku pulang ke Pahang was last hari raya puasa...about 7 month.

Wednesday, June 02, 2004

There are no right or wrong in the wrong situation...kata-kata yang aku sendiri cipta. Ianya berkait rapat dengan lifestyle yang aku lalui tika ini. Semalam salah seorang teman lama menelefon bertanyakan khabar dan salah satu soalan favourite dia adalah samada aku sudah khawin atau tidak or masih dengan lifestyle yang dulu (this str8 guy knew about my lifestyle). My answer to him was "of course kita semua harus melaluinya, cepat atau lambat itu semua adalah dibawah ketentuan NYA." tambah ku lagi "i wished one day bila aku tengah jalan-jalan tiba-tiba kepala terhantuk ke dinding dan aku akan terus berubah menjadi str8" both of us laugh. Terfikir sejenak aku dengan keadaan yang dilalui tika ini...kekadang tu ada baiknya aku menjadi single tanpa ada bf, sekurang-kurangnya i'm not add in more sins in me. But than again aku bukannya 'maksum' yang boleh lari dari segala godaan ini tapi sebagai yang ber Agama, i'm trying my very best kalau tak 100% at least 1% or 0.01% to minimised or eliminate it.Aku akan menghadapi kematian,padang mahsyar,titian asirat,syurga dan neraka. dan semuga aku sempat bertaubat sebelum ajalku tiba...
had lunch with SF today...an interesting conversation we had during lunch. I'm impressed with his opinion about his stand towards gay lifestyle.