Thursday, June 24, 2004

Suatu Perjalanan Kehidupan - Hassan (bukan nama sebenar)

Aku berkawan dengan Hassan sudah lama. Kami mula berkenalan tika aku memulakan tugas di salah sebuah agensi kerajaan di ibunegara. Pada masa itu Hassan adalah pembantu kepada aku dan memandangkan dia adalah orang lama di jabatan itu walaupun usia kami hampir sama, kebanyakkan perkara yang berkaitan dengan tugasan, aku akan meminta pandangan dan panduan daripadanya.

Hassan dilahirkan di dalam keluarga yang kurang berada di sebuah negeri di pantai timur. Bapanya telah meninggal dunia tika dia berada didalam darjah 6. Sejak dari itu ibunya terpaksa bekerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menoreh getah dan berjual kuih dikantin sekolah yang berdekatan. Pada ketika itu semua adik beradiknya termasuklah Hassan masih bersekolah dan sudah tentu perbelanjaan semuanya ditanggung oleh ibunya seorang tanpa bantuan dari sesiapa pun termasuklah bapa-bapa dan ibu-ibu saudaranya.

Terlalu banyak dugaan, penderitaan dan kesusahan yg dialami oleh Hassan sehinggakan dia gagal untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia terpaksa melupakan semua cita-cita serta impiannya selama ini demi kebahagiaan keluarganya. Untuk itu Hassan tekad untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur Kota Metropolitan yang menjanjikan seribu satu impian. Pelabagai jenis kerja yang dilakukan antaranya sebagai pencuci,pelayan restoran, kerja kilang dan akhir sekali di salah sebuah jabatan kerajaan.

Pernah diceritakan kepada aku bagaimana susahnya kehidupan yang dilalui bersama gaji yang diterima setiap bulan sebanyak RM220 yang hanya cukup-cukup untuk bayar sewa bilik rumah setinggan yang didiami dan makan serta dihantar sedikit kekampung.Diceritakan juga kepada aku oleh Hassan dimana pada suatu hari dia terlalu lapar dan duit untuk makan pun tiada dan dia telah kerumah kawannya untuk meminjam wang sebanyak 50 sen bagi membolehkannya membeli sebungkus mee segera, akan tetapi permintaannya ditolak oleh kawannya itu. Malu dan sedih sungguh Hassan pada ketika itu lalu dia pulang kerumah lalu minum air kosong sahaja dengan harapan laparnya akan hilang.

Kali terakhir aku bertemu dengan Hassan adalah didalam tahun 2000 sebelum aku berangkat ke Afrika untuk bertugas disana. Sekembalinya aku didalam tahun 2002 aku mendapat perkhabaran bahawa Hassan telah kembali kerahmatullah. Dia pergi ketika didalam tidurnya tika ibunya ingin membangunkannya untuk solat subuh. Dan semalam telah genap 4 tahun pemergiannya. Perjalanan kehidupannya sudah berakhir membawa seribu satu cerita suka duka didalam kehidupan.

Hubungan aku dengan keluarga Hassan begitu akrab sehingga ke saat ini dan segala kenangan serta cerita suka duka kehidupan yang dilaluinya menjadi panduan didalam diri ini supaya senantiasa menginsafi diri dan jangan terlalu taksub dengan harta yang ada. Bersedekah adalah amalan yang mulia dan bantu membantu sesama insan adalah jalan yang baik dimana adakalanya ianya sering disalah ertikan atau diambil kesempatan. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...

2 comments:

Anonymous said...

Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya...dan semuga kita diberikan pedoman oleNYA.

Anonymous said...

a'kum
saya ni jarang baca blog saudara tapi dpd ape yg saya lihat, u are very noble man i would say...you got the feeling that others might don't have like sharing the story that gonna "torch-up" the life for those who read it- or at least comprehend the message in it.
anyway, keep up a good work in sharing the things that not only benefit you but also for the blog-readers as a whole...

me myself and i - bahari