Wednesday, November 24, 2004

Ramadhan tiba lagi, seperti tahun-tahun yang lepas jadual harian aku akan lebih sibuk dari hari biasa bagi memenuhi undangan berbuka puasa samada secara rasmi atau pun tidak.

1 Ramadhan / 15 Oct (Friday) - sudah menjadi perkara wajib aku berbuka dirumah bersama keluarga. Tahun ini my sister akan menjadi tuan rumah sepanjang bulan ramadhan dimana sebelum ini my mum was the host.

2 Ramadhan / 16 Oct (Saturday) - berbuka puasa di Temerluh R&R. on my way back from a day trip Kuantan.

3 Ramadhan / 17 Oct (Sunday) – berbuka puasa di rumah bersama my sister’s guest

4 Ramadhan / 18 Oct (Monday) – berbuka puasa di rumah

5 Ramadhan / 19 Oct (Tuesday) – jemputan berbuka puasa di PWTC oleh salah sebuah syarikat rakaman yang terkenal bersama E. Later we went to Klang untuk untuk melawat seorang teman disana.

6 Ramadhan / 20 Oct (Wednesday) – berbuka puasa bersama M,A dan SR di Shroom KLCC

7 Ramadhan / 21 Oct (Thursday) – berbuka puasa di rumah

8 Ramadhan / 22 Oct (Friday) – berbuka puasa di Saloma Bistro. Ada signing ceremony serta majlis berbuka puasa oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi. Later friends of mine datang coz dia decide not to go back to klang sebab jalan jammed teruk and we had a drink at the bar for a while. Kemudian aku menghantarnya pulang ke Damansara di rumah salah seorang temannya. Aku berjanji untuk menghantarnya pulang ke Klang pada keesokan harinya.

9 Ramadhan / 23 Oct (Saturday) – kerja separuh hari. E tiba dari Putrajaya dan kami terus ke Damansara menjemput rakan ku itu. Later kami terus bertolak ke klang dan selepas menghantar kerumah sewaannya aku dan E terus menuju ke Muara Ikan Bakar. Kami sebenarnya takda plan nak berbuka puasa disana tapi bila sampai kat muara aku terus masuk ke restoran dan booked the place. Menu kami hari itu adalah sotong tepung, udang masak pedas, ikan kembung 3 rasa, tomyam campur dan nasi lemak. Total bill hari tu hanya RM61, murah.

10 Ramadhan / 24 Oct (Sunday) – berbuka puasa di rumah, E pun turut serta dan my sister ada guest datang berbuka puasa di rumah. Very the official which aku dan E minta diri lebih awal selepas berbuka puasa coz tak sesuai.

11 Ramadhan / 25 Oct (Monday) – berbuka puasa di Putrajaya di rumah E bersama dengan SR, Z & bf Z. Best sangat coz kami makan di balcony rumahnya.

12 Ramadhan / 26 October (Tuesday) – berbuka puasa bersama officemate lama di HR Western Kg Baru.

13 Ramadhan / 27 October (Wednesday) – menerima jemputan berbuka puasa di Menara KL, E pun ada sama. Sebelum pulang E mengadu sakit perut dan dia begitu bimbang dengan keadaan itu coz menurutnya it happened every year.

14 Ramadhan / 28 October (Thursday) – terima sms in the morning from E menyatakan yang dia admitted and will be having an operation for his appendiks. Risau aku dibuatnya lalu pada jam 1 pm aku terus bergegas ke Putrajaya untuk melihat sendiri keadaan E. Sebelum itu aku menelefon Z untuk menemani aku memandangkan Z punya office kat Cyberjaya. Tiba disana E masih belum begitu sedar memandangkan dia baru sahaja keluar dari operation theatre. Baru semalam kami berbuka puasa bersama – sama. Patut ler keadaanya tidak begitu ceria sekali. Setelah hampir sejam aku disana aku pun pulang semula ke pejabat tetapi sebelum itu aku singgah di pejabat MZ di cyberjaya just for a short visit. Later of the day aku berbuka puasa di 12SI as planned bersama Ch, Abby, Andy and friends. Supposed E pun turut serta. Perasaan aku berbelah bahagi coz mengenangkan keadaan E. Later at night he send sms to me dan baru ler aku rasa lega coz dia dan sedar.

15 Ramadhan / 29 Oct (Friday) – selepas waktu pejabat aku bersama dengan SR pergi melawat E di hospital. Sebelum itu kami singgah di Alamanda untuk membeli something for E to cheer him up. Keadaan E beransur pulih dan dia menyatakan kemungkinan dia boleh keluar pada keesokan harinya. Later aku dengan SR berbuka puasa di Taman Warisan Pertanian.

16 Ramadhan / 30 Oct (Saturday) – its half day, so aku pun terus menuju ke Putrajaya untuk mengambil E from the hospital. Dalam perjalanan E called, dia suruh aku terus kerumahnya coz his officemate dah datang untuk menghantarnya pulang. On my way to his place aku singgah jap kat Alamanda to buy some cereal for E which I end up bought a lot of healthy soft cereal stuff for him i.e nasi bubur segera, quaker oat, mushroom soup, chicken soup, soupy mix, cornflakes dan lain – lain lagi…heheheheh orang kelantan cakap ‘Tange Lebar’ which means tamak almaklum ler membeli belah time puasa. Tika aku sampai dirumah E dia tengah tidur almaklum ler orang sakit lantas aku terus kedapur untuk menyediakan makan tengahari untuknya. Menu – Nasi bubur perasa ikan bilis, sup ayam dengan roti serta air milo panas. Bila dah siap semuanya baru aku bangunkan E dan dia begitu terharu dengan apa yang aku lakukan (that’s what he said). Dia cakap tak pernah ada lagi orang yang sanggup buat begitu padanya especially orang yang tengah berpuasa. And my reply to him ‘bulan ramadhan kena banyak beramal and this is part of it’. E cakap dia akan pulang ke kampung pada malam itu coz dia dapat cuti sakit sehingga hari raya. Lantas aku pun membantunya untuk berkemas apa yang patut sebelum aku meminta diri untuk pulang kerumah coz hari ni aku kena berbuka puasa di rumah.

17 Ramadhan / 31 Oct (Ahad) – berbuka puasa bersama keluarga di rumah

18 Ramadhan / 1 Nov (Isnin) – berbuka puasa di Planet Hollywood bersama MZ selepas beberapa kali tertangguh dek kerana kesibukan urusan peribadi masing – masing dan kebetulan Selangor cuti umum pada hari ini. Akan tetapi last minute MZ canceled the plan atas sebab-sebab peribadi. But actually aku yang salah kerana sebelum itu SR menelefon aku bertanyakan dimana aku berbuka hari ini dan aku cakap ler Planet and he wants to join too. Aku pun cakap ler why not, the more the marrier tanpa terlebih dahulu berbincang dengan MZ. Sebenarnya MZ wanted to spend a quality time with me maklum sajalah kita orang ni busy dengan urusan masing-masing. Aku agak kecewa dengan tindakan MZ membatalkan plan itu tapi ianya salah aku juga. So aku tetap teruskan juga berbuka puasa di planet bersama dengan SR serta seorang teman str8 yang handsome orang pantai timur yang dah lama menanti jemputan aku ni.

19 Ramadhan / 2 Nov (Selasa) – Berbuka puasa bersama seorang teman lama

20 Ramadhan / 3 Nov (Rabu) – berbuka puasa bersama F di Saloma

21 Ramadhan / 4 Nov (Khamis) – berbuka puasa bersama T di Dynasty Hotel

22 Ramadhan / 5 Nov (Jumaat) – ada 2 jemputan berbuka puasa, satu dari salah sebuah syarikat rakaman antarabangsa dan satu lagi dari SF serta teman-teman. So seperti yang dijangka aku decide to choose berbuka puasa dengan SF untuk tidak mengecewakan teman ku A yang memainkan peranan didalam perkara ini. Ianya bertujuan untuk menjernihkan keadaan antara aku dan SF. Hujan lebat serta jalan jammed teruk tika aku tiba di 12th SI. Yang sudah tiba awal ialah SF dan kawannya sahaja…ermmm dan dia terus menyapa aku sambil bersalaman. Hanya kami bertiga sahaja tika waktu berbuka kerana A dan seorang lagi kawan terperangkap didalam kesesakan lalu lintas. He sat next to me. The whole evening aku tak banyak bercakap seolah – olah aku berada di dunia lain walaupun kami bernafas di udara yang sama dan berpijak di bumi yang sama. (PGL gitu)

23 Ramadhan / 6 Nov (Sabtu) – seperti yang dirancang, aku, SR dan Z bertolak ke Melaka untuk melawat E selepas waktu pejabat menaiki Chevrolet Optra milik Z yang baru sebulan usianya. Tiba di Melaka kami tidak terus menuju kerumah keluarga E tapi kami bertemu di rumah yang baru dibeli oleh E disatu kawasan perumahan baru yang tidak jauh dari rumah keluarganya. Selepas itu barulah kami dibawa kerumah keluarganya seketika sebelum kami menuju ketempat berbuka puasa di satu restoran seafood yang terletak di muara sungai berhampiran dengan laut. Sementara menanti waktu berbuka, kami pergi ke kampung portugis cuci mata hehehehehe. Lepas berbuka kami pusing-pusing bandar lepas tu lepak minum kopi di halaman rumah E sambil bergossip tentang isu semasa. Jam 12 am kami bertolak pulang ke KL.

24 Ramadhan / 7 Nov (Ahad) – berbuka puasa di rumah

25 Ramadhan / 8 Nov (Isnin) – terima sms dari E menyatakan yang dia akan pulang ke KL hari ini dan akan tiba dalam jam 3 pm. Dia pulang lebih awal sehari dari yang dirancang. Sebelum itu aku menemani A menghantar Hari Raya gift to his clients. Lebih kurang jam 3 pm E pun tiba dan kami singgah seketika di jalan Tun Abdul Rahman. Cuaca sangat buruk pada hari ni, hujan beserta angin kencang melanda KL menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas dek kerana banyak pokok tumbang. Oleh kerana waktu agak suntuk untuk berbuka di putrajaya kami pun berbuka puasa di The Mall. Selepas itu barulah kami ke Putrajaya menghantar E pulang. After a while at E’s place, aku dan A menuju pula ke USJ untuk menghantar my raya gift to MZ which I’m surprised him. Dia cakap belum pernah ada kawannya yang datang tengah-tengah malam buta infront of his sister’s house and kasi hadiah…well its me…suka buat kerja gila.

26 Ramadhan / 9 Nov (Selasa) – aku, SR dan E berbuka di rumah Z di Putrajaya. Z masak nasi goreng manakala aku beli ayam golek. Later dalam jam 9 pm kami menuju ke Klang untuk melawat our friend’s.

27 Ramadhan / 10 Nov (Rabu) – aku & E berbuka puasa di Hotel Grand Maya hosted by my friend. Duduk semeja dengan kami ada ler sorang mamat handsome ni dimana E agak tertarik dengannya tapi malu untuk memulakan bicara. Lalu aku pun gunakan ler skill PR aku bagi memulakannya. Bila mereka berdua semacam dah comfortable aku pun terus ler biarkan mereka berborak sambil aku mencelah sesekali. Dalam jam 8:30 pm kami pun beredar menuju ke KLCC untuk bertemu dengan SR. Malam tu E lepak kat rumah aku almaklum ler esok cuti Hari Deepavali. Terima panggilan dari SF mengucapkan Selamat Hari Raya…

28 Ramadhan / 11 Nov (Khamis) – hari ni aku, E, SR & A berbuka puasa di Muara Ikan Bakar Port Klang. Jenuh cuci mata di Bandar Sultan Sulaiman sementara menanti waktu berbuka.

29 Ramadhan / 12 Nov (Jumaat) – hari terakhir sebelum cuti raya. Aku & SR pergi ke Putrajaya untuk berbuka bersama E dan seorang teman di Alamanda. Malam tu E lepak kat rumah aku sebelum kami pulang ke kampung halaman masing-masing pada keesokan harinya.

30 Ramadhan / 13 Nov – selepas menghantar E ke puduraya menaiki bas jam 2:30 pm aku pun terus ler pulang ke kampung di Temerluh Pahang dimana perjalanan hanya mengambil masa 1 ½ jam sahaja.

4 comments:

Anonymous said...

fuhhh jenuh aku membaca sebulan bulan ramadahn nko...:)
semuga ramadahn mambur yg di perolehi..AMIN

Anonymous said...

Selamat Hari Raya
::flypoot::

Anonymous said...

banyok nye...penat kawe..
Kawe= hidupkan Ramadhan dengan Tarawikh dan raya dengan takbir...

Anonymous said...

tak der pun cite pasal tarawih.minum kat bar.buat aper?baca niat tak sblum puasa?