Tuesday, August 30, 2005

Kehidupan Dia sering dilitupi kesuraman. Pelbagai perkara yang dilalui dan aku adalah orang yang paling rapat dengan Dia untuk menceritakan segalanya. Ada ketikanya Dia akan menitiskan airmata bila mengenangkan keadaan yang dilalui. Aku hanya menjadi seorang pendengar yang begitu setia dan ada ketikanya aku akan memberikan pandangan walaupun aku pun tidak pasti samada ianya adalah suatu pandangan yang bernas. I've tried my level best to make him happy by giving full support in every way. Tapi....aku rasa perhatian yang aku berikan ini hanya satu perkara biasa baginya kerana aku bukanlah orang yang disayangi. Apalah ada pada perhatian seorang sahabat seperti aku berbanding perhatian seorang kekasih kepadanya (dia pernah menyatakan kepada seseorang bahawa dia sangat bahagia dan gembira semenjak mengenali seseorang sedangkan aku berusaha sedaya upaya membuatkan hidupnya sentiasa gembira). Sayang dan simpati serta pengorbanan ku padanya melangkaui banjaran titiwangsa sesementara perhatian itu masih ada....sesementara hati ini masih terbuka...

8 comments:

Anonymous said...

errrrmmmm...usah managih pada yg tak pasti

Anonymous said...

Bunga bukan sekuntum..jgn kecilkan skop anda... semoga hang bahagia dan menemui apa yg dihajati....HipHopPenang ekawan

Anonymous said...

stop being the one who is hunting, let yourself be hunted and retreat urself to the hunters, u will find happiness, dear

Anonymous said...

harap u tabah menghadapi walaupun hidup ini kadang-kadang seperti kita meredah jalan yg penuh dgn duri,kalau kita berdiam diri terkena jua akhirnya,kerana perjalanan perlu diteruskan juga....

Anonymous said...

Lama dah tak masuk blog zack... so, nak gak komen... hehehe... aku paham sangat perasaan ko tu zack but the trick is, ... adding to one of your anonymous commentors, don't let your hopes run high... just go with the flow.

Anonymous said...

Jiwang juga rupanya.

Anonymous said...

Life is full of desperation.
desperate for love,
desperate for attention,
desperate for companion,
sometime we didnt realize that we are too desperate until we grab what ever come first along the way without thinking twice...
-MZ

Anonymous said...

Satu hari nanti.bila kita semakin tua.semakin dewasa.baru kita sedar langit biru itu pekat indahnya.baru terasa bau embun pagi ....dan masa itu baru kita sedar hidup lebih dari sekadar perkara kita fikir.
berhentilah sebentar.lihat perkara yg kita x-terlihat....jumpa ???dan
dunia ini masih ada keindahanya