Sunday, September 03, 2006


My journal

Saturday, 3 am. once again I can’t sleep, it’s like I’m waiting for time to fix some part of me that keeps on breaking. I’ve already thrown out the newspaper and washed the leftover dishes, nothing to do but sit here and think.

Sunday, July 30, 2006

Its sunday...mengemas rumah as per assignment given by my mum before she left to singapore yesterday morning. Lepas tu dia suruh carikan gula huhuhuhu...aku sepatutnya settle dah lama sebelum my mum balik dari australia lagi tapi maklum ler busy dengan kerja dan aktiviti-aktiviti bersama kawan-kawan kannn. Semalam sabtu ada birthday party dan malam sebelum tu Dr S mengajak rakan-rakan ke condonya yang baru sebulan diduduki...ala mcm house warming ler...cantik rumah dia...kemas dan sesuai dgn tema 70's heheheh tapi kena berhati-hati dengan lampu cantik yg terletak di ruang tamu dan ruang makan sebab agak rendah...adakah lampu itu rendah atau aku yang makin tinggi...hehehehheh.

Semalam pergi clubbing...tapi sayang sebahagian masa yg sepatutnya dihabiskan menari terpaksa menonton show plak dan celoteh serta pengumuman demi pengumuman yang tak habis-habis. Bayar sejumlah wang untuk menari tapi terpaksa menjadi penonton kepada show yang syok sendiri...geram...last week pun sama. The organiser seperti tidak peka kepada kehendak pengunjungnya... Anyway...berharap sangat agar show-show tu dipendekkan sikit masanya...dan pertandingan-pertandingan yang dah terlalu byk tu dikurangkan.... cukup setakat ini bercerita pasal perkara-perkara nyamuk ni.

Akhirnya...didalam kesibukan ini...riuh rendah kehidupan harian...jauh disudut hati ini aku merindui dia..yang teramat sangat..umpama sebuah pelabuhan nan sepi...masih berharap agar suatu hari nanti kapal itu datang berlabuh bagi memakmurkan pelabuhan ini...RINDU INI BERTANDANG LAGI

Friday, July 28, 2006

Akhirnya segala persoalan telah terjawab...kasih yang cuba untuk dijalinkan terungkai...dia masih belum bersedia untuk menerima kasih baru walaupun sudah hampir setahun dia sendiri. Ianya suatu realiti yang harus diterima dengan hati yang tebuka...biar pun pahit biar pun pedih tapi ianya harus diterima. Sayangnya aku sudah menyayanginya lebih dari yang sepatutnya walaupun ianya tidak diungkap dengan kata-kata tapi memadai dari bahasa tubuh yang tidak pandai berpura-pura. Mungkin aku tidak cukup kacak untuk menerima cinta dan hanya layak untuk menjadi penonton dibawah pentas realiti percintaan kehidupan...dan aku hanya mampu bertepuk, bergelak ketawa dan bersedih diatas apa yang aku tontoni selaku penonton yang tidak mungkin untuk berada diatas pentas itu. Lagu ini aku tujukan khas buat A...

Artis : fazli zainal
Lagu : harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Monday, July 24, 2006

ermm akhirnya semua majlis berakhir...legaaaa...sunyi balik rumah ni as usual. Tadi i dpt berita that one of my untie already passed away due to the brest cancer last 2 weeks. I memang tak tahu pun maklum ler nobody have my handphone except my family and friends...sedara mara takder kut almaklum ler i tak rapat dgt dgn diorang ni. My mum plak ke Australia for 3 weeks dan baru balik jumaat lepas so mungkin masa diorang call rumah takda org. Ermm takpa ler nanti raya i akan ziarah the graveyard. I tak sempat lagi nak bercerita pasal hal ini dgn dia coz dia pun busy jer.

Sunday, July 23, 2006

ermm hari ni ahad....kena bangun awal coz ada majlis pertunangan adinda bongsu (lelaki). Pagi tadi sampai rumah jam 5 am...biasa ler clubbing malam minggu tengok manhunt kat oren. Tetamu sudah tiba seawal jam 10 am....goshhhh....ngantuknya...mata sembab..rasa mcm nak pakai spek hitam jer tapi nanti over pulak kannnn...heheheheh. Masa i menulis ni i melepak kat dalam bilik sorang2...malas ler nak turun untuk menghadapi segala soalan2 yg menujah masuk...nanti ler i akan buat press conference nanti hahahahahhah...itu adalah salah satu jawapan yg akan diberi nanti kalau terdesak kena turun. Nak curi keluar its impossible coz first kereta kena block....secondly...org tengah ramai...thirdly...i taknak ler dituduh tidak professional hahahahaha. Anyway menu majlis ni adalah...pulut kuning dgn rendang daging...mee hoon dgn sambal udang...chocolate cake...brownies dan apa tah lagi i tak sempat nak curi tengok huhuhuhu. Takpa nanti bila rombongan bertolak ke rumah perempuan i akan turun bawah seludup bawak naik. Its sounds silly and stupid dgn tindakan i ini tapi ini lah salah satu ujian dan dugaan yg terpaksa dihadapai bagi mereka2 yg termasuk didalam golongan professional like us (plu) hehehehe. Kehidupan bermasyarakat tidak dapat kita deny kannya kerana ini adalah realiti kehidupan...it just a matter on how u face it. Well anyway petang ni jam 5 pm ada majlis harijadi Rizal...ermmm hadiah dah ada cuma tak pergi beli lagi ....malas nyer nak kesana dengan keadaan sekarang ni.

Lambatnya jam 12 noon...sebab time tu nanti rombongan akan bertolak kerumah pihak perempuan...i dengar pihak perempuan ingin bertemu dgn semua adik beradik i...bukan ramai pun hanya 3 org jer heheheheh...well perlu ker i tunduk pada kemahuan mereka itu, baru bertunang belum lagi bernikah...apa pun i dengar majlis persandingan akan berlansung lepas raya puasa di salah sebuah hotel di KL....ermmm nampaknya i termasuk didalam senarai penaja2 utama...haiyooo...terpaksa ler ikat perut sampai oktober....ishhh...that means...no more shoppping...clubbing...urut-ing hahahaha...makan kat Paddington...etc...

Apa pun Selamat Bertunang Harry...

Thursday, April 20, 2006

17th April 2006 - My 36th birthday

Ucapan terimakasih kepada Eple, Eijam, Fares, Shay, Dr Azhar, Syed, Panjang dan Bulat kerana telah membuat kejutan pada jam 12:08am. Mereka telah menyanyikan lagu birthday sambil eple memegang kek di luar pagar di hadapan rumah ketika semua orang dikawasan itu sedang lena diulit mimpi hahahaha...this is the first time ever happened to me as i'm really touched and surprised....macam mimpi plak. Wakenababe!!!...dah ler masa 1st April lalu dah kena kat birthday zam April Fool...ermm next time kena extra carefull pada mereka-mereka yang celebrate birthday pada 1st April heheheheh. (thanks for the lovely present - webcam dan underware hahahah)

Ucapan Terimakasih to my Mum for birthday breakfast - pulut kuning dengan rendang ayam.

Ucapan terimakasih pada Datin E dan Datin A for the luncheon.

Ucapan terimakasih pada Malique atas undangan minum petang.

Ucapan Terimakasih pada Dr Azhar and his partner atas undangan minum lewat petang and the lovely present - Hugo Boss bag...love it so much dear.

Ucapan Terimakasih pada Andree, Zam dan Shah atas undangan makan malam and the lovely present from Zam hehehehe

Thanks to Zul for the luncheon on the 18th April and the present - thumbdrive kingston 1gb...sukanya aku...dah lama menyimpan hasrat untuk memilikinya.

Thanks to fully for the Hugo Boss necktie...muahhhhhh...pengerusi persatuan katanya hahahahah.

Thanks to My Boss for giving me RM500 shopping voucher - terus shopping sakan petang tu hahahahah

Thanks to Rizal for the lovely message all the way from Paris and a present from inflight shopping...model kapalterbang boeing 747-400

Jutaan terimakasih diatas kiriman ucap selamat kepada semua sahabat handai yang terlalu ramai nak disebutkan sehinggakan telefon i tidak duduk diam seharian juga my YM. SCA boys Hidzone, Imran, Arezeo, Zexr, Kamal, Nina dan Ridzlan. All my family from yahoo massanger dan my x company Celcom

...I have lighted a fire
so that all may draw near...
...to share my
vision
With the grace of God...
...I hope they won't tarnish or taint.

Monday, January 23, 2006

There goes my Saturday...

Last saturday night i just stay at home watching TV and VCD. Earlier that day aku pergi ke Beranang Selangor melawat ladang. Aku ditemani oleh Zul dan Man buat penambah kemeriahan heheheheh. Malangnya mereka terpaksa ditinggalkan kat pekan beranang memandangkan 4WD tu hanya boleh memuatkan aku sorang aja lagi sebab the rest tu semuanya bodyguard hahahahha...ada senapang plak tu mereka2 ni maklumlah takut diserang vavi hutan katanya hahahahha. Bila lawatan selesai aku kena migraine plak disebabkan rasa mcm pergi...(apa kenama aktiviti sukan lasak menaiki 4WD tu..ermmm).Pengurus Ladang nak belanja makan tengahari tapi memandangkan Zul dan Man dah begitu lama menanti aku tolak pelawaan itu dengan alasan ada kenduri di Nilai katanya heheheheh. Penat control macho dengan pekerja ladang ni...sebab tu migraine kut hahahahhaha. Anyway lepas tu kami menjamu selera di KFC Alamanda Putrajaya dan kemudiannya merehatkan diri di kerusi OSIM yg sedang mengadakan promosi di ruang legar Alamanda...best siut rasa macam nak beli jer satu tapi harganya kussss semangat boleh buat bayar muka sebuah kereta.

Thursday, January 19, 2006

INIKAH NAMANYA C.I.N.T.A

hubungan aku dengan X agak berlainan tika ini. Entah mengapa ianya semacam ada sesuatu perasaan yang menarik, X juga ada memperkatakan tentang ini beberapa hari yang lalu tapi aku hanya mendiamkan diri.Mungkin aku takut untuk menerima kenyataan bahawa perasaan tu mula wujud didalam jiwa kami. Semalam X menelefon aku bertanyakan khabar serta mengajak aku makan malam which unfortunately i can't coz dah berjanji lebih awal utk makan malam bersama sh,amr and erc. Dia agak kecewa akan tetapi aku telah berjanji untuk dinner dengan dia malam ini. Aku baru sahaja mengenali X secara kebetulan melalui seorang kawan. Dia lebih muda dari aku, bekerjaya dan berpersonaliti yang menarik. Dia ni agak reserved dan low profile unlike me. For him dia tak kisah coz he said dia happy bila bersama dengan aku...katanya ;).Dia tinggal bersama keluarganya berhampiran dengan tempat kerja ku dan sebab itu lah ianya lebih mudah untuk kami bertemu selepas waktu pejabat hehehehhe. Satu perkara yang aku susah sikit dengan X ni ialah dia tak suka clubbing dan keluar ramai-ramai dengan rakan-rakan...ermmmm unlike me again..takpalah we will work the things out as and when its needed.

Saturday, January 07, 2006

Jujur - Radja

duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku

jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

* i love this song coz its very meaningful...deeply meaningful..

Thursday, January 05, 2006

Catatan buat H...

Perkenalan aku dengan H is like reading a book since few weeks ago. Its a thick book with attractive cover with a very interesting content, it lies openly at new release book shelves. I took my chance reading it. The book flew me off to such a colorful journey, as colorful as a rainbow. Took me out from a nimf of sadness and put me to someplace new. It gave me a new beginning and soar the meaning of life. Though of just skimming thru, but I end up studying in details, chapter by chapter. I ended up falling for the book even though I knew that I couldn’t afford to have it. Sadly I return it back to the shelf I took it from coz it belongs there and it is dedicated to someone. I’m not sure if I end the chapters well, however I’m proud and touched that I read it and will be the favorite book forever...

Wednesday, January 04, 2006

Akhirnya...

Setelah hampir 3 tahun akhirnya kami bertemu didalam suatu majlis harijadi yang telah diadakan pada 1 Januari yang lepas. Kami saling bersalaman dan meperkenalkan diri masing - masing walaupun aku sudah mengenalinya sejak dulu secara diam - diam. Kali pertama aku melihat Dia adalah ketika didalam satu majlis yg dihadiri bersama dengan pasangannya. Mungkin itu adalah cinta pandang pertama maybe but i can't really determined my true feelings. Anyway, sejak dari hari itu aku sering mencuri pandang dari jauh apabila melihatnya di kelab walaupun dia jarang berkunjung. keinginan untuk mengenali Dia begitu tinggi tapi aku terpaksa melupakan sahaja kerana dia sudah berpunya. Apa yang mampu aku lakukan adalah hanya memandang dari kejauhan. 1 januari 2006 adalah pertemuan kami buat kali pertama dan aku berharap ianya buka kali terakhir. Sempat jua aku bergambar bersamanya buat kenang-kenangan. Ingin sekali aku mengetahui perasaannya kepada aku...atau adakah dia hanya sang pelangi...yang hanya untuk dikagumi dan bukan untuk dimiliki...let the time tells.