Akhirnya...
Setelah hampir 3 tahun akhirnya kami bertemu didalam suatu majlis harijadi yang telah diadakan pada 1 Januari yang lepas. Kami saling bersalaman dan meperkenalkan diri masing - masing walaupun aku sudah mengenalinya sejak dulu secara diam - diam. Kali pertama aku melihat Dia adalah ketika didalam satu majlis yg dihadiri bersama dengan pasangannya. Mungkin itu adalah cinta pandang pertama maybe but i can't really determined my true feelings. Anyway, sejak dari hari itu aku sering mencuri pandang dari jauh apabila melihatnya di kelab walaupun dia jarang berkunjung. keinginan untuk mengenali Dia begitu tinggi tapi aku terpaksa melupakan sahaja kerana dia sudah berpunya. Apa yang mampu aku lakukan adalah hanya memandang dari kejauhan. 1 januari 2006 adalah pertemuan kami buat kali pertama dan aku berharap ianya buka kali terakhir. Sempat jua aku bergambar bersamanya buat kenang-kenangan. Ingin sekali aku mengetahui perasaannya kepada aku...atau adakah dia hanya sang pelangi...yang hanya untuk dikagumi dan bukan untuk dimiliki...let the time tells.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Finally, setelah sekian lama bersawang akhirnya tuan rumah datang bertandang. its a good way to start a new year. Andai kata ianya hanyalah pelangi, kagumilah ia walau hanya utk sebentar waktu. mana tau, gambaran pelangi akan kekal di ingatan.cheers!
Post a Comment