8:00 am - bersiap ke tempat kerja. Petang ni ada function nak kena attend.
10:00 am - tengah sibuk buat kerja SF call coz dia ada emergency, dia terkunci dari luar coz kunci rumahnya tertinggal kat dalam. Rumah dia ni mcm hotel pintunya, kalau tutup jer terus terkunci. Jenuh ler kena panggil tukang kunci untuk membuka pintu rumahnya itu.
2:00 pm - pulang semula ke pejabat coz ada function.
5:30 pm - E call kata nak singgah jumpa aku dan kebetulan dia ada majlis dibangunan sebelah. Lama betul tak jumpa E semenjak dia pindah ke Putrajaya, ada ler sekali aku berkunjung kerumahnya disana. Makin handsome aku tengok dia ni...hehehehe
6:30 pm - aku hantar E ke KL Sentral untuk dia menaiki komuter kekajang. Selepas itu aku terus ke rumah SF. Kami akan menonton AF2 dirumah SR & IM. Actually my original plan is to watch at M's place but unfortunately something came up so we have to change plan.
8:30 pm - just nice kami tiba AF2 pun bermula. SR jeling semacam aja coz minggu lepas aku datang rumahnya bersama AY. Sempat jugak ler dia caras aku "tak tahu ler minggu depan dengan sapa pulak you datang". Aku sengih sambil ngetap gigi kat SR..."K9" kataku.
11:30 pm - AF2 habis dan aku bersiap seketika untuk pergi clubbing.
1:00 am - aku dan SF tiba di club. Orang macam biasa tak ramai lagi tapi malam tu ramai orang yang dikenali berada disana. SF plak sibuk borak dengan gengnya dan aku pulak dengan Andy and the geng. Tengah aku menari belakang aku dicuit...rupa-rupanya fuzz pun ada, dia datang bersama kawan-kawannya. Man Thailand yang dah lama tak jumpa pun ada...dia cakap aku dah kurus dan makin lawa...aku gelak bagai nak rak dengan statement dia tapi dalam hati teruja ler jugak hahahaha...spedo kan. Dalam pada tu mata aku meliar mencari dimana SF dan kulihat dia rancak berborak dihujung bar...selamat kasim selamat. Lepas show time aku ditegur oleh H yang baru tiba, dia ni aku biasa nampak tapi tak pernah tegur, entah macam mana suatu hari tu aku beranikan diri menegurnya dan respond darinya quite good. Malam tu aku tak berkesempatan lansung nak menari dengan SF, tapi elok jugak coz aku lebih senang menari sorang-sorang samada tepi atau belakang platform.
5:00 am - aku menghantar SF pulang
6:00 am - aku tiba dirumah dan terus mandi dan masuk tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
:)
SF come again n again...:P
Post a Comment