Monday, August 23, 2004

Dia akan melansungkan pertunangan bersama gadis pilihannya pada cuti hujung minggu ini. Perasaan aku tika ini amat sukar dimengertikan, tapi yang pasti ianya sudah berakhir dan aku akan senantiasa mendoakan kebahagiaannya. It will take times for me to forget about him, terlalu banyak perkara yang dilalui bersama dan setiap perkara, tempat dan masa akan sentiasa mengingatkan aku padanya.

Seminggu yang lalu aku telah berkenalan dengan seseorang yang tiba-tiba muncul dalam hidupku, dia seorang yang menepati ciri-ciri yang aku inginkan akan tetapi perasaan ku padanya masih belum bercambah. Kawan-kawan menasihatkan aku agar melupakan SF dan bina kehidupan baru bersama dia yang baru kukenali ini. Well it sounds very simple but unfortunately its not. Aku telah berterus terang dengan MZ tentang keadaan yang aku hadapi tika ini dimana aku didalam proses untuk melupakan SF, akan tetapi aku tidak mempunyai perancangan to have another relationship dalam masa yang terdekat ini.

MZ seorang yang begitu understanding, dia banyak memberi aku ruang untuk diriku sendiri, kekadang tu aku berasa serba salah terhadapnya. Aku pernah berkata padanya bahawa aku perlukan masa untuk menghadapi situasi ini dan terpulang padanya untuk meneruskan hubungan ini (which i think it is too soon). I always tell him that we just go with the flow, let times tell.

1 comment:

Anonymous said...

zack..biarlah dahulu... take times... jgn buat keputusan terburu2..agar nanti tak perangkap dalam keputusan yang tak pasti... jagan paksa diri...just let times tell..
::flypoot::