Friday, August 20, 2004

Pagi tadi didalam radio era they are talking about PMR. Zaman aku dulu kami panggil SRP atau yang lagi dulu-dulu dipanggil LCE. Kalau difikirkan sekarang tak ler susah sangat sebab ianya hanya tandakan jawapan yang betul sahaja dan kalau susah sangat buntu mencari jawapan, baling aja buah dadu...hehehe.

Aku menduduki SRP dalam tahun 1985 dimana tika itu aku bersekolah disalah sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu. Tension giler jugak ler time tu sebab kalau tak dapat target yang ditetapkan maka aku akan ditendang keluar kesekolah biasa...mana nak taruk muka beb. Aku ni bukannya jenis suka study, prep malam pun sibuk buat homework dan kekadang tu tertidur. Bila balik hostel sibuk rendam maggi dan kekadang tu lepak kat cafeteria sambil minum coffee dan makan biskut, late night study memang jauh sekali ler...study lain ada ...anthropology hahahaha.

My personal target during that time is 7 Aggregate, berangan tu tapi study malas. Bila keputusan keluar aku hanya dapat 10 Aggregate...frust jugak ler sebab ramai geng aku dapat 8 Aggregate keatas. Anyway aku masih boleh meneruskan pengajian ku disekolah yang sama.

1 comment:

Anonymous said...

sama le kite...SRP dapat 10,nasib baik gak dapat masuk asrama.