Tuesday, April 27, 2004

Jgn Lupa Diri

merendah diri ibarat padi berisi, lagi berisi lagi merunduk. itu adat dan resam orang kita. tidak perlu di gahkan sangat....jangan dipuji melambung nanti lupa dimana bumi dipijak....pujian biar berpada...menghina jangan sekali. Aku bukan menunding satu jari tapi melipat 4 jari kearah muka sendiri....mengajar dan mengingati diri sendiri...

Monday, April 26, 2004

REALITI

Melafazkan sesuatu yang terbuku didalam hati tidak semudah menelan hempedu. Kita tahu hempedu pahit tapi ia ubat dan setelah ditelan tiada rasa lagi. Namun, meluahkan sesuatu yang mungkin pahit dan juga mungkin manis, tiada siapa dapat menduga apa kesudahan malah kita sebenarnya terlalu takut pada kepahitan yang bakal terluah. Tidak mudah! Itulah hakikat hidup sebenarnya.

Tiada siapa dapat menduga hari esok. Malah semalam yang indah itu satu ikhtibar dan juga panduan untuk hari mendatang. Mungkin pengalaman dapat memberi sedikit panduan walau tidak tepat tetapi paling tidak ianya ibarat lilin didalam gelap. Walau mempunyai cahaya tapi masih meraba. Ini kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Dan kita harus ingat bahawa setiap yang lepas bukan untuk ditangis dan disesalkan tetapi ikhtibar untuk masa hadapan.

Sunday, April 25, 2004

Suatu Kesan Abadi

If you love, someone set him free and if he comes back than he is yours, to begin with…itu lah kata-kata yang masih ku pegang sehingga kini…and yes I’m still single coz I’ve set free a lot of guys heheheh. Ada juga rakan-rakan ku yang mempersoalkan tentang ketaksuban aku itu but unfortunately it is my principle and I’m pretty much sure about it. Aku ni seorang yang mudah dapat kawan baru tak kira ler samada melalui kawan atas kawan, majlis-majlis yang dihadiri atau pun melalui internet. Ada juga diantara mereka ini yang membuatkan aku teruja kepada mereka, akan tetapi aku lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat kerana aku bimbang akan merosakkan hubungan baik yang sedia ada itu.

Didalam sebuah akhbar aku terbaca sebuah artikel tentang sebuah cerita yang pernah dibaca oleh si penulis…The True Love Story…ianya mengisahkan tentang Anas dan Adam yang bermula seawal usia mereka enam tahun. Dari bermain kejar-kejar, mereka berdua terus serasi membesar bersama. Antara mereka tiada sebarang rahsia. Mereka boleh bercakap tentang apa sahaja.

Apabila Anas bercerita tentang cinta monyetnya yang terputus di tengah jalan, Adam hanya mendengar dan memberikan kata-kata perangsang. Setelah meningkat remaja dan dewasa, timbul satu macam perasaan yang agak janggal di sudut hati Anas terhadap Adam, lebih daripada seorang kawan. Pada satu malam, Anas mempunyai peluang untuk meluahkan perasaannya tetapi dia tidak berani berbuat demikian. Sehinggalah akhirnya, dia terpaksa melepaskan Adam yang mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, Anas menerima jemputan perkahwinan daripada Adam. Walaupun Anas cuba mengukir senyuman pada hari pernikahan Adam, perasaannya terluka didalam.

Mereka berdua tetap mengutus surat bertanyakan khabar masing – masing seperti biasa. Bagaimanapun, sudah lebih kurang enam bulan sejak warkah terakhir Adam tidak berbalas. Kemudian, Anas menerima berita daripada Adam yang memintanya menunggu di tepi pagar tempat mereka selalu bertemu sewaktu kecil dulu. Rupa-rupanya, sikap menyepi Adam selama ini adalah kerana menguruskan proses penceraiannya. Adam hanya menangis sehingga dia tidak mampu lagi mengalirkan airmata. Anas berasa seperti jatuh cinta buat kali kedua kepada Adam, perasaan yang sebenar tidak pernah padam dari lubuk hatinya.

Mereka kemudiannya hanya tertawa ria mengimbas kenangan lalu dan Anas tetap tidak berupaya meluahkan cintanya selama ini. Adam berjanji akan selalu mengunjungi Anas setiap kali berpeluang. Pada suatu hari, tidak seperti lazimnya, Adam tidak muncul seperti yang dijanjikan. Bisik hatinya Adam mungkin sibuk dengan tugasannya. Hari bertukar bulan sehinggakan Anas sudah hampir melupainya tatkala dia menerima satu panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Berita yang amat meremukkan hati Anas, Adam telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dia segera berkemas ke Kuala Lumpur untuk menatap wajah Adam buat kali terakhir.



Adam telah mewasiatkan Anas sebiuah diari yang dimulakan dengan kisah pertemuan mereka berdua. Adam sebenarnya telah mula jatuh hati pada Anas pada hari Anas dikecewakan oleh cinta monyetnya. Bagaimanapun, sama seperti Anas, Adam tiada keberanian untuk meluahkan perasaannya. Adam telah banyak kali mencuba tetapi dia tetap tidak terkeluar kata-kata itu. Pada hari perkahwinannya, Adam merasakan seperti majlis itu adalah miliknya dan Anas. Adam tahu, bekas isterinya sudah cuba melakukan segala yang terdaya untuk membahagiakan Adam tetapi tidak berjaya. Adam tiada pilihan lain kecuali berpisah kerana tidak sanggup terus-terusan melukakan isterinya. Diari itu berakhir dengan coretan berbunyi: “Hari ini, aku akan memberitahu Anas betapa aku cinta kepadanya.”

Itu adalah hari di mana Adam telah terkorban dalam perjalanannya untuk bertemu Anas. Hari yang sama Anas sepatutnya tahu apa yang ada di dalam hati Adam. Anas hanya mampu menangis semaunya. Mesejnya jika kita menyintai seseorang, jangan tunggu sehingga esok untuk menyatakannya. Mungkin esok tidak akan menjelma sama sekali buat diri kita sendiri, mahupun orang tersayang. Yang penting, tabahkan hati untuk menerima apa sahaja reaksinya daripada dihambat kekesalan sepanjang hayat.

Dan semuga aku mempunyai keberanian itu…

Friday, April 23, 2004

Hari ini aku pergi sembahyang jumaat...dah beberapa minggu aku tidak mengunjungi ke rumah Allah itu...dan aku masih diterima menjadi tetamu NYA. Semalam aku balik rumah agak lewat dalam jam 1 a.m. kerana menonton konsert pemain piano Maksim bersama dgn SF...best sangat coz aku ni dulu memang nak sangat belajar bermain piano tapi tidak mendapat persetujuan dari ibuku.

Monday, April 19, 2004

Happy Birthday To Me...April 17, 2004-

hari ini bertambah usia aku setahun lagi...well some might say it just a number but than again itu adalah ukuran kehidupan kita agar kita tahu sejauh manakah hala tuju kita didalam mengemudi kehidupan yang dilalui. Pada awalnya aku ingin meraikannya secara besar-besaran akan tetapi memandangkan kerana jadual kerja harian ku yang begitu ketat tidak memungkinkan aku untuk merancang atau menguruskan majlis itu. Did received a few phone calls from my friends about my plan to celebrate my birthday but i just replied...I'll go with the flow...actually there are no plan at all and i just wanna treat this day as normal usual day. Some may think that i'm gonna be busy with all the agenda....so the answer will be down below...

16/4/2004 - Friday

8:00 pm - pre dinner with my friend SR together with his partner IM di Ginger Restaurant Central Market. Later kami berkaraoke di Apsara Central Market, another branch of Ginger.

10:00 pm - went to Bukit Bintang to join my friend H together with her business associates and partners for my birthday countdown at QBA WESTIN HOTEL. Later seorang teman 'G' yang aku tidak temui selama 2 tahun turut serta didalam majlis ini...terharu bercampur gembira aku dibuatnya coz we had a history hehehehe.

17/4/2004 - Saturday

12:00 am - HAPPY BIRTHDAY TO ME...the first one who called to wish me was SR...mmmm and followed by the rest of the call and load of sms which some of it i have to delete it coz my inbox full.

1:30 am - the session ended...aku bersama G pergi minum di Mali's Taman Bunga Raya coz he have a lot of thing to catch up.

3:00 am - aku minta diri untuk pulang kerana pada pagi nanti aku kena kerja

9:00 am - bersiap untuk ke tempat kerja...my mum cook me my favourite dishes..pulut tanak dengan goreng berlada ikan bilis...heaven gitu and she wished me happy birthday.

10:00 am - sampai office my colleagues wished me too...i thought they didn't really bother about it. Biasa ler kerja hari sabtu macam pergi jalan-jalan dan oleh kerana itu aku keluar untuk pergi cuci kereta di rumah M di AH Desa Pandan.

2:00 pm - had lunch with M, A dan S

5:00 pm - pergi bertemu dengan seorang teman from outstation di hotel penginapan bertaraf 5 bintang yang terletak di segi tiga emas and he gave me 'something' as my birthday gift hehehe censored gitu.

8:00 pm - bergegas pulang kerumah untuk salin baju coz ada dinner bersama dengan SR, IM, A & M at 8:45 pm.

9:00 pm - aku tiba lewat 15 minit but luckily diaorang pun sama lambat. SR & IM menghadiahkan aku 2 hasil ukiran yang telah di frame kan...cantik dan unik sekali dimana aku menggantungkannya di tangga untuk naik ke tingkat atas kediamanku.

11:00 pm - kami bersurai seketika untuk pulang sebelum agenda seterusnya. Aku pula terus ke KL Sentral untuk menjemput L dan terus menghantar dia pulang kerumah untuk bersiap kerana L nak belanja aku clubbing. Later kami keluar clubbing bersama dengan T, SR dan IM

Bila kurenung diriku yang alang... berasa bingung memacau kesabaran...bila ku imbas masa yang lalu...nuraniku menjadi lemas mindaku bertambah lesu...bila kumuhasabahkan diri aku bertanya diri sendiri...Allah maha mengetahui kuhadapi dengan penuh erti...kekadang aku berasa gundah melakari kehidupan gelisah...kesihatan nikmat illahi rabbi menjana tegar kehidupan ini...inilah hakikat suatu kehidupan sedang menuju suatu perjalanan...kepada Allah aku pasrah agar akhirnya mendapat mardhotillah.
HADIAH

Setiap dari kita pasti akan menerima hadiah tak kira ler apa occasion pun. Ada besar, kecil, mahal atau murah sesuatu hadiah itu adalah bergantung kepada kemampuan, budi bicara, objektif etc. Walau apapun...yang penting is the thoughts that count dan hadiah itu adalah satu tandamata fizikal. Dalam kehidupan aku ini aku jarang menerima sebarang hadiah...some of my friend said that its really hard to get something for someone who have everything....mmmmm...is that so?...or some statement said that i can afford anything why they should give something. Apapun yang penting adalah ingatan tulus ikhlas yang abadi dan each one of us do have their own way how to do it.

Sunday, April 18, 2004

KENANGAN...

Selalunya apabila ada kenangan pahit, kita selalu cuba untuk melupakannya. Kita cuba untuk memadamkan dari kotak ingatan. Kita tidak mahu mengingatkan lagi yang pahit, pedih dan terluka. Tapi selalunya semakin dipadam, ia semakin segar didalam tidur ataupun jaga. Maka kita rasa terseksa diburu kenangan...tapi tiada kenangan, hidup kita terapung dan kosong...