Sunday, April 25, 2004

Suatu Kesan Abadi

If you love, someone set him free and if he comes back than he is yours, to begin with…itu lah kata-kata yang masih ku pegang sehingga kini…and yes I’m still single coz I’ve set free a lot of guys heheheh. Ada juga rakan-rakan ku yang mempersoalkan tentang ketaksuban aku itu but unfortunately it is my principle and I’m pretty much sure about it. Aku ni seorang yang mudah dapat kawan baru tak kira ler samada melalui kawan atas kawan, majlis-majlis yang dihadiri atau pun melalui internet. Ada juga diantara mereka ini yang membuatkan aku teruja kepada mereka, akan tetapi aku lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat kerana aku bimbang akan merosakkan hubungan baik yang sedia ada itu.

Didalam sebuah akhbar aku terbaca sebuah artikel tentang sebuah cerita yang pernah dibaca oleh si penulis…The True Love Story…ianya mengisahkan tentang Anas dan Adam yang bermula seawal usia mereka enam tahun. Dari bermain kejar-kejar, mereka berdua terus serasi membesar bersama. Antara mereka tiada sebarang rahsia. Mereka boleh bercakap tentang apa sahaja.

Apabila Anas bercerita tentang cinta monyetnya yang terputus di tengah jalan, Adam hanya mendengar dan memberikan kata-kata perangsang. Setelah meningkat remaja dan dewasa, timbul satu macam perasaan yang agak janggal di sudut hati Anas terhadap Adam, lebih daripada seorang kawan. Pada satu malam, Anas mempunyai peluang untuk meluahkan perasaannya tetapi dia tidak berani berbuat demikian. Sehinggalah akhirnya, dia terpaksa melepaskan Adam yang mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, Anas menerima jemputan perkahwinan daripada Adam. Walaupun Anas cuba mengukir senyuman pada hari pernikahan Adam, perasaannya terluka didalam.

Mereka berdua tetap mengutus surat bertanyakan khabar masing – masing seperti biasa. Bagaimanapun, sudah lebih kurang enam bulan sejak warkah terakhir Adam tidak berbalas. Kemudian, Anas menerima berita daripada Adam yang memintanya menunggu di tepi pagar tempat mereka selalu bertemu sewaktu kecil dulu. Rupa-rupanya, sikap menyepi Adam selama ini adalah kerana menguruskan proses penceraiannya. Adam hanya menangis sehingga dia tidak mampu lagi mengalirkan airmata. Anas berasa seperti jatuh cinta buat kali kedua kepada Adam, perasaan yang sebenar tidak pernah padam dari lubuk hatinya.

Mereka kemudiannya hanya tertawa ria mengimbas kenangan lalu dan Anas tetap tidak berupaya meluahkan cintanya selama ini. Adam berjanji akan selalu mengunjungi Anas setiap kali berpeluang. Pada suatu hari, tidak seperti lazimnya, Adam tidak muncul seperti yang dijanjikan. Bisik hatinya Adam mungkin sibuk dengan tugasannya. Hari bertukar bulan sehinggakan Anas sudah hampir melupainya tatkala dia menerima satu panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Berita yang amat meremukkan hati Anas, Adam telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dia segera berkemas ke Kuala Lumpur untuk menatap wajah Adam buat kali terakhir.



Adam telah mewasiatkan Anas sebiuah diari yang dimulakan dengan kisah pertemuan mereka berdua. Adam sebenarnya telah mula jatuh hati pada Anas pada hari Anas dikecewakan oleh cinta monyetnya. Bagaimanapun, sama seperti Anas, Adam tiada keberanian untuk meluahkan perasaannya. Adam telah banyak kali mencuba tetapi dia tetap tidak terkeluar kata-kata itu. Pada hari perkahwinannya, Adam merasakan seperti majlis itu adalah miliknya dan Anas. Adam tahu, bekas isterinya sudah cuba melakukan segala yang terdaya untuk membahagiakan Adam tetapi tidak berjaya. Adam tiada pilihan lain kecuali berpisah kerana tidak sanggup terus-terusan melukakan isterinya. Diari itu berakhir dengan coretan berbunyi: “Hari ini, aku akan memberitahu Anas betapa aku cinta kepadanya.”

Itu adalah hari di mana Adam telah terkorban dalam perjalanannya untuk bertemu Anas. Hari yang sama Anas sepatutnya tahu apa yang ada di dalam hati Adam. Anas hanya mampu menangis semaunya. Mesejnya jika kita menyintai seseorang, jangan tunggu sehingga esok untuk menyatakannya. Mungkin esok tidak akan menjelma sama sekali buat diri kita sendiri, mahupun orang tersayang. Yang penting, tabahkan hati untuk menerima apa sahaja reaksinya daripada dihambat kekesalan sepanjang hayat.

Dan semuga aku mempunyai keberanian itu…

No comments: