REALITI
Melafazkan sesuatu yang terbuku didalam hati tidak semudah menelan hempedu. Kita tahu hempedu pahit tapi ia ubat dan setelah ditelan tiada rasa lagi. Namun, meluahkan sesuatu yang mungkin pahit dan juga mungkin manis, tiada siapa dapat menduga apa kesudahan malah kita sebenarnya terlalu takut pada kepahitan yang bakal terluah. Tidak mudah! Itulah hakikat hidup sebenarnya.
Tiada siapa dapat menduga hari esok. Malah semalam yang indah itu satu ikhtibar dan juga panduan untuk hari mendatang. Mungkin pengalaman dapat memberi sedikit panduan walau tidak tepat tetapi paling tidak ianya ibarat lilin didalam gelap. Walau mempunyai cahaya tapi masih meraba. Ini kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Dan kita harus ingat bahawa setiap yang lepas bukan untuk ditangis dan disesalkan tetapi ikhtibar untuk masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment