Monday, March 22, 2004

Ahad 21/3/2004

Selamat Mengundi...

8:30 am - aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari rakan baikku A...dia adalah antara 11 yang terawal beratur untuk mengundi, mana taknya...7:45 am dah beratur untuk mengambil nombor saluran....gigih..gigih..

9:30 am - dah puas hati dengan penampilan aku baru lah aku keluar untuk pergi mengundi...dengan hanya basuh muka dan gosok gigi aje buleh...hehehe orang bukan tau pun dan yang pasti aku tetap meletup (perasan) hanya dengan memakai T-shirt dan seluar bermuda dan sandal dan tak ketinggalan ray ban cari makan aku.

9:45 am - sampai ditempat mengundi aku lihat barisan untuk mengambil nombor saluran punyalah panjang...agaknya dalam 50 meter...perghhhh. Tetiba kakak aku telefon dan bertanyakan aku dimana...apalagi aku pun cakap ler aku tengah beratur panjang...kakak aku cakap tak perlu beratur coz number saluran tu boleh didapati di khemah penyokong Keadilan. FYI khemah keadilan tu berdepan dengan khemah Barisan Nasional dimana disitu punya ler ramai geng - geng lepak my mother. Akan tetapi demi kemudahan diri aku...aku buat selamba rock aje. Akhirnya aku dapat ler mengundi dalam hanya 15 minit aja.

11:00 am - pergi ke desa pandan untuk sarapan pagi bersama teman-teman aku. On the way balik jalan punya ler jammed di highway.

12:00 noon - sampai rumah terus sambung tidur

4:30 pm - terima panggilan dari my friend E untuk remind me about our karaoke session at 6 pm.

5:30 pm - baru ler terhegeh - hegeh nak keluar tapi sebelum tu aku singgah di rumah Z coz aku ajak dia joint sekali.

6:15 - karaoke session bermula...about 8 of us yg men 'sumbang' kan suara

9:00 pm - session selesai dan aku serta Z bergegas ke ampang untuk dinner bersama M dan A.

11:30 pm - sampai rumah dan sambung tengok tv untuk mengikuti pengumuman pilihanraya. Aku tak pasti pukul berapa aku terlelap tapi nasib baik aku taruk timer pada Tv aku...

Sunday, March 21, 2004

Sabtu 20/3/2004

Hujung minggu datang lagi...hari ini aku bercuti dan masa yang terluang aku akan habiskan untuk bersantai dirumah (itu pun kalau dapat ler).

10:30 am - bangun agak lewat sebab malam sebelum tu aku pulang agak lewat dalam jam 3 am. Sebelum itu aku menghadiri 2 majlis iaitu majlis pelancaran F4F1 jam dan majlis pembukaan rasmi ZOUK KL. Dari majlis itu aku terus joint my other friend for a karaoke session till 12:30am. Lepas tu kami lepak makan di kampung baru sampai jam 2:30am.

2:00 pm - aku menerima kedatangan seorang teman F dan kami menghabiskan masa disebelah petang dgn menonton VCD.

7:00 pm - aku dan F bersiap untuk pergi makan malam dengan A & M di ampang

10:00 pm - pergi ke sebuah kawasan tanah tinggi di jalan menuju ke hulu langat untuk melihat pemandangan KL dari tempat tinggi.

11:30 pm - pergi ke sebuah kelab eksklusif di KL to watch a live band

1:35 am - pergi ke kawasan 'persidangan' untuk bertemu dengan teman-teman yang lain. Macam biasa kami berborak-borak kosong sambil di selit gosip-gosip liar antara kami hahahahha

3:30 am - balik rumah tapi sebelum itu singgah kampung baru beli makanan sebab F lapar.

Tuesday, March 16, 2004

Sabtu 13/3/2004

8:30 am - bangun pagi mcm biasa coz hari ni kerja. Semalam pergi clubbing kat Bleu Bar coz kena entertained kawan yang datang dari luar. Balik pun dah lewat sampai rumah dalam pukul 4 am.

1:30 pm - lunch dengan kengkawan di Rain Nudle House

3:00 pm - kami lepak kat Dome plak sambil minum-minum dan gossip hehehehe

5:00 pm - balik rumah dengan harapan nak sambung tidur sebab malam nanti nak keluar balik. Unfortunately mata tak boleh lena dan lagi pun kena melayan panggilan-panggilan telefon dan sms kwang kwang kwang.

6:30 pm - kawan aku call minta tolong hantar dia balik rumah coz dompet nya tercicir entah dimana.

7:30 pm - balik rumah tapi sebelum tu singgah pasar malam beli makanan untuk dinner. Plan nak sambung tidur tapi tak dapat sebab ada seorang hamba allah ni minta khidmat cik seri siantan aku. Critical jugak masalah dia ni tapi tiada perkara didalam dunia ini yang tak bisa di selesaikan bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. lepas tu along the way aku pun akhirnya terlelap diiringi hujan yang lebat diluar sana.

11:30 pm - aku terjaga kerana dikejutkan oleh panggilan telefon dari kawan aku yang ingin mengajak aku keluar clubbing. Kami janji berjumpa di liquid dalam pukul 12:15 am (berat hati aku nak kesana).

12:30 pm - Clubbing time...ramai jugak orang tapi muziknya bukan selera aku as if i have choice kan. kami berempat pun apalagi menari ler walaupun aku bengkek sikit dengan keadaan disitu...mahu aja aku balik atau pergi bleu bar tapi memandangkan cover charge member aku yang bayar jadi terpaksa ler aku melayan perasaan. Dalam aku melayang perasaan tu aku telah terserempak dengan seorang teman dan sesuatu yang menarik telah berlaku antara kami...jeng jeng jeng dan pastinya akan menjadi kenangan antara kami berdua.

3:30 am - balik rumah coz esok ada aturcara yang penuh sepanjang hari...

Monday, March 15, 2004

Ahad 14/3/2004

10:30 am - terjaga dari tidur...alamak aku sudah terlewat ni kerana aturcara seterusnya akan bermula jam 12 tengahari. Aku panik ler sebab aku ditugaskan untuk membeli bunga. Sampai di kedai bunga dah dekat 11:30 am...macam lipas kudung aku bawak kereta...ala ala F1 gitu hehehehehe.

12:15 noon - sampai ke tempat majlis dan syukur semuanya berjalan lancar.

1:30 pm - kawan aku call tanya lokasi aku dan terus aku mengajak dia join sama.

3:00 pm - aku dan kawan aku tadi bergegas pulak ke cheras untuk menghadiri satu lagi majlis. Sampai kat situ tetamu yang lain banyak yang sudah pulang. Tapi kebaikannya adalah tuan rumah dapat ler melayan kita.

5:00 pm - dari majlis itu tadi kami decided pergi karaoke heheheh. Bayangkan ler aku dengan memakai baju batik nya pergi karaoke...kwang kwang kwang

7:00 pm - pergi Cengkih di ampang untuk makan malam

8:30 pm - bergegas kerumah seorang teman kerana kami berjanji untuk berkumpul untuk menonton ABP 2003..sebelum tu aku singgah di kedai untuk beli tepung sebab aku janji dengan diorang nak buat cekodok cicah sardin.

9:00 pm - ABP2003...best dan kelakar ogy & salleh yaacob tu. Pengumuman penyanyi wanita popular yang paling aku tunggu-tunggu dan paling aku nervous takut penyanyi pujaan hati ku kalah....nasib baik kemenangan berpihak kepadanya...syabas cik siti...nanti minggu depan abang belanja makan bersama anuar zain sekali. Apapun show siti meletup dan meremang bulu dengor dia nyanyi...buat Datuk Sharifah....i'm speechless...

12:30 am - balik rumah....esok ada banyak benda nak buat

Saturday, March 13, 2004

Semalam lepas waktu pejabat aku terus ke KLIA bersama A dan P untuk menjemput rakan aku tiba dari luar negara. Semasa menunggu ketibaan tetamu aku itu aku terserempak dengan seorang teman lama yang kini sudah pun menjadi Pilot MAS...aku tergamam begitu juga dengan dia. Kami berkenalan dalam tahun 88 semasa kami sama-sama belajar di sebuah kolej pengajian persediaan MARA. Hubungan kami terputus ketika dia mengambil keputusan untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi Pilot dengan menyambung pengajiannya di sebuah kolej penerbangan di Sydney Australia. Aku pernah terserempak dengannya sekali dalam tahun 92 di Heathrow ketika aku dalam penerbangan ke Spain dimana pada ketika itu dia pergi bercuti bersama teman-teman kolejnya. Dia tetap seperti dulu...senyumannya yang sering menawan hatiku...Buat Dia...segala kenangan antara kita akan tetap terpahat dan kekal bersemadi didalam lipatan sejarah hidup seorang pengembara bernama AKU...

Friday, March 12, 2004

Sudah lama tidak kesini...hampir 2 minggu. Bukannya apa cuma aku busy giler dengan aktiviti harian dan juga dating games heheheh (what a slutty bitch statement). Selama aku tidak kesini pelbagai peristiwa telah berlaku...suka...duka...geram...bengang...crush...etc. Apapun aku rasa relief dengan banyak perkara especially dengan jawatan aku sebagai cik sri siantan dikalangan teman-teman...well i'm a good listener (sukeh?). One of my friend told me that i'm pretty good on giving an advice but unfortunately when it comes to mine...berterabur...biasalah tu kan...diri sendiri yang kucar kacir.
Anyway I'm glad that i managed to write something for a start...chow