Monday, March 15, 2004

Ahad 14/3/2004

10:30 am - terjaga dari tidur...alamak aku sudah terlewat ni kerana aturcara seterusnya akan bermula jam 12 tengahari. Aku panik ler sebab aku ditugaskan untuk membeli bunga. Sampai di kedai bunga dah dekat 11:30 am...macam lipas kudung aku bawak kereta...ala ala F1 gitu hehehehehe.

12:15 noon - sampai ke tempat majlis dan syukur semuanya berjalan lancar.

1:30 pm - kawan aku call tanya lokasi aku dan terus aku mengajak dia join sama.

3:00 pm - aku dan kawan aku tadi bergegas pulak ke cheras untuk menghadiri satu lagi majlis. Sampai kat situ tetamu yang lain banyak yang sudah pulang. Tapi kebaikannya adalah tuan rumah dapat ler melayan kita.

5:00 pm - dari majlis itu tadi kami decided pergi karaoke heheheh. Bayangkan ler aku dengan memakai baju batik nya pergi karaoke...kwang kwang kwang

7:00 pm - pergi Cengkih di ampang untuk makan malam

8:30 pm - bergegas kerumah seorang teman kerana kami berjanji untuk berkumpul untuk menonton ABP 2003..sebelum tu aku singgah di kedai untuk beli tepung sebab aku janji dengan diorang nak buat cekodok cicah sardin.

9:00 pm - ABP2003...best dan kelakar ogy & salleh yaacob tu. Pengumuman penyanyi wanita popular yang paling aku tunggu-tunggu dan paling aku nervous takut penyanyi pujaan hati ku kalah....nasib baik kemenangan berpihak kepadanya...syabas cik siti...nanti minggu depan abang belanja makan bersama anuar zain sekali. Apapun show siti meletup dan meremang bulu dengor dia nyanyi...buat Datuk Sharifah....i'm speechless...

12:30 am - balik rumah....esok ada banyak benda nak buat

No comments: