Semalam lepas waktu pejabat aku terus ke KLIA bersama A dan P untuk menjemput rakan aku tiba dari luar negara. Semasa menunggu ketibaan tetamu aku itu aku terserempak dengan seorang teman lama yang kini sudah pun menjadi Pilot MAS...aku tergamam begitu juga dengan dia. Kami berkenalan dalam tahun 88 semasa kami sama-sama belajar di sebuah kolej pengajian persediaan MARA. Hubungan kami terputus ketika dia mengambil keputusan untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi Pilot dengan menyambung pengajiannya di sebuah kolej penerbangan di Sydney Australia. Aku pernah terserempak dengannya sekali dalam tahun 92 di Heathrow ketika aku dalam penerbangan ke Spain dimana pada ketika itu dia pergi bercuti bersama teman-teman kolejnya. Dia tetap seperti dulu...senyumannya yang sering menawan hatiku...Buat Dia...segala kenangan antara kita akan tetap terpahat dan kekal bersemadi didalam lipatan sejarah hidup seorang pengembara bernama AKU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment