Sabtu 20/3/2004
Hujung minggu datang lagi...hari ini aku bercuti dan masa yang terluang aku akan habiskan untuk bersantai dirumah (itu pun kalau dapat ler).
10:30 am - bangun agak lewat sebab malam sebelum tu aku pulang agak lewat dalam jam 3 am. Sebelum itu aku menghadiri 2 majlis iaitu majlis pelancaran F4F1 jam dan majlis pembukaan rasmi ZOUK KL. Dari majlis itu aku terus joint my other friend for a karaoke session till 12:30am. Lepas tu kami lepak makan di kampung baru sampai jam 2:30am.
2:00 pm - aku menerima kedatangan seorang teman F dan kami menghabiskan masa disebelah petang dgn menonton VCD.
7:00 pm - aku dan F bersiap untuk pergi makan malam dengan A & M di ampang
10:00 pm - pergi ke sebuah kawasan tanah tinggi di jalan menuju ke hulu langat untuk melihat pemandangan KL dari tempat tinggi.
11:30 pm - pergi ke sebuah kelab eksklusif di KL to watch a live band
1:35 am - pergi ke kawasan 'persidangan' untuk bertemu dengan teman-teman yang lain. Macam biasa kami berborak-borak kosong sambil di selit gosip-gosip liar antara kami hahahahha
3:30 am - balik rumah tapi sebelum itu singgah kampung baru beli makanan sebab F lapar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment