Friday, May 14, 2004

Aku & Artis Tanahair - Siti Nurhaliza

Kali pertama aku lihat Siti ialah semasa didalam satu rancangan TV dimana pada ketika itu dia menyanyikan lagu Kau Mawarku berduet bersama dengan Zul 2by2. What attracts me was her voice..lalu hati aku berdetik...she can be famous.Pada masa itu aku memang minat giler kat Ziana Zain, apabila muzik - muzik berlansung aku akan senantiasa mengharapkan Ziana menang but unfortunately...lama - kelamaan gelaran juara itu banyak di boloti oleh cik siti kita ni.Pada masa itu aku punyalah tak suka maksimum kat cik siti ni kerana dia aku punya artis pujaan Ziana Zain sering aja tewas.Lama - kelamaan aku macam minat pulak kat cik siti ni especially lagu-lagunya yang merdu seperti Purnama Merindu, Cindai, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi ler.

Aku berpeluang mengenali Siti in person apabila aku mula bertugas di tempat sekarang. Pada awalnya aku hanya mengenali dan berkawan rapat dengan pengurusnya sahaja. Siti sering mengadakan majlis peribadinya di sini dan dari situlah aku mula mengenali Abang dan kakak iparnya Ayie & Rozi. Pada kebiasaannya kalau siti nak datang rozi atau saerah akan call aku dulu untuk buat sebarang persiapan. Siti pernah kasi aku logo Celcom dan dia sendiri ajar aku bagaimana nak request logo itu walaupun aku sendiri memang dah tahu sesangat tapi aku buat-buat bodoh aje ler hehehehhe.

Jika ada kelapangan kami akan berborak panjang apabila selepas sesuatu majlis itu selesai. Banyak juga ler cerita-cerita menarik yang aku dengar dari mulutnya sendiri...on the other side of Siti Nurhaliza. Dia seorang memang yang original baik punya bukan buat - buat atau cover line...innocent habis dan aku boleh tahu punya. Aku ada tanya ler pasal sambutan hariraya dia macam mana tentu meriah...dia cerita semenjak dia jadi artis tak pernah sekali pun dia dapat berhariraya seperti orang lain...orang akan datang dari serata pelusuk negeri untuk berhariraya dengannya. Semasa dia mula duduk dirumah barunya di Raub, sebuah rumah banglo yang semua kita pernah tengok dalam majalah, peminat sudah mula datang seawal jam 8 am dan mengetuk pagar untuk datang berhariraya...bayangkan ler tika itu dia belum sempat untuk bersarapan dan bermaaf - maafan bersama keluarga.Dia pun jemputlah peminat - peminatnya itu masuk dan sarapan bersama dan mula dari situ orang ramai mula membanjiri rumahnya, pada awalnya boleh jugak offer foods and drinks tapi menjelang tengahari semua makanan dirumahnya sudah habis licin. So kebanyakkan dari mereka ni bukannya nak makan sangat tapi hanya nak bersalam dan bergambar dengan siti,so what her family did was diaorang kena bukak pintu belakang sebab dibahagian hadapan rumah mereka sudah penuh dan jammed over crowded, so peminat-peminat semua akan queue dan masuk dari pintu hadapan, bersalam dan bergambar dan terus keluar dari pintu belakang, this to avoid jammed di bahagian hadapan. Siti hanya sempat berehat seketika untuk zohor, makan pun dia tak sempat coz tak sampai hati nak biarkan peminatnya menunggu lama. Saudara mara yang datang pun kena layan diri dan ada yang tak dapat makan dan minum. Hampir tengah malam baru ler orang ramai makin berkurangan...bayangkan ler kalau aku...but my house kat kampung pun lebih kurang macam tu jugak ler tapi bukan peminat tapi saudara mara yang ramai datang berziarah.

Pada masa dia balik umrah tempohari aku juga berkesempatan bertemu dengannya semasa salah satu sessi fotografi di sebuah hotel yang berhampiran dengan tempat aku bertugas. Pengurus Siti call dan ajak datang melepak bersama-sama maklum ler sessi fotografi bukannya kejap. Aku sempat mendengar kisah-kisah Siti dan keluarga semasa mengerjakan umrah dari Rozi, syahdu dan terpanggil aku untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci Makkah Al Mukarramah. Siti berkesempatan mencium hajaratul aswad dan sembahyang di Ar Raudhah yang terletak di Masjid Nabi dan berhadapan dengan makam Rasulullah. Ada jugak ler dia bergambar untuk kenangan peribadi...akan tetapi Mama Juwie yang kebetulan berada disana siap datang cari siti sampai ke hotel untuk cari bahan berita buat siaran akhbar atau majalahnya.

Semuga anak gadis kelahiran Negeri Pahang ini akan beroleh kejayaan demi kejayaan tanpa merubah sikap rendah dirinya yang tulen. Aku rasa tidak keterlaluan jika aku panggil dia ini Wanita Tercantik kerana she has a truly natural beauty, samada luaran atau dalamannya. Ada juga insan-insan seni yang irihati dengannya namun Siti lebih banyak mendiamkan diri kerana baginya perkara itu adalah bersifat sementara dan biarlah apa orang nak kata kerana itu adalah hak mereka. Dan kerana itu jugak lah dia lebih berhati - hati didalam mengatur perjalanan didalam kehidupan seorang anak seni yang penuh dengan ranjau dan duri yang berbisa. Bukan senang untuk jadi Siti Nurhaliza...
wished i can share a lot of the stories but i can't...

No comments: