Tuesday, April 27, 2004

Jgn Lupa Diri

merendah diri ibarat padi berisi, lagi berisi lagi merunduk. itu adat dan resam orang kita. tidak perlu di gahkan sangat....jangan dipuji melambung nanti lupa dimana bumi dipijak....pujian biar berpada...menghina jangan sekali. Aku bukan menunding satu jari tapi melipat 4 jari kearah muka sendiri....mengajar dan mengingati diri sendiri...

Monday, April 26, 2004

REALITI

Melafazkan sesuatu yang terbuku didalam hati tidak semudah menelan hempedu. Kita tahu hempedu pahit tapi ia ubat dan setelah ditelan tiada rasa lagi. Namun, meluahkan sesuatu yang mungkin pahit dan juga mungkin manis, tiada siapa dapat menduga apa kesudahan malah kita sebenarnya terlalu takut pada kepahitan yang bakal terluah. Tidak mudah! Itulah hakikat hidup sebenarnya.

Tiada siapa dapat menduga hari esok. Malah semalam yang indah itu satu ikhtibar dan juga panduan untuk hari mendatang. Mungkin pengalaman dapat memberi sedikit panduan walau tidak tepat tetapi paling tidak ianya ibarat lilin didalam gelap. Walau mempunyai cahaya tapi masih meraba. Ini kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Dan kita harus ingat bahawa setiap yang lepas bukan untuk ditangis dan disesalkan tetapi ikhtibar untuk masa hadapan.

Sunday, April 25, 2004

Suatu Kesan Abadi

If you love, someone set him free and if he comes back than he is yours, to begin with…itu lah kata-kata yang masih ku pegang sehingga kini…and yes I’m still single coz I’ve set free a lot of guys heheheh. Ada juga rakan-rakan ku yang mempersoalkan tentang ketaksuban aku itu but unfortunately it is my principle and I’m pretty much sure about it. Aku ni seorang yang mudah dapat kawan baru tak kira ler samada melalui kawan atas kawan, majlis-majlis yang dihadiri atau pun melalui internet. Ada juga diantara mereka ini yang membuatkan aku teruja kepada mereka, akan tetapi aku lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat kerana aku bimbang akan merosakkan hubungan baik yang sedia ada itu.

Didalam sebuah akhbar aku terbaca sebuah artikel tentang sebuah cerita yang pernah dibaca oleh si penulis…The True Love Story…ianya mengisahkan tentang Anas dan Adam yang bermula seawal usia mereka enam tahun. Dari bermain kejar-kejar, mereka berdua terus serasi membesar bersama. Antara mereka tiada sebarang rahsia. Mereka boleh bercakap tentang apa sahaja.

Apabila Anas bercerita tentang cinta monyetnya yang terputus di tengah jalan, Adam hanya mendengar dan memberikan kata-kata perangsang. Setelah meningkat remaja dan dewasa, timbul satu macam perasaan yang agak janggal di sudut hati Anas terhadap Adam, lebih daripada seorang kawan. Pada satu malam, Anas mempunyai peluang untuk meluahkan perasaannya tetapi dia tidak berani berbuat demikian. Sehinggalah akhirnya, dia terpaksa melepaskan Adam yang mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, Anas menerima jemputan perkahwinan daripada Adam. Walaupun Anas cuba mengukir senyuman pada hari pernikahan Adam, perasaannya terluka didalam.

Mereka berdua tetap mengutus surat bertanyakan khabar masing – masing seperti biasa. Bagaimanapun, sudah lebih kurang enam bulan sejak warkah terakhir Adam tidak berbalas. Kemudian, Anas menerima berita daripada Adam yang memintanya menunggu di tepi pagar tempat mereka selalu bertemu sewaktu kecil dulu. Rupa-rupanya, sikap menyepi Adam selama ini adalah kerana menguruskan proses penceraiannya. Adam hanya menangis sehingga dia tidak mampu lagi mengalirkan airmata. Anas berasa seperti jatuh cinta buat kali kedua kepada Adam, perasaan yang sebenar tidak pernah padam dari lubuk hatinya.

Mereka kemudiannya hanya tertawa ria mengimbas kenangan lalu dan Anas tetap tidak berupaya meluahkan cintanya selama ini. Adam berjanji akan selalu mengunjungi Anas setiap kali berpeluang. Pada suatu hari, tidak seperti lazimnya, Adam tidak muncul seperti yang dijanjikan. Bisik hatinya Adam mungkin sibuk dengan tugasannya. Hari bertukar bulan sehinggakan Anas sudah hampir melupainya tatkala dia menerima satu panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Berita yang amat meremukkan hati Anas, Adam telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dia segera berkemas ke Kuala Lumpur untuk menatap wajah Adam buat kali terakhir.



Adam telah mewasiatkan Anas sebiuah diari yang dimulakan dengan kisah pertemuan mereka berdua. Adam sebenarnya telah mula jatuh hati pada Anas pada hari Anas dikecewakan oleh cinta monyetnya. Bagaimanapun, sama seperti Anas, Adam tiada keberanian untuk meluahkan perasaannya. Adam telah banyak kali mencuba tetapi dia tetap tidak terkeluar kata-kata itu. Pada hari perkahwinannya, Adam merasakan seperti majlis itu adalah miliknya dan Anas. Adam tahu, bekas isterinya sudah cuba melakukan segala yang terdaya untuk membahagiakan Adam tetapi tidak berjaya. Adam tiada pilihan lain kecuali berpisah kerana tidak sanggup terus-terusan melukakan isterinya. Diari itu berakhir dengan coretan berbunyi: “Hari ini, aku akan memberitahu Anas betapa aku cinta kepadanya.”

Itu adalah hari di mana Adam telah terkorban dalam perjalanannya untuk bertemu Anas. Hari yang sama Anas sepatutnya tahu apa yang ada di dalam hati Adam. Anas hanya mampu menangis semaunya. Mesejnya jika kita menyintai seseorang, jangan tunggu sehingga esok untuk menyatakannya. Mungkin esok tidak akan menjelma sama sekali buat diri kita sendiri, mahupun orang tersayang. Yang penting, tabahkan hati untuk menerima apa sahaja reaksinya daripada dihambat kekesalan sepanjang hayat.

Dan semuga aku mempunyai keberanian itu…

Friday, April 23, 2004

Hari ini aku pergi sembahyang jumaat...dah beberapa minggu aku tidak mengunjungi ke rumah Allah itu...dan aku masih diterima menjadi tetamu NYA. Semalam aku balik rumah agak lewat dalam jam 1 a.m. kerana menonton konsert pemain piano Maksim bersama dgn SF...best sangat coz aku ni dulu memang nak sangat belajar bermain piano tapi tidak mendapat persetujuan dari ibuku.

Monday, April 19, 2004

Happy Birthday To Me...April 17, 2004-

hari ini bertambah usia aku setahun lagi...well some might say it just a number but than again itu adalah ukuran kehidupan kita agar kita tahu sejauh manakah hala tuju kita didalam mengemudi kehidupan yang dilalui. Pada awalnya aku ingin meraikannya secara besar-besaran akan tetapi memandangkan kerana jadual kerja harian ku yang begitu ketat tidak memungkinkan aku untuk merancang atau menguruskan majlis itu. Did received a few phone calls from my friends about my plan to celebrate my birthday but i just replied...I'll go with the flow...actually there are no plan at all and i just wanna treat this day as normal usual day. Some may think that i'm gonna be busy with all the agenda....so the answer will be down below...

16/4/2004 - Friday

8:00 pm - pre dinner with my friend SR together with his partner IM di Ginger Restaurant Central Market. Later kami berkaraoke di Apsara Central Market, another branch of Ginger.

10:00 pm - went to Bukit Bintang to join my friend H together with her business associates and partners for my birthday countdown at QBA WESTIN HOTEL. Later seorang teman 'G' yang aku tidak temui selama 2 tahun turut serta didalam majlis ini...terharu bercampur gembira aku dibuatnya coz we had a history hehehehe.

17/4/2004 - Saturday

12:00 am - HAPPY BIRTHDAY TO ME...the first one who called to wish me was SR...mmmm and followed by the rest of the call and load of sms which some of it i have to delete it coz my inbox full.

1:30 am - the session ended...aku bersama G pergi minum di Mali's Taman Bunga Raya coz he have a lot of thing to catch up.

3:00 am - aku minta diri untuk pulang kerana pada pagi nanti aku kena kerja

9:00 am - bersiap untuk ke tempat kerja...my mum cook me my favourite dishes..pulut tanak dengan goreng berlada ikan bilis...heaven gitu and she wished me happy birthday.

10:00 am - sampai office my colleagues wished me too...i thought they didn't really bother about it. Biasa ler kerja hari sabtu macam pergi jalan-jalan dan oleh kerana itu aku keluar untuk pergi cuci kereta di rumah M di AH Desa Pandan.

2:00 pm - had lunch with M, A dan S

5:00 pm - pergi bertemu dengan seorang teman from outstation di hotel penginapan bertaraf 5 bintang yang terletak di segi tiga emas and he gave me 'something' as my birthday gift hehehe censored gitu.

8:00 pm - bergegas pulang kerumah untuk salin baju coz ada dinner bersama dengan SR, IM, A & M at 8:45 pm.

9:00 pm - aku tiba lewat 15 minit but luckily diaorang pun sama lambat. SR & IM menghadiahkan aku 2 hasil ukiran yang telah di frame kan...cantik dan unik sekali dimana aku menggantungkannya di tangga untuk naik ke tingkat atas kediamanku.

11:00 pm - kami bersurai seketika untuk pulang sebelum agenda seterusnya. Aku pula terus ke KL Sentral untuk menjemput L dan terus menghantar dia pulang kerumah untuk bersiap kerana L nak belanja aku clubbing. Later kami keluar clubbing bersama dengan T, SR dan IM

Bila kurenung diriku yang alang... berasa bingung memacau kesabaran...bila ku imbas masa yang lalu...nuraniku menjadi lemas mindaku bertambah lesu...bila kumuhasabahkan diri aku bertanya diri sendiri...Allah maha mengetahui kuhadapi dengan penuh erti...kekadang aku berasa gundah melakari kehidupan gelisah...kesihatan nikmat illahi rabbi menjana tegar kehidupan ini...inilah hakikat suatu kehidupan sedang menuju suatu perjalanan...kepada Allah aku pasrah agar akhirnya mendapat mardhotillah.
HADIAH

Setiap dari kita pasti akan menerima hadiah tak kira ler apa occasion pun. Ada besar, kecil, mahal atau murah sesuatu hadiah itu adalah bergantung kepada kemampuan, budi bicara, objektif etc. Walau apapun...yang penting is the thoughts that count dan hadiah itu adalah satu tandamata fizikal. Dalam kehidupan aku ini aku jarang menerima sebarang hadiah...some of my friend said that its really hard to get something for someone who have everything....mmmmm...is that so?...or some statement said that i can afford anything why they should give something. Apapun yang penting adalah ingatan tulus ikhlas yang abadi dan each one of us do have their own way how to do it.

Sunday, April 18, 2004

KENANGAN...

Selalunya apabila ada kenangan pahit, kita selalu cuba untuk melupakannya. Kita cuba untuk memadamkan dari kotak ingatan. Kita tidak mahu mengingatkan lagi yang pahit, pedih dan terluka. Tapi selalunya semakin dipadam, ia semakin segar didalam tidur ataupun jaga. Maka kita rasa terseksa diburu kenangan...tapi tiada kenangan, hidup kita terapung dan kosong...

Friday, April 16, 2004

Suatu Waktu Dahulu 70 an & 80 an

Kita membesar dengan menonton He-man, Transformers,Thundercats, Silver Hawk, Space Cop Gaban,Ultraman dan Mighty Mouse serta tidak lupa Ninja turtles, Mask dan Smurfs juga. Kita membesar dengan memberus gigi beserta mug yang bewarna warni dari sekolah rendah selepas waktu rehat dimana kita beramai-ramai mencangkung (lama tak guna ayat ni) di tepi longkang di luar kelas bersama-sama dengan rakan sekelas yang lain bersama dengan our colourful mug. Remember the days when the school nurse comes with a list for the dentist appointments, the sound of the drilling when your friend has a fill in his tooth.

Ingat lagi tak the packets of milk(Projeck Susu Segar) and milo we get in primary school to encourage us to drink more milk. And when we had to line up just to get one cup, and some of us would line up again for another cup of cold milo...hehehehe and remember we use to buy susu sekolah and get stomach-ache the next day. During primary school days, the teacher will punish you using a long ruler to hit your palm or buttocks. A bowl of noodle soup cost only 40c in primary school days. When you were in primary school, girls like to go to the bookshop to buy cute stuff such as animal erasers, sharpeners, notebook etc. Play with these paper doll... with all the paper clothes.. etc etc (aku pun buat jugak heheheh).

In secondary school, girls go to the library to borrow their favourite romance storybook. In secondary school, girls altered their school skirt to shorten it and guys will go to the school appointed school uniform tailor shop to tailor make their school trousers to the then fashionable "baggy pants" , or the GQ one with all the 'batik' or buckle at the edge of the pocket! the straight cut jeans.. or codroy... In secondary school days, you buy the Bata BM Turbo school shoes. Some guys like to wear those china made ankle high shoes. Some even like to wear those very thick socks with their school shoes. remember the panda, carefree or warrior shoes.. :) Internet? E-mail? What the hell is that? So you thought a decade or more ago. Your friends don't have pagers or handphones in school. CDs? What's that? Cassette tapes were the norm. Movie tickets used to cost less than $5 last time. there is no klcc.. pertama or bukit bintang the only place we have..or play roller skate at gallactica in semua house or kota raya or lepak-lepak kat yaohan the mall.

The goodies from Mama shop used to be Mamee, Kaka,Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in the box) + the mat sentul voices as a jingle,colourful hard "egg", "cigerette" chocolate, pink bottle of bubbles, and small tubes with yellow sticks to blow "more lasting" bubbles that you can pop more air in or slam it on. You never forget 'Ti Kam'. When exams are over, the board games (eg: UNO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video games will be all over the class room. Girls will start playing 'batu seremban'. guys with 'tudung botol oren' Your favourite sound is the bell! For it's the homemade ice cream man. The cream that tops Haagan Dazs!The pink colour ice-cream with eyes plus a wide smile. Another bell is the recess bell, a time to get away from school work and to eat. Another time when there is no bell but all guys will anxiously wait for it...The PJ, PE time(time for football)

Your favourite childhood games were playing"guli"(marbles), five stones, zero-point, catching, and/or "Pepsi-Cola one two three"! The best thirst quencher of all times is the yummy colourful ice tubes you can buy from provision shops. To eat them, break the tab and suck while holding the freezing tube! All gals had barbie dolls, My Little Pony, pound puppy, Polly Pocket and etc, while all boys had star wars figurines or a rubber band catapult that shoots folded paper or eraser bits. Once was the era whereby ice-cream sticks were valueable items, than came the paper aircrafts, chalk fights. Everyone envied the class monitor and his assitant, cos they were the ones who came up with the daily duty roster, giving names to teacher on who makes the most noise and who's running around the class (i'm one of them heheheh). The elite group are the prefects or badan wakil pelajar bagi sekolah aku, the one with license to move around, they consider themselves above the law when not many students actually listened to them, and that's when the PK(censored) Hem comes in.

Some boys made their own guns from wood,and used'Bacali' as the bullets. Some even used matches to shoot and burn kids'lanterns during Latern Festival.. and you also rather to 'ponteng sekolah' juz to watch final episod of Moero Attack .. miss that much..summersault berkembar... hehehe.. still remember this one..

finally...thanks to all my teacher, old friends samada yang hidup atau pun yang telah pergi (alfatihah) serta bekas-bekas cinta monyet aku hahahahahah this is the good one and last but not least my ons kat asrama hehehehhehehe.

Tuesday, April 13, 2004

Aku & Dia - AA

Kami bertemu dia dalam satu majlis harijadi seorang teman yang diadakan pada akhir 2001 dan kebetulan kami tinggal dikawasan yang berhampiran. Semenjak dari hari itu kami sering kelihatan bersama kemana saja. Dia seorang yang brilliant and know how to bring himself in the crowd walaupun usianya pada ketika itu baru mencecah 21 tahun. lepasan universiti dari luar negara, seorang yang periang dan ini membuatkan teman-teman aku yang lain senang dengannya. Aku juga boleh dikatakan rapat dengan abang dan kakak serta ibunya dan adakalanya kami semua akan bersama-sama keluar pada malam minggu samada clubbing ataupun karaoke. Kami pernah merancang untuk pergi ke Australia dimana dia akan menyambung pelajarannya di peringkat master manakala aku pulak akan bekerja selama setahun dan selepas itu barulah aku yang akan menyambung pelajaran setelah dia tamat pengajian dan sudah bekerja.

Langit tidak selalu cerah...pada penghujung March 2002 kami telah berpisah...terlalu pedih hati ini untuk menerima perpisahan itu kerana aku tersangat sayangkannya. Akan tetapi aku mempunyai pendirian yang tersendiri...once someone said that he didn't love you anymore...thats it and I won't beg him to come back coz he deserved better. Pada masa itu aku rasakan begitu kecewa but life must go on. Semua yang kami rancang tidak kesampaian...things happened with reason. Pada harijadi aku pada pertengahan April itu kami keluar makan malam sebagai seorang sahabat dan dia telah memberi aku sekeping kad harijadi yang hingga kini masih tersimpan rapi dibilik aku. Tiada perbalahan yang berlaku antara kami dan kami masih lagi bersahabat baik sehinggalah kewaktu ini...dan mungkin we better be of as a friend coz it will last forever.

Monday, April 12, 2004

Monday Blues...

Pagi tadi bangun jam sudah menunjukkan sudah hampir 8:45 am, liatnya nak bangun especially on monday morning. Anyway I had another full hectic weekend...

Sabtu 10/4/2004

10:00 am - kerja...biasanya kalau on saturday kerja pun macam tak kerja unless kalau ada function yang kena aku attend tu lain ler flow nya.

1:30 pm - rakan aku SH datang ajak aku lunch bersama dan kebetulan M & A pun ajak lunch gak...so bagi memuaskan hati semua pihak aku ajak mereka bersama-sama di DP.

3:30 pm - borak punya borak dah hampir jam 3:30 pm dan aku bersama SH beredar ke KLCC untuk do some shopping lagi pun SH nak beli barang for new born baby office mate dia. Before that aku ada menyatakan pada SH yang aku akan Ke kajang untuk berjumpa dengan E dan lepak dengan dia malam itu.

4:00 pm - sesampai ni di KLCC punya ler ramai manusia especially kat centre court kerana time tu ada CLEO Eligable Bachelor.

7:00 pm - SH dan aku terus ke kajang dan lepak dirumah E

11:00 pm - bersiap nak pegi clubbing

12:30 am - sampai di club org masih belum ramai jadi dapat ler pilih tempat yang strategik sikit heheheheh. Later ramai jugak ler rakan-rakan aku tiba dan yang pasti mesti happening.

Ahad 11/4/2004

5:00 am - balik ke rumah E di kajang dan sekali ni SH tak ikut sama. Aku suruh E drive coz aku dah mengantuk. Sesampai dirumahnya time pun dah nak dekat 6 am dan aku terus baring dan tertidur di atas sofa di ruang tamu rumah E coz dah letih sgt manakala E tunggu waktu untuk sembahyang subuh dulu.

9:30 am - aku terjaga dan perut terasa lapar ler plak tapi E dan rakan rumahnya masih tidur....mmmm macam ni ler kalau tidur rumah orang dan aku plak jenis yang bangun awal apalagi layan Tv je ler.

10:30 am - E dan housematenya dah pun bangun itu pun sebab telefon mereka berbunyi hahahah dan salah satunya aku yang call hahahahha...saja nak kasi depa bangun awal.

11:30 am - we had late breakfast and early lunch. Masa makan tu aku terima panggilan dari M ajak lunch sekali di DP and we plan to meet up around 1 pm.

1:30 pm - bertolak balik ke KL and before that dah hantar sms ke M coz aku lambat maklum ler terlekat di TV tengok rancangan melodi. E ikut sekali aku pulang ker KL kerana dia nak ambil kereta di PP.

2:00 pm - aku tiba di DP dan bersama E bertemu dengan M dan raka-rakannya yang sudah pun hampir selesai makan. Diaorang tunggu jugak aku nak makan tapi memandangkan aku lewat so diaorang pun makan ler dulu..teruk ler aku ni.

3:00 pm - kami bersama - sama kerumah M di AH tapi sebelum tu aku singgah di beli goreng pisang dan keropok lekor untuk santapan petang sambil melepak tu (tak kenyang - kenyang aku ni)

4:30 pm - aku dengan E beredar ke aturcara seterusnya iaitu karaoke sempena dengan birthday one of my friend L. tapi sebelum itu aku ke PP coz E nak ambil kereta di rumah kawannya.

5:15 pm - aku tiba di pusat karaoke. Ramai juga rakan-rakan kami yang hadir termasuk ler ex L iaitu SF yang juga rakan baik aku. During the session aku ada terima dua sms dari rakan aku yang lain ajak dinner sedangkan aku tak pasti sampai pukul berapa majlis ini akan berakhir.

9:00 pm - akhirnya majlis berakhir dan sudah dijangkakan aku terpaksa makan malam bersama-sama dengan mereka di ampang. terpaksa ler aku batalkan makan malam dengan D dan rakan-rakannya manakala P dan N aku janji untuk berjumpa dgn mereka selepas aku selesai makan malam dengan rakan-rakan aku ni.

10:30 pm - kami pun bersurai dan setelah mengucapkan selamat malam pada semua aku pun bergegas ke jalan damai untuk bertemu dgn P dan N serta 2 rakannya yg lain di salah sebuah coffee house di situ. P dan N ni cabin crew dan kebetulan mereka off serentak dan susah nak jumpa diorang berdua ni jadi aku korban kan ler masa sikit untuk diorang ni.

12:30 pm - kami pun beredar pulang sebab esoknya kerja dan mereka ada early morning flight.

1:00 am - sampai dirumah aku terus masuk tidur...dan berakhir lah sudah another busy weekend for me and looking forward for next saturday coz its gonna be my birthday yang ke....but unfortunately i didn't plan to celebrate it either and i don't think any of my friend will remember it too.

Friday, April 09, 2004

Satu Pencarian

perkenalan aku dengan Syed N bermula seawal tahun 1983 dimana ketika itu kami sama-sama bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di pantai timur. Pada ketika itu kami hanya berkawan biasa dan hanya bertegur sapa samada didewan makan atau di surau (time tu alim sikit). Hubungan kami menjadi rapat ketika di tingkatan 4 semasa kami berkerjasama didalam menjayakan satu majlis amal yang diadakan disekolah. Sejak dari hari itu kami menjadi rapat bagaikan isi dengan kuku (you know what i mean).

Akhir 1987 memisahkan kami kerana semenjak dari itu aku tidak pernah berjumpa dengannya sehinggalah sekarang. Bila aku kembali ke Malaysia dalam tahun 1992 aku meneruskan pencarian ini. Aku pernah berkunjung kerumahnya di sebuah daerah T ketika kami masih bersekolah akan tetapi rumah itu kini tinggal kosong tanpa berpenghuni dan dikhabarkan keluarganya sudah berpindah dari daerah itu.
Saban tahun apabila aku pulang kekampung untuk berhariraya aku tidak akan lupa untuk menjengah kerumahnya yang kosong itu sehinggalah ke hari ini sudah hampir 12 tahun...tiada apa disana...yang ada hanyalah belukar yang menutupi hampir keseluruhan rumah itu. Aku akan tetap terus menjadi pengunjung setia rumah didalam belukar itu dengan harapan semuga suatu hari nanti aku akan bertemu dengannya walaupun aku sendiri tidak pasti sampai bila...

Sunyi dan sepi...tiada bintang yang bekerdipan dilangit yang biru...tiada...kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda...kunanti dikau...dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa...akhirnya yang aku nanti-nantikan tak kunjung tiba...tiada kata tiada pesan untuk ku yang engkau tinggalkan sayang...menghilangkan diri tanpa pesan ku ditinggal...pada siapa harus ku bertanya pada bulan atau angin lalu...dimanakah kini kau berada kasih...tersenyum aku...sambil menitiskan airmata mengenangkan...yang tinggal...hanya gambar juga tandamata dan kenangan...tiada terduga...yang ini harus akan terjadi di malam begini...mungkinkah...kita kan bersua lagi...

Wednesday, April 07, 2004

malam tadi sebelum melelapkan mata aku terdengar lagu nyanyian Rafeah Buang - Disebut Jangan Dikenang Jangan - . Satu lagu lama yang menjadi kegemaran arwah ayahanda tercinta...masih segar lagi dalam ingatan dimana arwah ayah pernah mendendangkan lagu ini disatu majlis sambil memetik gitar bersama-sama dengan dua orang kekandanya. Tidak dinafikan ayah mempunyai suara yang lunak merdu dan pastinya aku adalah salah seorang yang mewarisi bakatnya itu walaupun hanya dalam bilik karaoke aja heheheh.

Tergenang airmata seketika pabila teringat pada arwah ayahanda tercinta sambil aku meneliti bait-bait lagu nyanyian Rafeah Buang dicorong radio. Apakah yang tersurat dan tersirat disebalik lagu ini...hanya dia sahaja yang lebih mengetahui...

Disebut Jangan Dikenang Jangan

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang
Semenjak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan kerja harian disamping aktiviti - aktiviti harian yang agak ketat. Semalam ada function yang kena aku hadir di tempat aku bertugas...akan tetapi sebelum itu aku ada few of my friend wanted to see me.

5:30 pm - Z arrived coz i wanted to pass his birthday present

7:15 pm - E arrived from Kajang. I invited him to come over for this particular function. thanks E for coming coz i tau you letih sebab baru sampai from outstation.

7:30 pm - F called dan ajak minum coffee at the Coffee Bean. So aku heret E sekali to join me there walaupun aku hanya ada masa 1 jam coz my function will start around
8:30 pm. Banyak perkara yang kami perkatakan dan salah satu soalan yang ditanya oleh F kepada aku membuatkan aku terkedu untuk menjawabnya. Well biarkanlah soalan itu menjadi satu persoalan dan yang pasti dia tahu jawapannya.

8:25 pm - A n M call menyatakan yang mereka akan datang ke majlis yang sama lalu aku bergegas pulang ke tempat majlis diadakan.

10:30 pm - majlis tamat dan aku terus ke kajang menghantar E dan dalam perjalanan E menanyakan satu soalan yang sekali lagi membuatkan aku terkedu..

Tuesday, April 06, 2004

Dah lama aku tidak kesini...pelbagai perkara yang berlalu tanpa sebarang catatan untuk dikongsi bersama dek kerana terlalu sibuk dengan tugas harian. Anyway baru-baru ni aku ada ke klinik pergigian untuk mencabut sebatang gigi yang sakit dan berlubang...nervous giler aku. Perihal cabut gigi ni banyak mengimbau dizaman aku masih kanak-kanak dahulu maklum ler tika itu adalah peringkat awalan kita didedahlan dengan penjagaan gigi. Di sekolah rendah aku dulu ada sebuah klinik gigi dan bila tiba musim pemeriksaan gigi seorang nurse akan datang ke setiap kelas membawa kad berwarna hijau untuk memanggil mangsa-mangsanya hehehehe. Time tu punya ler suspen giler sampai rasa nak terkencing pun ada. Sakit cabut gigi tu tidak ler sesakit kita sakit gigi tapi oleh kerana dah memang jenis penakut...teringat aku pada satu lagu lama nyanyian Indra Shahril berjudul Sakit Gigi (lebih kurang macam tu ler tajuk nya).