Dah lama aku tidak kesini...pelbagai perkara yang berlalu tanpa sebarang catatan untuk dikongsi bersama dek kerana terlalu sibuk dengan tugas harian. Anyway baru-baru ni aku ada ke klinik pergigian untuk mencabut sebatang gigi yang sakit dan berlubang...nervous giler aku. Perihal cabut gigi ni banyak mengimbau dizaman aku masih kanak-kanak dahulu maklum ler tika itu adalah peringkat awalan kita didedahlan dengan penjagaan gigi. Di sekolah rendah aku dulu ada sebuah klinik gigi dan bila tiba musim pemeriksaan gigi seorang nurse akan datang ke setiap kelas membawa kad berwarna hijau untuk memanggil mangsa-mangsanya hehehehe. Time tu punya ler suspen giler sampai rasa nak terkencing pun ada. Sakit cabut gigi tu tidak ler sesakit kita sakit gigi tapi oleh kerana dah memang jenis penakut...teringat aku pada satu lagu lama nyanyian Indra Shahril berjudul Sakit Gigi (lebih kurang macam tu ler tajuk nya).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment