Monday, April 12, 2004

Monday Blues...

Pagi tadi bangun jam sudah menunjukkan sudah hampir 8:45 am, liatnya nak bangun especially on monday morning. Anyway I had another full hectic weekend...

Sabtu 10/4/2004

10:00 am - kerja...biasanya kalau on saturday kerja pun macam tak kerja unless kalau ada function yang kena aku attend tu lain ler flow nya.

1:30 pm - rakan aku SH datang ajak aku lunch bersama dan kebetulan M & A pun ajak lunch gak...so bagi memuaskan hati semua pihak aku ajak mereka bersama-sama di DP.

3:30 pm - borak punya borak dah hampir jam 3:30 pm dan aku bersama SH beredar ke KLCC untuk do some shopping lagi pun SH nak beli barang for new born baby office mate dia. Before that aku ada menyatakan pada SH yang aku akan Ke kajang untuk berjumpa dengan E dan lepak dengan dia malam itu.

4:00 pm - sesampai ni di KLCC punya ler ramai manusia especially kat centre court kerana time tu ada CLEO Eligable Bachelor.

7:00 pm - SH dan aku terus ke kajang dan lepak dirumah E

11:00 pm - bersiap nak pegi clubbing

12:30 am - sampai di club org masih belum ramai jadi dapat ler pilih tempat yang strategik sikit heheheheh. Later ramai jugak ler rakan-rakan aku tiba dan yang pasti mesti happening.

Ahad 11/4/2004

5:00 am - balik ke rumah E di kajang dan sekali ni SH tak ikut sama. Aku suruh E drive coz aku dah mengantuk. Sesampai dirumahnya time pun dah nak dekat 6 am dan aku terus baring dan tertidur di atas sofa di ruang tamu rumah E coz dah letih sgt manakala E tunggu waktu untuk sembahyang subuh dulu.

9:30 am - aku terjaga dan perut terasa lapar ler plak tapi E dan rakan rumahnya masih tidur....mmmm macam ni ler kalau tidur rumah orang dan aku plak jenis yang bangun awal apalagi layan Tv je ler.

10:30 am - E dan housematenya dah pun bangun itu pun sebab telefon mereka berbunyi hahahah dan salah satunya aku yang call hahahahha...saja nak kasi depa bangun awal.

11:30 am - we had late breakfast and early lunch. Masa makan tu aku terima panggilan dari M ajak lunch sekali di DP and we plan to meet up around 1 pm.

1:30 pm - bertolak balik ke KL and before that dah hantar sms ke M coz aku lambat maklum ler terlekat di TV tengok rancangan melodi. E ikut sekali aku pulang ker KL kerana dia nak ambil kereta di PP.

2:00 pm - aku tiba di DP dan bersama E bertemu dengan M dan raka-rakannya yang sudah pun hampir selesai makan. Diaorang tunggu jugak aku nak makan tapi memandangkan aku lewat so diaorang pun makan ler dulu..teruk ler aku ni.

3:00 pm - kami bersama - sama kerumah M di AH tapi sebelum tu aku singgah di beli goreng pisang dan keropok lekor untuk santapan petang sambil melepak tu (tak kenyang - kenyang aku ni)

4:30 pm - aku dengan E beredar ke aturcara seterusnya iaitu karaoke sempena dengan birthday one of my friend L. tapi sebelum itu aku ke PP coz E nak ambil kereta di rumah kawannya.

5:15 pm - aku tiba di pusat karaoke. Ramai juga rakan-rakan kami yang hadir termasuk ler ex L iaitu SF yang juga rakan baik aku. During the session aku ada terima dua sms dari rakan aku yang lain ajak dinner sedangkan aku tak pasti sampai pukul berapa majlis ini akan berakhir.

9:00 pm - akhirnya majlis berakhir dan sudah dijangkakan aku terpaksa makan malam bersama-sama dengan mereka di ampang. terpaksa ler aku batalkan makan malam dengan D dan rakan-rakannya manakala P dan N aku janji untuk berjumpa dgn mereka selepas aku selesai makan malam dengan rakan-rakan aku ni.

10:30 pm - kami pun bersurai dan setelah mengucapkan selamat malam pada semua aku pun bergegas ke jalan damai untuk bertemu dgn P dan N serta 2 rakannya yg lain di salah sebuah coffee house di situ. P dan N ni cabin crew dan kebetulan mereka off serentak dan susah nak jumpa diorang berdua ni jadi aku korban kan ler masa sikit untuk diorang ni.

12:30 pm - kami pun beredar pulang sebab esoknya kerja dan mereka ada early morning flight.

1:00 am - sampai dirumah aku terus masuk tidur...dan berakhir lah sudah another busy weekend for me and looking forward for next saturday coz its gonna be my birthday yang ke....but unfortunately i didn't plan to celebrate it either and i don't think any of my friend will remember it too.

No comments: