Tuesday, March 16, 2004

Sabtu 13/3/2004

8:30 am - bangun pagi mcm biasa coz hari ni kerja. Semalam pergi clubbing kat Bleu Bar coz kena entertained kawan yang datang dari luar. Balik pun dah lewat sampai rumah dalam pukul 4 am.

1:30 pm - lunch dengan kengkawan di Rain Nudle House

3:00 pm - kami lepak kat Dome plak sambil minum-minum dan gossip hehehehe

5:00 pm - balik rumah dengan harapan nak sambung tidur sebab malam nanti nak keluar balik. Unfortunately mata tak boleh lena dan lagi pun kena melayan panggilan-panggilan telefon dan sms kwang kwang kwang.

6:30 pm - kawan aku call minta tolong hantar dia balik rumah coz dompet nya tercicir entah dimana.

7:30 pm - balik rumah tapi sebelum tu singgah pasar malam beli makanan untuk dinner. Plan nak sambung tidur tapi tak dapat sebab ada seorang hamba allah ni minta khidmat cik seri siantan aku. Critical jugak masalah dia ni tapi tiada perkara didalam dunia ini yang tak bisa di selesaikan bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. lepas tu along the way aku pun akhirnya terlelap diiringi hujan yang lebat diluar sana.

11:30 pm - aku terjaga kerana dikejutkan oleh panggilan telefon dari kawan aku yang ingin mengajak aku keluar clubbing. Kami janji berjumpa di liquid dalam pukul 12:15 am (berat hati aku nak kesana).

12:30 pm - Clubbing time...ramai jugak orang tapi muziknya bukan selera aku as if i have choice kan. kami berempat pun apalagi menari ler walaupun aku bengkek sikit dengan keadaan disitu...mahu aja aku balik atau pergi bleu bar tapi memandangkan cover charge member aku yang bayar jadi terpaksa ler aku melayan perasaan. Dalam aku melayang perasaan tu aku telah terserempak dengan seorang teman dan sesuatu yang menarik telah berlaku antara kami...jeng jeng jeng dan pastinya akan menjadi kenangan antara kami berdua.

3:30 am - balik rumah coz esok ada aturcara yang penuh sepanjang hari...

No comments: