Saturday, August 07, 2004

Satu percutian yang last minute & ad hoc

Memang tak plan lansung, tika aku bangun pagi tu tetiba aja aku rasa aku nak pergi somewhere dan terus aku teringatkan highway pantai timur yang baru dibuka…idea bagus tu. Terus aku menelefon teman ku Z untuk join sama dan memang nasib aku baik dia terus bersetuju together with Z punya DIA. Percutian ad hoc ni dah biasa aku buat Cuma jarang dapat cari orang yang nak ikut sama maklum ler last minute.

10:35 am – kami sudah pun tiba di tol gombak dan terus meninggalkan kuala Lumpur untuk seketika. Perut lapar tapi keinginan untuk mengetahui tempoh perjalanan mengatasi segalanya. ½ jam kemudian kami telah tiba di tol Bentong. Aku tak ler bawak laju sangat dalam 120 – 140 km per hour jer.

11:30 am – tiba di persimpangan susur keluar ke Bandar temerluh, ini bermakna dari KL ke kampung aku cuma mengambil masa 1 jam dimana jalan lama dulu ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Boleh ler selalu balik kampung heheheheh balik hari jer.

12:32 noon – kami tiba di tol susur keluar Bandar kuantan, wah seronoknya bukan kepalang kerana kami tiba seperti waktu yang dijangka. Tapi kalau aku drive mengikut peraturan hadlaju, mau jugak 2 ½ jam baru sampai dan paling lewat 3 jam kalau asyik berhenti jer.

1:00 pm – kami dah pun berada digerai makan di tepi sungai didalam Bandar kuantan. Masa kecik2 dulu arwah ayahanda sering membawa kami kesini makan sate. Rabak jugak aku RM30 dek kerana makan udang dan sotong, well what the heck.

2:00 pm – kami gerak ke Pantai Telok Cempedak, aman damai rasanya seketika dapat tengok laut. Plan asal nak ke cherating dan kemaman tapi memandangkan masa yg suntuk dan aku memang dah ada plan nak tgk Konsert AF so aku lupakan aja, maybe next time. Puas jugak cuci mata kat TC heheheh. Tapi sebelum tu sempat jugak ke Beserah beli bahulu beserah yg sedap tu.

4:30 pm – kami bertolak pulang ke KL, This time Z yg drive coz aku ngantuk plak.

6:30 pm – kami tiba di KL dan terus menghantar Z dan DIA pulang dan lepas tu aku terus bergegas kerumah SF untuk menjemput dia tengok konsert AF kat rumah M di AH Desa Pandan.

8:00 pm – aku dan SF tiba dirumah M. SH dan A pun ada sama menonton sambil menjamu selera dengan makanan yang dibeli oleh mereka. Kesian plak tengok Mas kena keluar tapi nak buat mcm mana kan.

11:00 pm – kami semua bersiap untuk keluar clubbing

my weekend pada hari tu berakhir jam 5:00 am after one whole day merayau sampai ke Kuantan. For me its normal coz aku biasa buat kerja gila ni.

No comments: