Tuesday, April 13, 2004

Aku & Dia - AA

Kami bertemu dia dalam satu majlis harijadi seorang teman yang diadakan pada akhir 2001 dan kebetulan kami tinggal dikawasan yang berhampiran. Semenjak dari hari itu kami sering kelihatan bersama kemana saja. Dia seorang yang brilliant and know how to bring himself in the crowd walaupun usianya pada ketika itu baru mencecah 21 tahun. lepasan universiti dari luar negara, seorang yang periang dan ini membuatkan teman-teman aku yang lain senang dengannya. Aku juga boleh dikatakan rapat dengan abang dan kakak serta ibunya dan adakalanya kami semua akan bersama-sama keluar pada malam minggu samada clubbing ataupun karaoke. Kami pernah merancang untuk pergi ke Australia dimana dia akan menyambung pelajarannya di peringkat master manakala aku pulak akan bekerja selama setahun dan selepas itu barulah aku yang akan menyambung pelajaran setelah dia tamat pengajian dan sudah bekerja.

Langit tidak selalu cerah...pada penghujung March 2002 kami telah berpisah...terlalu pedih hati ini untuk menerima perpisahan itu kerana aku tersangat sayangkannya. Akan tetapi aku mempunyai pendirian yang tersendiri...once someone said that he didn't love you anymore...thats it and I won't beg him to come back coz he deserved better. Pada masa itu aku rasakan begitu kecewa but life must go on. Semua yang kami rancang tidak kesampaian...things happened with reason. Pada harijadi aku pada pertengahan April itu kami keluar makan malam sebagai seorang sahabat dan dia telah memberi aku sekeping kad harijadi yang hingga kini masih tersimpan rapi dibilik aku. Tiada perbalahan yang berlaku antara kami dan kami masih lagi bersahabat baik sehinggalah kewaktu ini...dan mungkin we better be of as a friend coz it will last forever.

No comments: