Thursday, October 14, 2004

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Sabtu – hari ni kerja separuh hari. Pada sebelah petangnya aku menghadiri satu majlis Hi Tea sehinggalah ke jam 5 pm. Sebelum itu aku telah berjanji dengan MZ untuk kerumahnya berehat dan seterusnya menonton Malaysian Idol results bersama-sama. Dalam pada itu aku teringat yang aku tidak membawa extra baju for the night lalu terus bergegas ke KLCC untuk membeli sehelai baju yang sesuai, but instead of one I bought two shirts and a pair of Levis jeans...kopak aku. While waiting for the jeans to be altering, I went to the fourth floor for a haircut.
Dah selesai semuanya aku terus ke rumah MZ, kesian dia terpaksa menunggu aku didalam kebosanan setelah dia kehabisan DVD untuk di tonton. Around 10:30 pm I rush to KLIA to fetch my mum arrival from Beijing at 10:50 pm. Macam pelumba F1 aku drive kereta coz aku budget dalam 11:15 pm baru dia keluar from arrival hall. Setibanya aku disana aku lihat kat screen tv flight delayed ler plak till 12 midnight...asam jawa betul ler. While waiting, aku pergi ke Departure hall untuk cuci mata hehehehe. Dalam pada itu received a few phone calls from A, EJ, SR dan SF. Our plan that nite is clubbing maklum ler minggu terakhir sebelum puasa. Tapi nampak gayanya lewat ler sikit ianya bermula coz aku masih tersangkut kat KLIA. Jam 12:30 am baru my mum keluar. Masa pergi satu beg, bila balik tambah pulak lagi 4 beg itu belum termasuk beg kawannya lagi, nasib baik aku bawak kereta yang besar sikit kalau tidak harus ler tak muat. Sesudah menghantar my mum balik aku terus bergegas ke kelab, tapi kelab yang lain coz kelab yang kami plan nak melepak tu di tutup awal kerana mempunyai masalah dengan sound system. SF hantar mesej menyatakan dia tak dapat join kerana fed up disebabkan tersangkut jammed di jalan Sultan Ismail, manakala A & SH tak muncul sampai sudah. Yang aku jumpa hanyalah SR and geng dan L and geng. Meriah jugak malam tu coz ramai member-member yang dah lama tak jumpa ada disana. Tepat jam 3 am kelab pun tutup. Aku, SR and geng pergi minum di gerai berdekatan dan selepas itu melepak di Tasik sampai jam 5 am. Mak aku ada pesan kalau dah alang-alang balik lewat biar ler lewat terus sampai subuh, lepas solat boleh ler tidur sampai tengahari.
Ahad – aku terjaga dari tidur jam 10:00 am...3 jam aja aku dapat tidur. Rumah aku sunyi sepi, takkan mak aku masih tidur kut lalu aku turun kebawah dan diatas meja makan ada notes menyatakan dia menghadiri satu majlis kenduri sampai petang. All her begs still intact. Apa ler barang yang mak aku borong ni...
Jam 2 pm aku bersiap untuk ke satu majlis ulangtahun pertama sebuah akhbar sisipan yang terkenal di pejabat mereka di Jalan Bangsar. Ramai jugak artis-artis ternama tanahair yang hadir termasuk ler Anita Sarawak dan suaminya. Sempat jugak ler dia menyumbangkan lagu seksis sehinggakan semua yang hadir turut terpegun dengan kelincahannya. Andy and geng turut hadir sama dan dia telah memenangi hadiah pakaian terbaik setelah mengalahkan beberapa peserta yang lain termasuk lah beberapa artis ternama tanahair.
Jam 5:30 pm majlis pun berakhir dan aku terus beredar ke sessi seterusnya...karaoke. Ramai jugak yang hadir untuk menyumbangkan suara termasuklah SF dan MZ. Ini adalah kali pertama mereka dipertemukan and it happened they knew each other before. (SF told me that night after our dinner and confirmed by MZ during our phone conversation later.)
Jam 9:00 pm – aku menghadiri satu lagi majlis makan malam, walau pun lewat tiba akan tetapi aturcara utama masih belum bermula.
Jam 12:30 am – maka berakhir lah sudah another busy weekend. Next week dah puasa and I’m looking forward coz time ni ler banyak majlis berbuka puasa yang perlu dihadiri.

No comments: