Friday, February 06, 2004

- AKUKAH YANG TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERCEPAT -

Yesterday i went out for dinner with my friends A & M at Naili's, another decent restaurant in Ampang Point. M being introduced to A by me...which A thought that i and M dah berkawan lama. Actually malam yg aku dgn M keluar tu dimana hari itu juga aku terserempak dgn A adalah hari yang pertama perkenalan aku dgn M. A seakan suka dgn M lalu dia meminta number M dari aku akan tetapi sebelum itu A ada bertanya samada M itu special aku ker lalu aku jawab kawan biasa aja untuk mengelak dari sebarang konflik atau prasangka yg bukan2.

Sebenarnya jauh disudut hati aku sudah mula menyukai M...akan tetapi demi persahabatan aku dgn A aku rela korbankan segalanya. Salah aku juga kerana tidak berani untuk berterus terang lagi pun usia perkenalan kami masih baru lagi dan belum tentu M akan menyukai aku sebagaimana aku menyukainya. Biarlah perasaan ini berkubur jauh disudut hati ini...biarlah takdir yang menentukan segalanya.
-AKU KAH YANG TERLEWAT ATAU WAKTU YANG TERCEPAT-

No comments: