Monday, February 23, 2004

Sabtu 21/2/2004

10:00am - Hari ni aku bangun agak lewat kerana sebelum tu aku pergi clubbing dan sampai rumah dalam pukul 6am...bagi aku 5 hours sleep is enough.

11:30am - aku kena pergi ke petaling street untuk beli bunga untuk suatu majlis yang akan diadakan pada pukul 3 petang nanti di premises tempat aku bekerja...walaupun cuti aku tunaikan jugaklah tanggungjawab aku ini. Sebelum itu aku ada call my another friend Z...dia ni tengah service keretanya berdekatan dengan kediaman aku. Memandangkan service kereta ni memakan masa jugak ler jadi aku pun angkut ler Z jadi peneman aku untuk pergi beli bunga.

12:30 noon - kami singgah sebentar di Karnival cuti-cuti Malaysia untuk collect some brochure buat berangan sikit-sikit. Later i send Z back to the workshop and i continue with my next agenda

1:30 pm lunch with M at his Condo...our ealier plan is to have lunch outside together with another two friend G & Y but we cancelled it last minute sebab BF M nak datang rumah M...rosak program hehehehe...so kami pun hanya lepak rumah dimana sebelum tu aku ada beli keropok lekor RM5 dan dua botol besar air soya sejuk...heaven i tell you.
Kebetulan pulak di Astro Ria jam 4 pm adalah siaran ulangan Anugerah Planet Muzik sampai jam 7pm. Kemudian

7:15 pm - excused myself nak balik kerumah mandi dan salin baju sebab malam itu aku dan M akan ke satu majlis harijadi kawan atas kawan...i was invited coz this birthday boy ada sesuatu with me...I ok jer. Sebelum tu aku sempat singgah di laundry shop collect baju.

8:30 pm - setelah bersiap aku terus jemput M. Aku bercadang untuk membawa buah tangan untuk Birthday boy but i didn't really know him so i decided to buy Red Wine coz dia ni Christian and most of his circle of friend is a foreigner but M advice me to be more eastern instead of western so aku pun beli ler Sparkling Juice instead of Red Wine...hehehehhe. Bila sampai dirumahnya aku lihat banyak kereta mewah dan plate kereta warna merah...naik segan pulak aku sebab aku bawak sparkling juice...M cakap the thoughts that count...amboi pandai sungguh M berkata - kata nak sedapkan hati aku....later kami decided tinggalkan aja sparkling juice dalam kereta hahahahahahah. Disitu aku terserempak dengan B...my another ons...makin cute plak dia ni. M cakap dia ni jambu hahahahha. M macam tak berapa selesa aja dengan keadaan party tu manakala aku as usual akan menunjukkan sifat peramah terlampau aku ler sehinggakan M tanya samada aku kenal ke dengan diorang semua ni...sebenarnya tak pun heheheheh.

11:15 pm - Kami minta diri untuk beredar kerana kami ada satu lagi agenda di salah sebuah kelab ( bukan tempat PLU ok ). Sebelum itu aku kena hantar B kerumah kawannya di desa pandan dan selepas itu kami kena pick up another friend H sebab dia nak join kami.

11:35 pm - kami sampai di kelab...Bf M dah sedia menanti lepas tu kami lepak- lepaking sambil tengok live band dan jugak open karaoke. Tak ramai sangat orang malam tu coz maal hujrah beb.

3:00 am - kami semua beredar dan pergi lepak di suatu tempat yang sering rakan-rakan kami berkumpul...ala - ala persidangan gitu. Biasa ler kalau dah ramai macam-macam cerita dan gossip keluar..opssss

4:30 am - kami pun beredar...aku dan Y terpaksa menghantar our friend S balik rumah coz dia dah mabuk lepas attending satu party di Bankers Club.

5:30 am - akhirnya aku sampai dirumah dan terus tidur sebab pukul 6:30 nanti mak aku akan gerak untuk solat subuh...heheheh alim-alim kucing

No comments: