Tuesday, June 22, 2004

Seorang teman lama telah menelefon aku tempohari menyatakan bahawa dia telah bertemu dengan cinta barunya. Aku gembira dengan situasi yang dia hadapi tika ini selepas beberapa tahun memendam perasaan sepinya itu. Sebuah petikan cina yang berbunyi "tembok besar cina boleh menghalang musuh dari menyerang tapi ia tidak mampu menghalang jodoh disebelah sana dan sebelah sini bersatu."

Demikian juga orang selalu berkata jodoh, ajal, maut ditentukan Tuhan. Malah siapa pun sebenarnya tidak tahu jodoh kita dimana, dengan siapa dan sampai bila. Aku percaya cinta bukan hanya dimiliki oleh insan yang berperasaan sempurna sahaja. Bagi sebahagian besar manusia normal berpendapat, cinta, perkahwinan dan kebahagiaan seolah-olah tidak perlu dimiliki oleh orang seperti aku.

Selain Bulan dan mentari yang tidak mungkin dipersandingkan di pelamin kenyataan, orang macam aku juga tidak mungkin akan melaluinya bersama orang yang aku sayangi walaupun jodoh antara manusia bukanlah mustahil. Akan tetapi aku senantiasa berharap agar suatu hari nanti aku bisa memiliki semua yang orang sempurna miliki.

Itulah suratan tapi bukan kebetulan, dan aku percaya apabila aku terlupa melagukan melodi hidup yang indah, pasti ada orang yang datang dan tolong menyanyikan melodi itu kepada aku.

Buat SF...adakah aku hanya miliki bayang - bayangmu...

1 comment:

Anonymous said...

Cinta tak kenal "sesiapa"....
"Sesiapa" yg kenal akan cinta itu.

Sayang tak semustinya Kasih....
Kasih tak selalunya CINTA....

Kenal akan erti CINTA satu kelebihan....
Memiliki CINTA itu satu anugerah....