Sunday, May 02, 2004

Suatu percutian - day 1

Aku bersendirian dirumah sepanjang percutian yang panjang ini. Awal pagi tadi my mum telah bertolak ke Kuala Terengganu untuk bercuti ke Pulau Kapas bersama dengan rakan-rakannya, manakala my brother pergi ke utara tanah air dan aku…..mmmm just menghabiskan waktu cuti yang panjang ini di Kuala Lumpur sahaja…bukannya apa tapi aku lebih senang berada di Kuala Lumpur dan bersantai di rumah.

10:30 am – bangun pagi rumah aku sunyi aja…perut pulak lapar minta diisi…malasnya nak pergi breakfast. Turun kebawah tengok didapur apa yang ada untuk dimakan. My maid pulak takda sebab dia pun turut sama ikut my mum. Anyway atas meja makan my mu ada tinggalkan cekodok dengan sambal tumis ikan bilis...heaven tu sambil tengok tv dan minum teh o ais. Terlelap terus kekenyangan.

3:00 pm – having my late lunch with A & M di RB.

5:00 pm – pergi ke rumah E di kajang. Kawannya dari Serdang pun ada sama…handsome ler jugek tapi aku control macho ler coz takut pecah lobang tapi aku tengok si E ni cakap lansung tak cover depan mamat ni, so aku pun apalagi buat selamba jugek ler. Lepas minum-minum kami naik atas ke rumah E dan mamat tu pun turut sama…aku rasa mamat ni confused…siap bawak kamera digital yang baru dibeli dan sebelum dia balik dia mintak aku ambilkan gambar dia bersama E…mmmm sesuatu…minat kat E ler tu hehehehe.

8:00 pm – aku & E pergi ke The Mines to buy some cd’s and dinner.

11:30 pm – aku balik ke rumah untuk salin baju dan freshen up coz later clubbing time. Tapi bila dah mandi dan badan dah rasa rilek malas pulak rasanya nak pergi lebih-lebih lagi kat channel 8 ada Queer Eye For The Str8 Guy. Rasa malas pergi clubbing makin menebal…tup tup terima panggilan dari seseorang yang mengharapkan aku kesana…gosh…malasnya…

1:30 am – ramai jugak orang kat bleu bar…ingatkan everybody pergi vacation.

6:00 am – sampai rumah dan terus tidur coz aku ada 5 jam lagi untuk berehat before my next agenda bermula.

No comments: