Monday, May 03, 2004

Suatu percutian - day 2

9:30 am - terjaga dari tidur lebih awal dari yang sepatutnya...mmmm nak buat macam mana. Perut lapar le plak lalu aku pun apalagi terus basuh muka jer dan start kereta pergi ke pasar minggu. Kebetulan aku nak ler jugak beli sesuatu untuk dimakan semasa perkelahan nanti.

10:30 am - bersiap dan terus menuju kerumah SF to pick him up. Cuaca semacam tidak menyebelahi kami kerana hujan lebat di Kuala Lumpur.

11:15 am - sampai rumah SF aku terima panggilan dari M menanyakan tentang program hari ini dan dimana nak jumpa. I decided to pick M & A di rumah mereka di DP...jauh jugak aku driving pusing kuala lumpur.

2:00 pm - sampai di rumah M hujan turun tersangat ler lebatnya membuatkan masing-masing rasa 50 - 50 nak pergi atau tidak but i' made up my mind to sticked to my original plan. Kami berhenti makan di Batu Caves sebelum menruskan perjalanan kami ke ulu yam....macam ler jauh sangat.

3:00 pm - rakan ku yang tinggal di ulu yam ada mencadangkan suruh kami semua ke Ulu Yam Woods, masuk RM1 satu kepala but unfortunately tempat tu macam hampeh, air keruh dan terlalu ramai budak-budak. Susah ler kalau nak buat performance heheheh. lalu SF cadangkan supaya kami ketempat biasa yang orang pergi tanpa bayaran dimana dia ada satu tempat yang agak jauh kedalam.

3:15 pm - tiba di tempat yang dimaksudkan...wow bersemangat aku memandangkan ramai jantan-jantan str8 yang mandi disitu...aku agak mereka ni mat rempit coz siap bawak halmet kedalam hutan ni. Macam - macam aksi menarik yang kami lakukan lebih-lebih lagi telefon bimbit nokia 6600 yang baru dapat last friday ada camera video dan kamera...apalagi posing maut ler kami semua.

5:00 pm - bertolak pulang dan kami terus ke rumah SF hantar dia pulang dan minum2...kebetulan ABP2003 ada siaran ulangan. Bersemangat kami semua menunggu sehingga ke akhir rancangan coz nak tengok persembahan siti tapi....hampa dek kerana TV3 potong part tu maklum ler takut luka lama berdarah kembali pada Datuk Sharifah Aini.

7:15 pm - kami semua pun balik ler tapi sebelum tu aku kena hantar M & A balik rumah dulu di DP.

8:00 pm - sampai aja kat rumah aku terima panggilan dari L ajak dinner but aku kena tolak pelawaannya kerana letih sesangat.

malam tu aku tak tau pukul berapa aku terlelap kerana bila sedar hari dah pun pagi...

No comments: